$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

yOUR AD HERE!    yOUR AD HERE!   
Cerdik Pintar    DOWNLOAD SEKARANG!    yOUR AD HERE!    title=    Rahsia Penulis    yOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    yOUR AD HERE!

[TIPS & KESIHATAN] Air Kelapa Muda Untuk Sicomel

[TIPS & KESIHATAN] Air Kelapa Muda Untuk Sicomel

Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing gediks)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing amnya. Agaknya sudah lama kami tak kemaskini entri yang terkini untuk tatapan semua sehingga hampir BERSAWANG gitu....hehehehe

Entri kali ini, ZABP akan memberi tips dan panduan kesihatan secara tradisional untuk sicomel ketika dalam keadaan kritikal dan bajet. Mungkin anda pernah menggunakan air kelapa muda sebagai salah satu perubatan khususnya bagi menyejukkan badan ketika panas. Menurut sumber yang dipercayai dan berkesan terhadap sicomel, air kelapa muda juga boleh digunakan pada sicomel ketika dalam keadaan kembung perut, muntah-muntah, cirit-birit, keracunan makanan dan demam panas.



Jika kucing anda kena muntah muntah, ceret beret, asingkan dari kucing-kucing yang lain. Berilah mereka air kelapa muda. Gunakan syringe / picagari untuk diberi kepada kucing yang sakit tadi. Beri seberapa yang boleh, jikalau terlalu lemah, perlu dipaksa, dimana kaedah 'force feed' untuk kucing yang terlalu / sangat lemah.


Kemudian menggunakan air biasa dan jika selera mereka tiada, beri lah air yang dicampur sedikit glukos atau pun gula. Gunakanlah syringe / picagari untuk menyuapkan cecair supaya mereka tidak dehydrated atau kekeringan akibat cirit birit, muntah atau kembung perut. Jika diberi cecair sekerap mungkin mereka tidak akan dehydrate dan khasiat air kelapa muda tadi akan membersihkan segala bahan yang didalam perut mereka. Glukos dari air kelapa muda pula akan memberi kekuatan tenaga dan makanan didalam badan tanpa perlu di cerna.

Jika kucing anda secara tiba tiba terkena demam panas, pertama sekali perlu diberi air kelapa muda dan perlu diulangi setiap 2 jam sekali dimana satu atau 2 syringe mengikut pada saiz kucing. Jika kucing dewasa, 3- 4 syringe paling minimum tidak mengapa dan diikuti air kosong, setiap 2 @ 3 jam. Jika anak kucing beri 1-1/2 syringe dalam tempoh 2 jam. Jika nampak mereka bertenaga perlu diteruskan. Selepas itu berilah air biasa atau air yang dicampurkan sedikit glukos, paling tidak sedikit gula (jangan terlalu manis, kalau boleh rasa gula sayup sayup sahaja) dan di akhiri dengan air kosong. Jangan lupa lapkan bahagian yang terkena air gula supaya semut tidak hurung...

Jika disyaki kucing keracunan berilah air kelapa muda sebanyak mungkin yang boleh kerana air kelapa bersifat diauretik dan mempercepatkan proses perkumuhan bahan tersebut cepat keluar dengan segera. Jika berkesempatan bawalah ke klinik veterinar yang berhampiran.

Jika hendak memberi air kelapa muda dan makan ubat doktor, berilah air kelapa muda dulu akhir sekali di bilas air kosong. setengah jam kemudian baru diberi ubat doktor. Jika tidak sia sia sahaja makan ubat doktor kemudian segera di proses menjadi bahan buangan jika ubat  dimakan dahulu dan diikuti minum air kelapa muda.


Nota kaki: Inilah kehebatan air kelapa muda yang boleh membantu menguatkan sistem imunisasi sama ada manusia atau pun haiwan khususnya kucing....


COMMENTS

BLOGGER: 55
  1. terima kasih, bagus tips ni :)

    ReplyDelete
  2. dulu sy selalu guna air kelapa muda ni utk jejebon saya tapi sejak pokok kelapa dah takde mmg payah nak carik air kelapa muda nih

    ReplyDelete
  3. @Ann Ishak
    Terima kasih atak komen...Sharing is caring.. :-D

    @Nurzakiah Hanum
    Info untuk semua....

    @meowwmania
    Zaman sekarang air kepala muda boleh dibuat air coconut shake...dap dap dap....cubalah yer... :-D

    ReplyDelete
  4. Kalau ibu kucing jadi lemah n mcm sakit slepas brsalin mcm na ya? Dya xmau duduk dgn ank dya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan yang di ajukan. Cuba bagi makanan basah khas kucing sbb baunya boleh tambahkan selera kucing untuk makan. Jika cara ini tidak berjaya, terpaksa force feeding dengan menggunakan shringe. Beli makanan basah yang sangat lembut tektur & air glukos untuk kuatkan tenaga ibu kucing tu.

      Delete
  5. hello, nak tanya ni kalau air kelapa dalam tin minuman yang dah kena proses tu boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg fresh lg bagus..sbb takde campuran apa2..

      Delete
    2. Kalau air kelapa dalam tin tu mmg tak fresh sbb sudah di campur dengan bahan-bahan lain. Setuju dengan Encik Mohd Nasrol Haizad tu.

      Delete
    3. Terima kasih sbb sudi menjawab persoalan yang simple... :D

      Delete
  6. Tq,kucen sy tgh dmm,esok pg2 nk cr klpa muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah rawatan sementara atau alternatif sementara menunggu bawa ke klinik veterinar yang berdekatan. Terima kasih

      Delete
  7. Kucing sy sakit teruk slera mkn pn xde,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila bawa terus ke klinik veterinar untuk dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor veterinar selanjutnya. Terima kasih...

      Delete
  8. bagaimana hendak mengubati kucing yang terkena selesma dan tidak berselera makan. Saya sudah membawanya ke vet tetapi ubat habis kucing saya belum jugak sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaanya jika kucing selsema, deria bau utk makan akan berkurangan. Jadi kami syorkan aintibiotik doxycillin atau imexa syrup. Rekomen dan berkesan pada kucing yang terkena selsema. Kami ada jual antibiotik doxycillin atau imexa. Boleh whatsApp ke 017-6691143. Terima kasih.

      Delete
  9. Kalau anak kucing tiba2 sakit .... X lalu mkn , mulut pun mcm berair sikit ... Dia cuma nak minum air je ... Kenapa jd mcm tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau anak kucing tiba-tiba sakit mungkin di sebabkan virus yang ada dalam badan kucing aktif. Biasanya virus Feline infectious peritonitis (FIP) ni sudah ada dalam badan kucing cuma aktif atau tidak jer. Sila bawa ke veterinar berdekatan untuk rawatan dan nasihat veterinar selanjutnya. Terima kasih :)

      Delete
    2. salam nak tanya, penyakit FIP ni boleh baik tak dgn air kelapa?

      Delete
    3. fip ni berjangkit tak?

      Delete
    4. Doc ckp FIP berjangkit.kena asingkan tmpt mkn n najis. Mudah merebak. Kena asingkan yg dah kena FIP dan yg lain kena bwk check darah di klinik jgk.

      Delete
  10. Kucing saya demam... vet da inject pg smlm.... harini sy beri air kelapa muda, boleh ke? Dia x selera mkn...mcm mna nk buat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer bagi minum air kelapa guna picagari (syringe), kena bagi kerap minum air kelapa tanpa campuran air gula...Pastikan air kelapa original. Lepas tu pastikan bagi sedikit makanan basah untuk tujuan tenaga. Jika kucing dah makan kiranya kucing tu dah mula bagi respon untuk sihat. Kena selalu bercakap dan bagi semangat pada kucing tu yer. Kami kongsikan pengalaman kami masa kucing kami pernah mengalami demam. Dan kini alhamdulillah...kucing kami dah sihat seperti sedia kala....

      Delete
  11. Air kelapa muda sesuai tak di bagi tuk kucing yg sedang pregnant.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air kelapa muda sesuai untuk kucing yang menghadapi masalah keracunan atau lemah sistem imunisasi dan rawatan sementara untuk menunggu keesokan hari mmebawa ke klinik veterinar. Tidak sesuai untuk ibu kucing yang sedang mengandung...Kesannya pada anak yang dikandungnya.. :)

      Delete
  12. Anonymous11/30/2017

    Salam.. Kalau kcg kena ulser,selsema and bersin2 boleh bagi air kelapa muda juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau ulser tu cuba cuba baca tips dan komen di artike l ini yer...https://mylovely-cats.blogspot.my/2011/11/tips-kesihatan-ulser-mulut-kucing.html
      Kalau selsema dan bersin tu kami cadang dapatkan antibiotik imexa atau Zoox 250 dari kami... Sangat berkesan untuk sembuh dengan cepat jika menggunakan antibiotik yang dinyatakan.. :)

      Delete
  13. Nak tanya jika kucing sy kencing tapi ada darah boleh bg dia minum tak air kelapa muda..

    ReplyDelete
  14. Nak tanya jika kucing sy kencing tapi ada darah boleh bg dia minum tak air kelapa muda..

    ReplyDelete
  15. salam jika kucing sy kencing tapi ada darah boleh bg minum air kelapa muda ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kencing ada darah tu biasanya adalah masalah dengan pundi kencing kucing, lebih baik bawa pergi ke klinik veterinar yang berdekatan untuk khidmat dan rawatan selanjutnya dr veterinar... :)

      Delete
  16. Betul ke ikan rebus atau makanan basah tuna boleh buat kucing naik kurap ?
    .
    Kitten sy x makan wet food dan ayam rebus diorang lagi selera makan ikan ... Bahaya ka kalau consume ikan hari2 pada mereka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada fakta mengatakan ikan rebus atau tuna basah penyebab kucing naik kurap. Untuk diet kucing, seeloknya ikan itu di rebus tanpa meletakkan sebarang garam... Kalau boleh kekerapan utk bagi makan ikan tu 1 minggu 1kali sahaja dan selebihnya bagilah makanan dr jenis kering (kibble @ biskut) dari bahan-bahan yang grain free... Boleh google yer :)

      Delete
  17. Anak kucing sy umur 2 bulan cirit birit boleh ke bagi minum air kelapa?

    ReplyDelete
  18. kucing sy kuning pe perlu sy bg 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau penyakit kuning tu, lebih baik bawa ke klinik haiwan berdekatan untuk khidmat nasihat dan rawatan selanjutnya dari pihak veterinar... :)

      Delete
  19. Anonymous2/12/2018

    Assalamualaikum..ank kucing sy hidap penyakit sawan dan usia br mncecah 3mggu,selain menenangkanny dgn cara mengusap..adkh air kelapa dpt mmbntu dn apkh kesanny..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Sila baca info ni yer..
      https://mylovely-cats.blogspot.my/2013/11/tips-dan-kesihatan-penyakit-sawan.html

      Delete
  20. kucing saya selalu muntah berair.boleh ke air kelapa muda sembuhkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muntah berair tu ada nampak tak dedaun hijau? Jika ada, itu namanya hairball.. Terima kasih :)

      Delete
  21. kucing saya kena selesma,sdah 2 minggu. X slera makan. Dr bagi antibiotik, mahu tanya,boleh bgi air kelapa muda lpas bagi mkan antibiotik. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan kami membalas komen Cik. Kami rekomen guna imexa untuk cover selsema kucing cik. Kami ada jual antibiotik imexa khas untuk kucing yang mengalami masalah flu @ selsema. Boleh whatsApp kami di http://wasap.my/+60129771210/IMEXA_BLOG

      Delete
  22. Nk tnya, malam smlm kucing saya nmpk lemah tak sihat mkn pn tk nak lepastu astik bunyi ja..esk pagi tu dia dh nmpk oky dh cergas dh mula nk mkn..so perlu ka saya bwk kucing saya ke klinik haiwan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kurang kepastian tentang kesihatan kucing, boleh bawa ke veterinar berdekatan dan ceritakan masalah kesihatan kucing tersebut pada doktor. Itu lebih baik...

      Delete
  23. hi assalammualaikum , kucing saya baru usia dalam 2bulan something and die sejak beberapa hari kurang selera makan dan mnum , lemah kerap tidur , nafas berbau , dan badan agak panas malah kerap buang air besar (cair) and air kecil (warna kuning pekat) boleh saya bagi air kelapa muda jugak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, jika keadaan lebih teruk, sila bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan dan khidmat nasihat selanjutnya dari doktor veterinar. Terima kasih :)

      Delete
  24. Asslm...minta pndpt..kucing sy dh bpe ari xmkn....pas tue 2 hari sblom bwk klinik..kucing sy mcm semput..lepas tue keluar air liur..dh bwk g klinik kata demam..tpi doktor xtahu knp die semput..skrg makin teruk..mkn xnk.minum xnk 😭😭😭tolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semput mcm tercungap2 ka? Nak kepastian saja. Normally doktor veterinar akan bagi sejenis tablet antibiotik pada kucing yang demam. Air liru yang jernih atau buih? Kalau buih bermakna kucing keracunan makanan, so bolehlah bagi air kelapa utk dia muntah kesemua makanan yang dia makan tu. Terima kasih :)

      Delete
  25. seandainya susah nk dpt air kelapa muda, air kelapa biasa boleh digunakan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi cuma air kelapa biasa sudah tiada khasiatnya, berbanding air kelapa muda. Terima kasih :)

      Delete
  26. salam saya nak tanya , kucing saya ni dia ttba jd tak larat lepastu keluar air liur ja dan berbau busuk , dia cuma minum air sahaja , dah dua tiga hari dah mcmni , selain bawak ke klinik apa lagi yg boleh dilakukan ? tolong saya ��terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Cuba bagi suppliment Transfer Factor, mungkin ianya membantu untuk menguatkan sistem imunisasi badan kucing anda. Ini adalah cadangan kami sekadar usaha untuk memulihkan balik sistem imunisasi badan kucing yang telah lemah... Terima kasih :)

      Delete
  27. saya jumpa stray cat dlm longkang,ingtkan dh mati,..psl dh baring mcm kaku.rupanya masih hidup,sy beri air kelapa muda fresh,dua tiga hari alhamdulillah dh boleh bangun..hebat kelapa muda ni

    ReplyDelete
  28. adakah ubat selsema boleh diberikan kepada ibu kucing yang sednag bunting

    ReplyDelete
  29. Buat dah..dan skrg tggu saat2 akhir hembus nafas..sgt lemah..cirit teraboq...

    ReplyDelete

yOUR AD HERE!   
[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Name

130 ekor kucing,1,1sahabat 1 malaysia,6,abused,1,adopt free services,11,advantage-cat,1,akta,2,aktiviti,1,al-fatihah,1,al-hijrah TV,1,anak angel phase 2,1,anak angel phase 3,1,anak angel phase 4,2,anak cheezy,1,anak cicy phase 2,1,anak gegirl junior fasa 1,2,anak gegirl phase 2,1,anak kucing,4,anak kucing parsi,1,anak kucing untuk di jual,1,anda soal kami jawab,1,angpau,2,aniayai,2,anjing,1,anjing dan kucing jalanan,1,announcement,1,antibiotik,1,arnab,1,artikel,5,assalamualaikum,1,astro awani,1,attention,1,available,1,bantahan,1,basmi kutu,1,bayer,1,bengal,1,beranak,1,berita harian,1,berkabung,1,bilik kaca mating,2,biz malaysia,1,blog,6,Blog contest,11,blog review,6,blogger segmen,1,blogger segment,1,bloggers,7,blogspot,4,boarding,7,boarding aidilfitri,1,boarding aidilfitri 2017,1,boarding aidilfitri 2018,1,boarding services,3,booking form,1,borang online boarding aidil fitri 2014,1,borang online boarding aidil fitri 2017,1,Borang Tempahan,3,bubu meow meow,1,buffered earning,1,bunting,1,carta ZABP,1,cat adoption,4,cat birth,1,cat boarding,3,cat gathering in the garden,8,cat pregnant,1,cat show,1,catless wednesday,3,cats competition show,1,cawangan baru,1,celebrate,1,chuki,1,classic tabby,1,comedy,2,comel,3,comot,1,contest review,2,contest review linky dot my 2015,1,cute cat,1,cuti,2,cuti sekolah,1,demam,1,demam kucing,1,dera,1,DIY,1,doa,3,doauntukMH370,2,domestic short hair,3,doodle,2,DSH,1,duit sampingan,1,dunia artis,1,dunia sicomel,1,emosi,1,entri,3,even,1,event,9,expo,3,facebook,18,fakta,1,fastival,1,fitnah,1,flea,1,flu,1,flyers,1,followers,8,foto,1,frame,1,friendster,2,fullhouse,1,funny,4,GA. give away,5,Gadget,1,gambar hiasan,1,ganjaran,1,gathering cat in the garden,3,gelagat,10,geng blogger,11,germisep,1,giveaway,7,glove,1,google,1,google earth,1,google maps,1,gps,1,grooming services,1,guinea pigs,1,hadiah,4,hamil,1,happy birthday,2,harga,1,hari raya aidil adha,3,hari raya aidil fitri,2,hari wilayah,1,harian metro,1,hasad dengki,1,hasil tangan,1,hiasan dinding,1,hibah,2,homemade,1,hotel kucing & spa kinrara,1,i want to touch a cats,1,icon,1,idea,1,iklan,9,imexa,2,inf,1,info,198,info kesihatan,46,info kucing,179,Info mylovely-cats,242,info sahabat,215,infografik,8,islam,2,jajan,1,jalan-jalan cari info,19,jalan-jalan cari kedai,3,jemputan khas,2,johor,1,joke,2,jual,1,kartun,1,kasih sayang,1,kasih sayang ibu,1,kejam,2,kemalangan,1,kembiri,1,kenagan,1,kenali sicomel,3,keputusan,2,kill,1,kinrara,1,kisah dongeng,1,kisah islam,2,kisah lawak,3,kisah nabi,2,kisah teladan,3,kitten,8,kitten for sales,8,klinik,1,koleksi,1,koleksi terhad,1,komen,1,komen anda,2,kongsi,1,konvensyen,1,kraftangan,1,kuala lumpur,1,kucing demam,1,kucing percuma,4,kucing sihat,1,kutu grooming,2,labus,1,lagu,1,larkin,1,lawak,9,lawak sicomel,6,lembah klang,1,Lenovo,1,Lenovo Yoga Tablet 10.1 Series,1,lensa niaga,1,limited edition,1,lion cut,1,lokasi,2,loket,1,luahan hati,1,lynk dot my,1,lynundi,1,maal hijrah,2,mac 2013,1,machiko flea,1,majalah,1,majalah haimeow,2,majlis daerah kluang,1,majlis rumah terbuka,1,makcik mala,1,mandian kutu,2,manila,1,mati dengan sengaja,1,matikan,1,matikan dengan suntikan,1,mating servis,1,maulidur rasul,2,MCFA,1,melaka,1,MEPS higway,1,MH370,2,mini petshop,1,momok,1,moral of story,1,motivasi,1,mudah.my,1,muning,1,myspace,3,nasi lemak kopi o,2,nasihat,1,navigation,1,networking,5,news,1,niat,1,nota penting,2,nuffnang,1,online shop,3,opening,1,organisasi pengurusan,6,packages ZABP,1,pakej kami,6,pakej mandian kutu,2,pameran,4,papan tanda,1,Pelanggan Kami,40,pembeli kucing,1,pembukaan,1,pembunuhan,1,pemenang,2,pemilik,2,pencarian bloglist,1,penderaan haiwan,1,pengguna,2,penghargaan,2,pengumuman,8,pengurusan haiwan,2,penjagaan sicomel,1,perasmian,1,peraturan,1,perayaan,2,percuma,5,perkhidmatan cat sitting,1,perkhidmatan grooming,6,perkhidmatan mating,15,perkhidmatan SAH,1,perkhidmatan trimming,2,persian semi flat face,5,persiapan awal,1,personal,1,pertandingan,31,pesanan,1,pet blower,1,pet lover,1,petition,1,petsafe,1,petua,1,photoshop,1,pick up services,1,posing,3,post,3,poster,2,pray4MH370,2,prince,1,produk baru,2,program,10,program santai,6,program sihat,11,Promosi,36,promotion,2,PTS,1,puasa,1,puchong,2,puisi,1,puppies,1,pusat jagaan haiwan,1,pusat jagaan kucing,1,pusat perlindungan kucing,1,put to sleep,1,putrajaya,1,Q-A,2,r.i.p,1,rabu tanpa perkataan,1,ragam kucing,13,ramadhan,1,rawat,1,rewards,1,RTM,1,rukun islam,1,sajak,2,sakit telinga dan mata,1,salam ramadhan,1,sales of kitten,12,sambutan,1,sampul angpau versi ZABP,2,sampul hari raya 2013,1,sangkar baru,1,says dot com,1,school holiday,1,sedih,1,segera,1,segmen,34,segmen fb,2,sehati sejiwa,1,selamat ulang tahun,2,selangor,2,selingan,6,sembang kucing,2,services grooming,4,servis,2,servis boarding,3,sharing,1,show,1,si anur dan si miaw,3,si chuki,1,si momot,3,sicomel,4,signboard,1,Simalang,2,simptom,1,sistem gps,1,Sistem imunisasi Badan,1,siti,1,siti dimiliki,1,social,1,social network,1,song,2,SPM 2011,1,sticky,2,suit tabung,1,super specials boarding free,1,syarat dan terma,1,tag 4 u malaysia,1,tag nama,1,tagged,1,tahniah,1,tahun baru,1,tahun baru cina,2,takziah,3,taman puncak jalil,1,taman tasik permaisuri,1,tampoi,1,tazkirah,18,Tazkirah jumaat,24,terma dan syarat,1,Testimoni,26,TF advance,1,thumbler,1,tick,1,tidur dengan suntikan,1,tidurkan,1,tip dan panduan,49,tip mandian kutu,2,Tips Penjagaan Kucing,89,transfer factor 4 life,1,treat,1,trimming services,1,tuah,1,tutorial,2,tv9,2,twitter,2,ucapan,30,undang-undang,1,undian,1,utusan malaysia,1,veterinar,1,video,7,vime- frondog,1,viral,1,waze,1,wish,2,wordless wednesday,73,wordpress,1,world,1,yink,1,youtube,14,yuna,1,zabp,1,zul & azizi baording pets,1,
ltr
item
Zul & Azizi Boarding Pets: [TIPS & KESIHATAN] Air Kelapa Muda Untuk Sicomel
[TIPS & KESIHATAN] Air Kelapa Muda Untuk Sicomel
[TIPS & KESIHATAN] Air Kelapa Muda Untuk Sicomel
http://1.bp.blogspot.com/-5QMnKkDuo3s/UZwwscKqiYI/AAAAAAAAFRQ/0fdoq3sLwSw/s400/manfaat+air+kelapa.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-5QMnKkDuo3s/UZwwscKqiYI/AAAAAAAAFRQ/0fdoq3sLwSw/s72-c/manfaat+air+kelapa.jpg
Zul & Azizi Boarding Pets
https://mylovely-cats.blogspot.com/2013/05/tips-kesihatan-air-kelapa-muda-untuk.html
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/2013/05/tips-kesihatan-air-kelapa-muda-untuk.html
true
8534666320151591297
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy