$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!    title=    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Apa Itu Kembiri Dan Peranannya Pada Sicomel

Apa Itu Kembiri Dan Peranannya Pada Sicomel

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar. Bagaimana kesihatan sicomel anda? Adakah kebajikannya dijaga sebaik mungkin? Jika sebaliknya, ZABP menasihatkan agar mencari pemilik yang mampu dan layak untuk menjaga kebajikan sehingga keakhir hayatnya... :-D

Mungkin ada yang masih belum faham maksud kembiri dan peranannya. Sebelum ini, di dalam Entri HUKUM MEMANDULKAN KUCING DALAM ISLAM, ZABP sebelum ini sangat kasihankan pada sicomel yang tidak bersalah kerana tidak dapat meneruskan zuriat dan generasinya. Dengan pembacaan dan nasihat dari yang pakar, barulah ZABP faham kenapa perlu di kembirikan.

Apa itu kembiri??
Kembiri ialah sebuah proses memandulkan haiwan. Ia bertujuan untuk mengawal populasi pertambahan haiwan terbiar terutamanya kucing & anjing. Haiwan yang di kembiri mendapat banyak kebaikan, dan mengurangkan keburukan. Antaranya :-

: Dapat mengurangkan ketidakperluan kelahiran baru :
: Berisiko dijangkiti barah / tumor :
: Mengurangkan tahap ketidakstabilan haiwan / stress :
: Jangkitan kuman (terutamanya haiwan yang tinggal di jalanan) :
: Menghalang mereka dari menanda kawasan (Kencing merata) :
: Lebih manja, sihat dan kurang bergaduh :

Bagaimanakah proses kembiri dijalankan?

-- Bagi kucing betina, proses ini di panggil SPAY, pembedahan akan di lakukan bagi membuang "rahim". Ia melibatkan kos yang tinggi, bergantung pada klinik yang anda pilih.

1) Bulu di kawasan pembedahan akan di buang 
/ di cukur

2) 1 lubang akan di buka bertepatan di 
kawasan  rahim setelah di pastikan.



3) Seluruh organ peranakan di tarik keluar.

4) Setelah selesai, kawasan pembedahan 
akan di jahit semula.

~~ Inilah rupa sebenar organ peranakan 
kucing betina yang telah dikeluarkan ~~


-- Bagi kucing jantan, proses ini di panggil NEUTER, hanya pembedahan luaran akan di lakukan bagi membuang "kantung telur". Ia melibatkan kos yang rendah sahaja, bergantung pada klinik yang anda pilih.

1) "Kantung telur" di kenal pasti.


2) Selepas di sapukan iodin, kulit luaran 
mula di potong dan skrotum di keluarkan

3) Ditarik hingga menampakkan 
urat hujung dan dipotong.

4) Kawasan itu akan dijahit 
semula selepas proses selesai.


Apakah hukum mengembirikan haiwan??
Berdasarkan rujukan yang dibuat bersama pihak JAKIM, mengembirikan haiwan hukum nya HARUS, demi menjaga kesihatan haiwan / manusia am nya jika haiwan itu didapati berpenyakit atau kita tidak mampu untuk menjaga mereka andai jumlah nya bertambah kelak.

[Klik Imej untuk pembesaran]


Cara persediaan, penjagaan sebelum dan selepas kembiri.

1) Setelah temujanji telah dibuat, kucing perlu di puasa kan terlebih dahulu lebih kurang 8-10 jam sebelum di bedah. Biasanya pembedahan dilakukan pada waktu pagi, bermakna kucing tidak boleh diberi makan selepas pukul 9-10 malam (hari sebelumnya).

2) Pembedahan ini dilakukan dengan pelali anesthesia, dan perut yang berisi makanan boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas semasa dibius.

3) Penjagaan selepas pembedahan juga ringkas, hanya pastikan luka itu tidak bernanah,berikan ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh vet dan seelok-eloknya dikurung sehingga sembuh lukanya. Jika tidak dikurung pun tak mengapa, namun biasanya kucing cenderung untuk menjilat kawasan luka kerana tidak selesa dengan luka tersebut.

4) Lawatan ke klinik selepas pembedahan juga tidak perlu, dalam kebanyakan kes. Tapi pastikan anda menerima ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi dari klinik. Pastikan juga anda mendapat penerangan dari doktor tentang apa-apa penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan sebelum dan selepas pembedahan.

5) Anda perlulah memantau keadaan luka tersebut setiap hari. Jika luka itu kelihatan keluar darah, membengkak atau bernanah, kucing itu perlu di bawa semula ke vet seberapa segera.

6) Cuba cegah kucing anda dari menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila dijilat, luka itu akan kembali terbuka). Cara paling mudah ialah alihkan tumpuannya dengan memberikan makanan snek.

7) Dan jangan lupa ambil nombor telefon vet anda, sebagai langkah berjaga-jaga dalam tajuk di bawah ini.
(Credit to blog : alamkucing.blogspot.com)


P/S: Kebiasaanya haiwan yang di kembiri akan mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh, bergantung pada prosedur pembuangan nya tadi. Haiwan sudah boleh di beri makan / minum beberapa jam selepas pembedahan. Berikan makanan basah (Disyorkan) dan elakkannya bermain terlalu aktif, dikhuatiri akan menyebabkan kawasan jahitan terbuka atau berdarah.

KOMEN ANDA

BLOGGER: 7
  1. Assalamualaikum Zul n Azizi

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. rasa scaru pulak bila tgk.. btw, good info.. :)

    ReplyDelete
  3. @atuk
    Sama-sama. Sharing is caring


    @ZWAN SABRI
    untuk pengetahuan umum bagi sesiapa yang ingin menjadi seorang CAT LOVER...Di HARUS kan mengembiri kucing demi menjaga kemaslahatan Ammah...

    ReplyDelete
  4. berapa kos kembirikan kucing betina

    ReplyDelete
  5. @Fifi Kifli
    Kos untuk mandulkan kucing betina RM179.00 sahaja. Syarat untuk mandulkan perlu di puasakan 1 hari. Cuma sediakan air sahaja. TQ

    ReplyDelete
  6. Anonymous11/11/2017

    السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡..boleh ke kucing jantan yg sudah di sunat membuntingkan kucing betina?kerana kucing jantan sy masih 'melayan' kucing betina sy yg sedang on-heat.Untuk pengetahuan tuan..kucing betina sy belum di mandulkan ...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Seharusnya kucing betina perlu dimandulkan dan jika kucing jantan sudah di kembirikan maka tiada apa-apa kesan pada kucing betina jika mereka "mating". Terima kasih :)

      Delete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Name

130 ekor kucing,1,1sahabat 1 malaysia,6,abused,1,adopt free services,11,advantage-cat,1,akta,2,aktiviti,1,al-fatihah,1,al-hijrah TV,1,anak angel phase 2,1,anak angel phase 3,1,anak angel phase 4,2,anak cheezy,1,anak cicy phase 2,1,anak gegirl junior fasa 1,2,anak gegirl phase 2,1,anak kucing,4,anak kucing parsi,1,anak kucing untuk di jual,2,anda soal kami jawab,1,angpau,2,aniayai,2,anjing,1,anjing dan kucing jalanan,1,announcement,1,antibiotik,1,arnab,1,artikel,5,assalamualaikum,1,astro awani,1,attention,1,available,1,bantahan,1,basmi kutu,1,bayer,1,bengal,1,beranak,1,berita harian,1,berkabung,1,bilik kaca mating,2,biz malaysia,1,blog,6,Blog contest,11,blog review,6,blogger segmen,1,blogger segment,1,bloggers,7,blogspot,4,boarding,8,boarding aidilfitri,1,boarding aidilfitri 2017,1,boarding aidilfitri 2018,1,boarding services,3,booking form,2,borang online boarding aidil fitri 2014,1,borang online boarding aidil fitri 2017,1,Borang Tempahan,3,british short hair,1,bubu meow meow,1,buffered earning,1,bunting,1,carta ZABP,1,cat adoption,5,cat birth,1,cat boarding,3,cat gathering in the garden,8,cat on instagram,1,cat pregnant,1,cat show,1,catless wednesday,3,cats competition show,1,cawangan baru,1,celebrate,1,chuki,1,classic tabby,1,comedy,2,comel,3,comot,1,contest review,2,contest review linky dot my 2015,1,cute cat,1,cuti,2,cuti sekolah,1,daporqlate,1,demam,1,demam kucing,1,dera,1,DIY,1,doa,3,doauntukMH370,2,domestic short hair,3,doodle,2,DSH,1,duit sampingan,1,dunia artis,1,dunia sicomel,1,emosi,1,entri,3,even,1,event,9,expo,3,facebook,18,fakta,1,fastival,1,fitnah,1,flea,1,flu,1,flyers,1,followers,8,foto,1,frame,1,friendster,2,fullhouse,1,funny,4,GA. give away,5,Gadget,1,gambar hiasan,1,ganjaran,1,gathering cat in the garden,3,gelagat,10,geng blogger,11,germisep,1,giveaway,7,glove,1,google,1,google earth,1,google maps,1,gps,1,grooming services,1,guinea pigs,1,hadiah,4,hamil,1,happy birthday,2,harga,1,hari raya aidil adha,4,hari raya aidil fitri,3,hari wilayah,1,harian metro,1,hasad dengki,1,hasil tangan,1,hiasan dinding,1,hibah,2,homemade,2,hotel kucing & spa kinrara,1,i want to touch a cats,1,icon,1,idea,1,iklan,9,imexa,2,inf,1,info,200,info kesihatan,47,info kucing,183,Info mylovely-cats,243,info sahabat,216,infografik,7,islam,2,jajan,1,jalan-jalan cari info,19,jalan-jalan cari kedai,3,jemputan khas,2,johor,1,joke,2,jual,1,kartun,1,kasih sayang,1,kasih sayang ibu,1,kejam,2,kemalangan,1,kembiri,1,kenagan,1,kenali sicomel,3,keputusan,2,kill,1,kinrara,1,kisah dongeng,1,kisah islam,2,kisah lawak,3,kisah nabi,2,kisah teladan,3,kitten,8,kitten for sales,8,klinik,1,koleksi,1,koleksi terhad,1,komen,1,komen anda,2,kongsi,1,konvensyen,1,kraftangan,1,kuala lumpur,1,kucing demam,1,kucing percuma,4,kucing sihat,1,kutu grooming,2,labus,1,lagu,1,larkin,1,lawak,9,lawak sicomel,6,lembah klang,1,Lenovo,1,Lenovo Yoga Tablet 10.1 Series,1,lensa niaga,1,limited edition,1,lion cut,1,lokasi,2,loket,1,luahan hati,1,lynk dot my,1,lynundi,1,maal hijrah,2,mac 2013,1,machiko flea,1,majalah,1,majalah haimeow,2,majlis daerah kluang,1,majlis rumah terbuka,1,makcik mala,1,mandian,1,mandian kutu,2,manila,1,mati dengan sengaja,1,matikan,1,matikan dengan suntikan,1,mating servis,1,maulidur rasul,2,MCFA,1,melaka,1,MEPS higway,1,MH370,2,mini petshop,1,momok,1,moral of story,1,motivasi,1,mudah.my,1,muning,1,myspace,3,nasi lemak kopi o,2,nasihat,1,navigation,1,networking,5,news,1,niat,1,nota penting,2,nuffnang,1,online shop,3,opening,1,organisasi pengurusan,6,packages ZABP,1,pakej kami,6,pakej mandian kutu,2,pameran,4,papan tanda,1,Pelanggan Kami,45,pembeli kucing,1,pembukaan,1,pembunuhan,1,pemenang,2,pemilik,2,pencarian bloglist,1,penderaan haiwan,1,pengguna,2,penghargaan,2,pengumuman,8,pengurusan haiwan,2,penjagaan sicomel,1,perasmian,1,peraturan,1,perayaan,2,percuma,5,perkhidmatan cat sitting,1,perkhidmatan grooming,6,perkhidmatan mating,15,perkhidmatan SAH,1,perkhidmatan trimming,2,persian semi flat face,5,persiapan awal,1,personal,1,pertandingan,31,pesanan,1,pet blower,1,pet lover,1,petition,1,petsafe,1,petua,1,photoshop,1,pick up services,1,posing,3,post,3,poster,2,pray4MH370,2,prince,2,produk baru,2,program,10,program santai,6,program sihat,11,Promosi,38,promotion,2,PTS,1,puasa,1,puchong,2,puisi,1,puppies,1,pusat jagaan haiwan,1,pusat jagaan kucing,1,pusat perlindungan kucing,1,put to sleep,1,putrajaya,1,Q-A,2,r.i.p,1,rabu tanpa perkataan,1,ragam kucing,13,ramadhan,1,rawat,1,review Services,1,rewards,1,RTM,1,rukun islam,1,sajak,2,sakit telinga dan mata,1,salam ramadhan,1,sales of kitten,12,sambal tempoyak petai ikan bilis,1,sambutan,1,sampul angpau versi ZABP,2,sampul hari raya 2013,1,sangkar baru,1,says dot com,1,school holiday,1,sedih,1,segera,1,segmen,34,segmen fb,2,sehati sejiwa,1,selamat ulang tahun,2,selangor,2,selingan,6,sembang kucing,2,services grooming,4,servis,2,servis boarding,3,servis iklan berbayar,1,sharing,1,show,1,si anur dan si miaw,3,si chuki,1,si momot,3,sicomel,4,signboard,1,Simalang,2,simptom,1,sistem gps,1,Sistem imunisasi Badan,1,siti,1,siti dimiliki,1,social,1,social network,1,song,2,SPM 2011,1,sticky,2,suit tabung,1,super specials boarding free,1,syarat dan terma,1,tag 4 u malaysia,1,tag nama,1,tagged,1,tahniah,1,tahun baru,1,tahun baru cina,2,takziah,3,taman puncak jalil,1,taman tasik permaisuri,1,tampoi,1,tazkirah,18,Tazkirah jumaat,24,terma dan syarat,1,Testimoni,28,TF advance,1,thumbler,1,tick,1,tidur dengan suntikan,1,tidurkan,1,tip dan panduan,49,tip mandian kutu,2,Tips Penjagaan Kucing,90,transfer factor 4 life,1,treat,1,trimming services,1,tuah,1,tutorial,2,tv9,2,twitter,2,ucapan,30,undang-undang,1,undian,1,utusan malaysia,1,veterinar,1,video,7,vime- frondog,1,waze,1,wetfood,1,wish,2,wordless wednesday,73,wordpress,1,world,1,yink,1,youtube,14,yuna,1,zabp,1,zul & azizi baording pets,1,
ltr
item
Zul & Azizi Boarding Pets: Apa Itu Kembiri Dan Peranannya Pada Sicomel
Apa Itu Kembiri Dan Peranannya Pada Sicomel
Apa Itu Kembiri Dan Peranannya Pada Sicomel
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio2VTLKqJIcoano-iFG1Bm99aKRdo1Jk7gTSNl5h1W_XbCVCjjEzswSrpzLpZc9B-8sTi4TGK_JDYpsRyDdHSe_CdL57Ng4lRsaChTMFtYIINqOlN4hEYGHOIFEf-UU4Gn_F8QgiXTiEo/s320/cat-spay-desexing-clip.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio2VTLKqJIcoano-iFG1Bm99aKRdo1Jk7gTSNl5h1W_XbCVCjjEzswSrpzLpZc9B-8sTi4TGK_JDYpsRyDdHSe_CdL57Ng4lRsaChTMFtYIINqOlN4hEYGHOIFEf-UU4Gn_F8QgiXTiEo/s72-c/cat-spay-desexing-clip.jpg
Zul & Azizi Boarding Pets
https://mylovely-cats.blogspot.com/2013/02/apa-itu-kembiri-dan-peranannya-pada.html
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/2013/02/apa-itu-kembiri-dan-peranannya-pada.html
true
8534666320151591297
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content