Cara merawat kucing demam adalah dengan membawanya ke klinik haiwan berdekatan untuk rawatan dan nasihat selanjutnya dari doktor veterinar.

Entri post kali ini adalah berkaitan dengan cara mengenali simptom demam dan cara merawatnya. Jadi, baca entri post ini sehingga habis. In Shaa Allah, ianya akan membantu anda ketika dalam saat-saat kecemasan.
Kenali Simptom Demam Kucing
Untuk mengenali simptom demam kucing mudah sahaja. Anda boleh lihat sebelum dan selepas reaksi sicomel itu sendiri. Jika sebelum demam, kucing anda sentiasa dalam keadaan aktif dan suka bermain berlari berkejaran di dalam rumah. Makan dan minum yang cukup serta tektur pee (najis) kucing anda keras. Itu menandakan tahap kesihatan imunisasi kucing anda yang sangat optimum dan hanya perlu fokus serta pantauan dengan aktivitinya seharian.
Seterusnya, jika kucing anda demam, ini adalah tanda-tanda atau simptom kucing terkena demam adala seperti berikut:
1. Suhu Badan Kucing Panas
Kucing dan manusia berpisah tiada dimana suhu badan manusia dan kucing tidak jauh bezanya. Jika anda demam, suhu badan anda akan meningkat panas, bukan? Begitulah juga dengan suhu badan kucing. Jika anda memegang kucing dan terasa panas di badannya, ini bermakna kucing anda sedang sakit demam. Jika tidak pasti, anda boleh gunakan termometer untuk memeriksa suhu badan kucing anda.
2. Kucing Selalu Tidur dan Sentiasa dalam keadaan Pasif
Anda boleh bezakan aktiviti kucing anda dari hyper aktif hinggalah berubah ke pasif. Ya, ini memang perubahan perilaku yang boleh dilihat dengan mudah dimana kucing anda hyper aktif dan secara tiba-tiba kurang aktif serta selalu tidur. Ini adalah salah satu simptom kucing anda demam
Ini adalah bahagian yang paling anda pantau dan penting kerana jika sistem pencernaan pada kucing yang tiada bermasalah, najisnya adalah kelihatan agak keras. Anda boleh bezakan sendiri najis kucing yang sihat dan bermasalah. Ini adalah disebabkan anda selalu bertukar makanan kerana sistem pencernaan kucing anda belum menyesuaikan diri dengan makanan yang baru. Sistem pencernaan kucing anda sudah biasa dengan makanan yang diberi setiap hari. Jadi simptom demam ini juga berpunca dari cirit-birit, muntah-muntah dan najis berdarah. SEGERAlah bawa ke doktor haiwan berdekatan untuk rawatan dan nasihat selanjutnya.
4. Nafsu Makan Kucing Berkurang

5. Mulut Kucing Ber-bau
Kucing yang sedang sakit demam juga membuatkan mulutnya ber-bau kerana panas dan suhu dalam badannya. Kucing anda hanya ingin minum sahaja kerana di mulut kucing itu kering, maka jelas nafasnya akan ber-bau.
Jelas sekali jika terdapat keguguran pada bulu kucing yang sangat ketara disebabkan hormon atau persekitaran seperti ingin mengawan, terkena cendawan, makanan tidak sesuai serta suhu bilik di sekitar kucing terlalu panas. Kucing yang kekurangan vitamin akan menyebabkan keguguran bulu sehinggalah boleh terkena demam.
7. Telinga, Hidung, Mata dan Mulut Mengeluarkan Cairan Kotoran yang ber-bau
Jika didapati kucing anda demam, bahagian utama seperti hidung, mata telinga, mulut akan menghadapi masalah seperti selsema (flu), mata merah (eyes pink), cairan kotoran di telinga sehingga menyebabkan bau yang kurang menyenangkan adalah punca kucing anda di serang demam.
Secara umumnya jika sesetengah daripada anda yang terkena demam, juga akan muntah. Begitu juga dengan haiwan peliharaan anda. Kucing juga akan muntah jika di dapati demam. Muntah boleh jelas kelihatan setelah apa yang dimakannya.
9. Sering Minum (Haus)
Kucing yang sedang sakit atau demam lebih cenderung dengan banyak minum dari hari kebiasaan. Ini kerana tekak kucing sentiasa dalam keadaan kering dan sentiasa dalam keadaan kehausan. Kucing yang demam akan lebih cenderung untuk minum sahaja dan makan akan berkurang.
10. Berat Badan Turun

11. Bengkak Di Sekitar Tubuhnya akibat pergaduhan
Biasanya bengkak di sekitar tubuh badan kucing akibat dari pergaduhan yang besar tetapi simptom ini jarang sangat di temui, hanya ditemui jika didapati ada bahagian tubuh kucing mempunyai bengkak dan bernanah. Kucing anda akan merasai kesakitan jika di sentuh di bahagian bengkak tersebut. Ini boleh menyebabkan kucing anda mudah terkena dengan demam. Bawalah segera berjumpa dengan doktor veterinar untuk rawatan dan nasihat selanjutnya.
12. Hidung Berair
Kebiasaanya, jika anda terkena demam, secara automatiknya hidung akan berair seperti seakan-akan terkena selsema (flu). Begitu juga dengan kucing anda, didapati hidungnya akan berair mengeluarkan hingus atau cecair putih. Anda akan dapati kucing akan bersin dan sentiasa akan menjilat di bahagian hidungnya. Bagi kucing yang normal dan sihat, dibahagian hidung kucing akan kelihatan merah @ pink, panas dan tidak berair.
Cara Merawat Kucing Demam
Setelah anda sudah mengenali kucing yang terkena demam, jika anda membuat bajet atau kewangan yang mencukupi, boleh membawanya ke klinik haiwan yang berdekatan untuk rawatan dan nasihat selanjutnya. Manakala bagi anda yang kekurangan bajet, bolehlah ikut kaedah ini. Berdasarkan dengan pengalaman kami 12 tahun dalam dunia kucing, kami akan kongsikan cara mudah untuk merawat kucing demam sehinggalah kucing anda sihat seperti sebelumnya. Kaedah dan cara merawat kucing demam adalah seperti berikut:
1. Vitamin dan Ubat Antibiotik Kucing Demam
Cara merawat kucing demam: Selain dari klinik veterinar, anda juga boleh dapatkan vitamin dan antibiotik ini di mana-mana kedai haiwan yang berdekatan. Pastikan anda perlu dapatkan khidmat nasihat dari doktor veterinar yang berpengalaman terlebih dahulu untuk mencari vitamin serta antibiotik yang boleh melawan demam kucing. Berdasarkan dengan pengalaman kami, anda bolehlah mencari antibiotik demam yang dinamakan Imexa atau Zoox25. Hanya sesetengah pencinta kucing tegar sahaja yang tahu menggunakan antibiotik ini. Untuk mendapatkan antibiotik ini, anda bolehlah merujuk kepada pakar panel veterinar yang berhampiran dengan anda.
SILA RUJUK PADA PAKAR VET ANDA
Bagi anda yang sudah mempunyai imexa, anda bolehlah memuatturun dos sukatan yang dibenarkan untuk tujuan rujukan sahaja.
2. Suhu Ruang Bilik Kucing
Cara merawat kucing demam: Ini adalah penting, pastikan suhu bilik kucing tidak terlalu sejuk. Jika sejuk, anda boleh gunakan lampu yang boleh membantu mengurangkan suhu sejuk ruang bilik kucing tersebut. Sentiasa pastikan suhu ruang bilik kucing sentiasa panas suam kerana suhu tubuh kucing yang demam tidak akan membantu untuk menstabilkan suhu demam. Seperti yang di terangkan sebelum ini, jika anda demam badan akan merasa menggigil kesejukan walaupun suhu badan anda meningkat. Ini bermakna anda perlukan ruang yang panas untuk menstabilkan suhu badan. Begitu juga dengan kucing peliharaan anda, kucing juga perlukan suhu ruang bilik yang suam dan tidak terlalu sejuk
Cara merawat kucing demam: Pastikan anda perlu mengasingkan kucing yang demam dari bergaul dengan kucing yang sihat supaya demam kucing tidak merebak dengan kucing yang lain. Anda perlu menyediakan sangkar yang selesa untuk merawat kucing yang demam. Kucing perlulah di kuarantin terlebih dahulu supaya anda boleh memberi fokus dan pantauan sebaiknya. Kucing yang demam juga memerlukan pantauan sepenuhnya agar ada perubahan sama ada sembuh atau sebaliknya.
4. Berikan Makanan dan Minuman yang Secukupnya
Cara merawat kucing demam: Selain memberikan antibiotik Imexa atau Zoox25, kucing anda juga perlu diberikan makanan yang mengandungi sumber protien yang tinggi supaya dapat menyokong sistem imunisasi badan kucing untuk kearah yang sihat. Tanpa makanan dan minuman yang secukupnya, kucing anda tidak akan sembuh sebaiknya, malah akan menyebabkan kucing anda lemah dan tidak bertenaga. Sekaligus menyebabkan punca kematian.
Semoga entri post ini memberikan manfaat ilmu untuk anda dan kucing peliharaan anda. Sebarang cadangan, pendapatan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan artikel di bawah ini, in shaa Allah, kami secepat mungkin akan membalas komen anda. Terima kasih sudi bertandang di blog kami. Selamat membaca!
ada beberapa ekor kucing saya sedang demam selsema sekarang, entry ni sangat membantu. tq
DeleteAlhamdulillah... Semoga kucing akak sihat & kekal aktif sepanjang masa
DeleteKucing saya demam. Rasanya ada lelah jugak. Berapa harga ubat demam
DeleteJika demam, sila rujuk dengan klinik haiwan yang berhampiran. Minta khidmat dan nasihat daripada veterinar. In Shaa Allah, mereka akan membantu dari segi ubatan dan juga nasihat
DeleteKalau bawa ke klinik haiwan berapa ya kos rawatan biasanya
DeleteKebiasaanya kos rawatan ke klinik veterinar mesti melebihi dari RM50.00 dan keatas. Harga kos rawatan yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada pengalaman kami, bergantung kepada kawasan dan juga klinik haiwan itu sendiri.
DeleteAda tak cara selain guna antibiotik.. Sbb kat sini tak ada klinik kucing
DeleteAda, boleh bagi suppliment seperti TRANSFOR FACTOR. Ia juga membantu menguatkan sistem imunisasi badan kucing. Terima kasih
DeleteKucing saya dah beberapa hari tak nak makan sebab demam..saya da cuba bagi ubat demam tapi masih tiada perubahan..saya nak tanye.. vitamin comprehensive nutrition paste ni baik ke untuk kucing yang tidak ada selera makan selepas demam..saya mencari ubat antibiotik macam tuan sarankan tapi di tempat saya kedai pet-pet tidak ada menjual..jadi saya hanya memberi vitamin yang di nyatakan tadi..sesuai ke??
DeleteUntuk pengetahuan pihak tuan, anitbitiok yang di terangkan dalam entri ini memang susah unti didapati di mana-mana petshop kerana ianya adalah ubat terkawal dari pihak KKM (Farmasi) dan didapati bersalah jika anda yang menjualnya tanpa kebenaran dari pihak KKM itu sendiri. Vitamin juga membantu untuk menguatkan sistem daya tahan badan kucing. Jika sistem imunisasi kuat, kucing akan mampu melawan sakitnya dan akhirnya kucing sihat dan kekal aktif seperti biasa. Pastikan baca terlebih dahulu kandungan labeling ramuan yang digunakan pada vitamin tersebut dan juga dosage yang patut dipatuhi. Terima kasih.
DeleteMaaf nk bertanya.. Mmg simptom kucing demam.. Dia akan mencungap2 ya.. Dan x betah duduk setempat.. Lagi satu bila pegang sikit akan sakit.. Betul ke? Sy dah bwk g vet.. Doct prescribe ubat antibiotic dgn demam.. Sy bg supp TF juga tapi dalam 2 jam sebelum consume ubat doct.. Utk boost immune system dia..cm sy sgt2 risau.. Sy xpenah alami situasi mcm ni.. Selalunya parvo.. Tapi parvo once sy bg TF alhamdulillah elok.. Tp demam tanpa ada air liur meleleh ke apa2... Sekadar mencungap2.. Buat sy sgt2 risau...
DeleteHai, bdn ibu kucing sy terasa panas/demam..adakah ini menyebabkan anak2 nya juga demam?bdn anak2 smua dah pamas jugak 😥😥😥
Deletepanas
Deleteye.. kucing tuan mengalami simptom demam. Boleh lihat dari aktif sebelum dan selepas mengalami demam. Dan juga hilang selera makan dan minum. Terima kasih
DeleteAdakah boleh suap ubat demam manusia pada kucing
DeleteTak boleh. Ada baca dekat satu entry ni, org tu kata ubat demam manusia tu dikira mcm racun utk haiwan. Tp sy tak pasti lah betul atau tidak
DeleteBetul tu..
DeleteAda ke apa apa cara tradisional untuk mengurangkan panas badan pada kucing ? Kucing saya demam sbb baru kematian adiknya , dia mcm bersedih sampai demam
DeleteTry bg minum air kelapa
DeleteIni adalah salah satu cara alternatif untuk membantu kucing sihat sbb air kelapa mengandungi banyak kelebihan selain menyejukkan badan
DeleteSeberapa kerap yer nk bgi minum air kelapa??
DeleteSetiap dua jam .
Deletekucing sy demam tp slera mkn ok dia dh start pasif ... cuma bila angkat sntuh ckit msti dia snsitif mrengek... meoww meoww... normal kh demam mcam tuu atau ad asaki laim dh bg ubt demam dn vitamin 2 hri trmsuk hri ni... still sma pasif jgk mlas nk gerak nk tdor jerr mkn mnum
Delete"cuma bila angkat sntuh ckit msti dia snsitif mrengek"---> mungkin mengalami sakit dalaman.. Cuba bawanya ke vet berdekatan dengan tuan. Jika dibiarkan nanti akan melarat kesakitan dalaman yang di alami kucing tuan. Terima kasih
DeleteSalam kucen dh demam dekat 5 hari.. dah gi vet 2 kali. Cek parvo tkde. Tp langsung tk mau mkn dan pasif. Risau sgt. Jalan pun terhoyong hayang. Allahurabbi risau sgt.. badan pun dh tinggai tulang😭
DeleteBadan pun dah tinggai tulang tu sudah di kira tahap kesihatan yang sangat membimbangkan. Cara alternatif, boleh dapatkan supliment TRANSFER FACTOR untuk membantu mengguatkan sistem imunisasi dan sekaligus menambahkan selera makan dan minum kucing tuan. Terima kasih
Deleteboleh suggest kan makanan kucing yang tinggi nutrient?
DeleteKucing saya rasanya demam sebab badan dia panas. Selera makan dia pun berkurang. Selalu dia aktif berlari. Kalau tak bawak ke klinik, bagi minum air kelapa boleh tak ? Sebab klinik semuanya full and kena book dulu haih
DeleteNak tanya knape kucing sy xlalu nk makan lpastu telinga dya mngeluarkn cecair??cara apa yg sesuai untuk mnyembuhkan penyakit ini??
Deletekucing sy pernah jd mcm tu.. bwk pegi vet..nnti doktor akn cuci tlinga dia ..pastu doc akn bg antibiotik dan ubat titik telinga..
Deleteassalamualaikum.. ibu kucing saya ada 2 ekor anak.. tp 2 hari ni dia demam x dpt nk susukan ank..ank pulak mrengek nk susu..mcm mna nk buat.?sya dah bg susu kmbing yg dibeli di petshop..tp ank2 x nk minum .
Deleteassalamualaikum, sye bru bela anak kucing umur lebih kurang sebulan..ade dua ekor , diorang aktif makan oke sume oke..tapi kadang2 bersin..adakah bersin tu menunjukkan dye demam..sbb tak kerap pon ..
DeleteNk tnya kucing sya ada simptom
Delete- pasif selalu tidur
- makan minum sikit
- hidung bernafas dgn kuat mcm kena selsema tapi xde cecair
- bersin tidak kerap
Adakah tu tanda demam atau bukn?
Assalamualaikum..kucing saya demam,tapi dia tak nak mkn n minum..dah 26 jam dia tak mkn n minum..adakah saya perlu paksa dia mkn and minum atau biarkan dia sendirian dhulu?
DeleteKucing saya sedang demam sekarang dan saya sudah bawa jmpa vet. Boleh sya tahu berapa hari kucing biasa demam?
Deletesalam..saya x pasti sama ada kucing saya demam atau x..sbb antara tanda ii yg kat atas tu mmng x de kat kucing saya..dia mmng kurus dri kecik AHHA..and kucing saya tu dia cm bernafas dgn laju..adakah kucing saya demam??plzz jwb..tolong ye sesiapa
DeleteAnak kucing saya kena gigit dengan musang semalam dan saya terus cuci dgn air campuran dettol dn sapu antiseptic ubat luka warna kuning tu dan luka pun dah kering.. Pagi ni dia jadi lembik badan panas sangat nak tanya kalau bawa ke ver kerajaan berapa anggaran kosnya ye??
DeleteKucing sya lemah je makan xnk ini pun paksa minum air
DeleteSaya baru ambil kucing ni kemarin sebb ada org nk buang dia , xmau bela dia dh la kot.lepastu saya bagi Mandi dia and dia mcm lari-lari normal kn.sebelum ni dia memang Tak mkn sangat tapi active mcm org berjalan sikit ja dia ikut . Tapi lepas bagi Mandi dia tuu dia terus Tak active , tidur ja , Jalan pon tak betul like Tak stabil . Kenapa Yee .boleh bagi pencerahan tak.nak bawah gi klinik pon x mampu🤗
DeleteKucing jantan demam selepas mating. Tu kali pertama dia mating. Apa tak nya 3hari kurang minum n mkn. Asyikkk mating aja. Last2 demam. Itu normal?
DeleteSalam. Nak tanya kucing saya rasa badan dia macam panas sikit. Tapi dia aktif je. Makan ok. Kencing & berak pun ok. Cuma kadang-kadang dia akan bersin. Adakah dia demam atau tak? Konfius pulak.
Deletekucing sy dah 2 hari taknak makan dan minum , nak hantar pergi ke klinik haiwan pun takde kat sini , apa yg patut sy buat ?
DeleteKucing saya tak aktif bermain. Sudah bawa ke vet dan dr suspek kene kutu sebab nampak gusi pucat. Lepas tu kucing saya dah dekat 2 hari tak buang air besar. Dan hidung dan paw pad dia sejuk dan berair. Makan wetfood dia ok tapi dryfood dia tak mau. Apa masalah kucing saya ya?
Deletekalau kucing saya bernafas laju macam tersekat sekat tu normal ke bagi kucing yang demam ?
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya..
DeleteNampak gayanya kucing saya pun demam la, lepas baca tulisan di atas..
Kucing saya baru nk demam. Sebelum ni, saya akan kasi dia makan CIAO tu sebagai booster. Ikhtiar kasi air kelapa dan air rebusan daun. Alhamdullilah getting better
Deleteohh baru tahu bila kucing sakit macam mana.
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya, kucing saya actif seperti biasa makan minum semua okay najis dia pon normal, tapi badan dia panas kenapa ya
Delete