$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!        YOUR AD HERE!    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Conjunctivitis @ Pink eyes

Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing terkena pink eyes) Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya...

Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing terkena pink eyes)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, bloggers, pelawat dan pencinta kucing tegar. Adakah sicomel anda kekal aktif dan sihat? atau murung? Pastikan sicomel mendapat kasih sayang sepenuhnya dari anda.

Mungkin sicomel anda pernah terkena atau menghidapi "conjunctivitis" @ "pink eye" atau dikenali sakit mata merah, bukan? Dan masa itulah anda juga pening untuk mencegah dan merawatnya, bukan? Entri kali ini, ZABP akan berkongsi info penyakit ini untuk tatapan anda.

Sumber: Pakcik Google

1- Conjunctivitis @ Pink eyes
Selaput mata (conjunctiva) ialah selaput lutsinar yang melitupi mata merah dan kelopak mata. Radang selaput mata (conjunctivitis) ialah selaput mata yang sakit atau "pink eyes". Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan.

2- Simpton Conjunctivitis
Ini adalah bergantung kepada sebab-sebab radang selaput mata. 
Disebabkan oleh bakteria:
- Mata merah @ pink eye
- Discaj pekat
- Kelopak mata melekat
- Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
- Selalunya berlarutan seminggu
Disebabkan oleh virus:
- Mata merah @ pink eye
- Discaj cair
- Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
- Selalunya berlarutan selama 2 minggu atau lebih
Disebabkan oleh alahan:
- Mata merah @ pink eye
- Gatal mata, kadangkala gatal hidung jika melibatkan resdung.
- Mata berair dan pedih
- Mata sentiasa berair
- Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama
- Boleh berlanjutan buat masa yang lama

3- Rawatan untuk Conjunctivitis @ pink eyes
Anda perlulah merujuk kepada doktor veterinar untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Disebabkan oleh bakteria:
- Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan "oitment" secara lebih kerap. Klik disini untuk info Antibiotik Terramycin
- Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan dengan air suam dan sapukan antibiotik mata
Disebabkan oleh virus:
- Tidak memerlukan rawatan yang khas
Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan dengan air suam dan sapukan antibiotik mata
Disebabkan oleh alahan:
- Ia mungkin keadaan kronik
- Memerlukan ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal-gatal pada permukaan kelopak mata.
Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan dengan air suam atau air yang telah dilaturkan dengan sedikit garam.

4- Pencegahan Jangkitan
- Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
- Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata atau menggunakan alat cucian sanitizer
- Elakkan dari bercampur dengan kucing yang dijangkiti dan jika boleh asingkan atau kuarantin kucing yang dijangkiti
- Jangan berkongsi tempat makan, bekas dan sangkar
- Sentiasa menjaga kebersihan bilik khas kucing atau tempat dimana sicomel selalu bermain

P/S: ZABP telah pun menerangkan tentang Antibiotik yang sesuai dan berkesan untuk sicomel yang dijangkiti Conjunctivitis @ pink eyes. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, boleh hubungi kami atau email pada bila-bila sahaja dan kami cuba yang terbaik untuk anda.


Image hosting by IMGBoot.com
Hadiah Doodle Korea Dari Apit

KOMEN ANDA

BLOGGER: 4
  1. nampak mcm sakit je

    ReplyDelete
  2. kesiannya tgok kucing tuh :(

    ReplyDelete
  3. @Anum
    Kalau nak tahu kucing sakit mata macam tu lah gayanya...mata kemerahan :-)

    @Cik tikah
    Hulurkan bantuan untuk sicomel itu.. :-)

    ReplyDelete
  4. Mata kucing saya mengalami sakit pink eye ini. Mata nya selalu berair dan ada selsema sedikit.
    1) Ada x ubat atau tips utk kurangkan rasa gatal?
    2) apa ubat untuk kucing yg mengalami resdung?
    3) jika kucing mengalami cirit birit dan najis nya agak berlendir dan agak tidak lawas, boleh ka saya beri kucing sy makan ubat charcoal?

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content