[TIPS DAN KESIHATAN] Penyakit Sawan Sicomel
Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing bersiul)
Antara penyebab kucing mengalami sawan adalah seperti berikut:
Assalamualaikum dan Salam Rabu buat pelanggan baru dan sedia ada kami yang dikasihi, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya. Jangan biarkan sicomel bermain-main di tepi jalan atau balkoni rumah anda kerana ianya mendatangkan keburukan pada sicomel anda.
Enrti kali ini adalah berkaitan dengan tips dan panduan sicomel. Pernahkan anda melihat sicomel anda kekejangan sehingga mengelupur secara tiba? Sebenarnya sicomel anda telah mengalami penyakit sawan dan jika ianya berlaku anda perlu tahu apakah punca yang menyebabkan sicomel anda mengalami penyakit sawan.
Beginilah keadaan sicomel ketika sawan
secara tiba-tiba
secara tiba-tiba
Serangan sawan kepada sicomel adalah yang terjadi secara tiba-tiba dan tidak terkawal tingkahlaku ataupun tindakbalasnya seperti tanda-tanda gigi / rahanya mengetip dan seolah-olah mengunyah, berbuih mulut, lelehan air liur, terbaring, kekejangan kaki dan lain-lainya untuk seketika dan kemudiannya kembali normal kesedaran serta pulih secara beransur-ansur. Sawan adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals di dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot kucing.
Video ini menunjukkan bagaiman terjadinya sawan pada sicomel
Antara penyebab kucing mengalami sawan adalah seperti berikut:
1) Keracunan
Keracunan yang tahap kronik iaitu keracunan dari strychine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum / lead (terutama dari cat), racun serangga (yang mengandungi organophosphates) cenderung menyebabkan sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot yang bergerak-gerak kekejangan serta racun tikus.
2) Memberi Makan Ikan Mentah
Ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem sarafnya gagal berfungsi.
3) Kecederaan
Kecederaan dibahagian kepala yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan, pukulan dengan objek tumpul atau keras.
4) Epilepsi
Adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar seperti trauma atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.
LANGKAH AWAL KETIKA SICOMEL DALAM KEADAAN SAWAN
1) Menyelimutkan sicomel yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.
2) Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang agak menakutkan, tetapi kebanyakkan sawan tidak mengancam nyawa. Mungkin berlaku berulang-ulang kali.
3) Sebarang objek berhampiran sengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas agresif darinya yang tidak menentu.
4) Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan / lembut mengusap-usapkannya untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak / sarafnya baru mula berfungsi normal untuk elakkannya berasa ketakutan /panik. Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum kerana otak adalah sangat sensitif.
Notakaki: Sekiranya sicomel telah kembali normal, bawanya ke veterinar berdekatan untuk rawatan selanjutnya. Minta khidmat nasihat dari doktor untuk mengenalpasti punca-punca serangan sawannya dan jenis ubat bersesuaian mengikut punca sawan sicomel itu.
Terima kasih untuk artikel ini. Sekurang-kurangnya saya tahu tanda-tanda yang patut diperhatikan pada kucing saya. Setakat ini tak ada lah signs of convulsing. Tapi takut jugak.
ReplyDeleteSalam .. terima kasih diatas info ini..kucing saya baru pagi tadi rasa nya kena sawan kerana info seperti dia atas terjadi ..ini pertama kali saya lihat..kesian dia...
ReplyDeletehmm sye bru bce artikel nie..selepas kematian..hnya allah sajew yg thu btapa sdihnya sye..hmmm dia demam kuning sambil kne sawan..kami dh bwk doktor veterinar malngnya dia hanya bg kytaan yg dia dmm biasa dan memberi ubat demam biasa jer..pde awal pg 7.1.2015 dia terkena sawan hampir 1 rmah dia berlari..pde jam 6 pg sehinggalah pnamatnya dia terjun dri tingkat 1 rmah kami sebak melihat dia jtuh dlm keaddan mnusia jtuh..dia msih hidup dlm keaadaan nazak..Allah..ksian sngt berdarah mke krna jtuh..kmi sempt mmbawanya ke hospital veterinar di cheras mlngnya tiada wad kecemasan untuk diberithu sehinggalah staff di sne nmpk keadaan nazak dn mnyuruh kami msuk dlm satu bilik rwatan..mlngnya dia btul2 sakit..dia berjuang untuk hidup sebak melihat air mata dia mngalir..kami x smpat.dia pon dh mninggalkan dlm pangkuan kami.trasa berslh ..stu keluarga...sekiranya kucing anda tidak mau mkn dan x aktif bwlah dia medical check setiap hari..kcing sye dmm hampir 2 minggu dmam dan swan datg pde 2 hari terakhir sebelum dia meninggalkan kmi..hmm..wlaupun bru 5 blan mnjadi sebahagian ahli keluarga kami..kami dh anngap seperti adik bradik mlh lbih lagi..itulah stu2nya kucing pertama dan terakhir..kami dh x mmpu bg dia mkn ssb dia x nk mkn walaupun selera ade..mudhan dia mati dlm keadaan aman..kebetulan dia adlh kacukan parsi..dia comell sangat..bnyak permainan kami belikan sebelum dia skit..semuanya hanyalah tinggal kngan
ReplyDeleteSedihnya..
Delete@Nazita Ibrahim
ReplyDeleteTerima kasih juga kerana sudi membaca entri kami.
@DINYAS COLLECTIONS
Sama-sama. Kalau ada simpton begini cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor veterinar untuk dapatkan rawatan dan nasihat selanjutnya.
@haikal hyung
Sedih juga dengar kisah awak ni. Mungkin Allah dah tetapkan takdir kematian kucing awak tu begini. Kena redha dengan pemergiannya. In Sha Allah kesyurgalah tempatnya nanti.
Aamiin..
Deletekalau kucing kena sawan nih adakah ok kalau diberi mnum air kelapa muda ??
ReplyDeleteBiasanya untuk memberi minum air kelapa muda jika kucing mengalami keracunan makanan dan memuntahkan balik apa yang dimakan tu... Kalau untuk sawan, lebih baik bawa ke klinik haiwan berdekatan untuk khidmat nasihat & rawatan selanjutnya dari veterinar. TQ
DeleteKucing saya sawan jugak. Bila kena sawan memula mata dia terkenyit kenyit sebelah then dia mula berlari tak tentu arah. Lps tu mulut berbuih. Sy selalu nangis tgk keadaan dia.
ReplyDeleteAlahai kesianya....cuba bawa ke klinik haiwan berdekatan untuk khidmat nasihat serta rawatan selanjutnya dari pihak veterinar.. :)
DeleteKucing sy baru kena sawan dua hari. Anak kucing 2 bulan. Kalau sy tak ada bajet utk bawa pergi klinik. Apa kaedah lain yg boleh sy buat utk pulihkan kucing?
DeleteKucing saya dri kecik dah kena sawan. Dulu dia sawan tak teruk sangat..masih boleh pegang dia masa kena sawan tu. Tapi sekarang dah tak boleh sebab sawan dia melambung kuat dalam sangkar. Hbis luka2 hidung dgn kening dia. Kalau sehari sawan berkali2 lagi teruk luka. Nak lepas bebas nanti kucing lain pukul dia pulak...kesian dia..
ReplyDeleteDemi keselamatannya, lebih elok dia di masukkan dalam sangkar yang luas dan selesa.
DeleteKucing saya baru 3 minggu. Masa dia kena sawan kali pertama saya ingat dia nazak, memang sedih sangat keaadaan dia. Badan dia semua kejang, mata keatas, mulut berbuih.
DeleteSaya baru kehilangan kucing kesayangan bernama baby pada 9hb nov 2018 kerana penyakit sawan yg berumur baru 5 bulan, sawan yg amat teruk sudah bawa ke vet tapi cuma ada ubat utk menjarakkan sawan namun baby pergi jua.Teramat sedih menlihat kesakitan yg di tanggung.Damailah disana baby.
ReplyDeleteKami juga merasakan kesedihan di atas pemergian Baby. Sudah suratan dan takdir yang ditentukan oleh Allah dimana kita sebagai hambanya hanya redha dengan pemergiannya.
DeleteKucing sy si chito juga telah meninggal pada 22.01.19 yg lepas...satu hari entah berapa kali sawan...sy sgt sedih melihat penderitaan yg dia tanggung.....dah bawa ke vet...isi air...doktor kata chito mgkn ada sakit buah pinggang...akhirnya dia pergi jua...last sekali dia sawan dan meraung sekuatnya...1jam kemudian dia hembus nafas perlahan dan menitis air mata...sy terus menangis sekuatnya...tak sampai hati berpisah dgn dia....sy sygkan semua kucing2 sy...
ReplyDeleteSedih apabila mendengar rintihan tuan, walaupun kami adalah pakar dalam hal ehwal kucing, tetapi di luar bidang kuasa kami untuk memberi rawatan pada kucing yang mengalami sawan. Dengan cara yang terbaik adalah memantau setiap pergerakan dia dan kalau boleh jangan biarkan ianya terlalu bebas, kemungkinan sawan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Apa pun sabar dan redha dengan pemergian Chito yer. In sha Allah, sudah pastinya akan bertemunya nanti di dalam syurga :(
Deletekucing saya ni kena sawan rasanya sebab dia menggelupur lepastu mulutnya berbuih lepastu elok balik perangainya.em risau saya
ReplyDeletekalau boleh masa dia bermain & bebas dalam rumah perlu pantau dan waktu tido boleh masukkan dia dalam sangkar yang lebih selesai untuk dia bergerak dan janganlah terlalu sempit.
DeleteSaya tjumpa kucing yg tak diundang dtg ke blakang rmh saya mlm ni... Melihat dia sperti lapar sya mmberikn mknan kucing kpada nya..abis mkn dia meronta ingin masok ke rmh mlalui gril pintu rmh saya, dsebabkn keadaannya tsangatlh comot husband sya mmutuskn utk mmberikn ia mndi..bru saja husband spray dia air terus dia mgigil dan sawan sperti dlm vdio ats tu... Hasrat utk mmandikan si comot tpksa dhentikan... Tp slepas 2min keadaannya kembali tenang.. Sya dn husband tpksa mbiarkannya kt sngkar kucing luar rmh... Kerna xtau samada dia tu sawan sahaja ataupun ada rabies.. Mohon pecerahan..
ReplyDeleteSama la mcm kucing sy.
DeleteSy ambil bela kucing terbiar. Bila nk mandi je mesti dia geliSah dan lari. Tp Skali sy mandikan dlm sangkar .tetiba dia sawan. Allah je tau perasaan pd masa tu. Trus sy ambil tuala dan lap badan dia. Lps tu dh ok blik.tp skeg sy risau nk mandiKan dia. Bila nampak sy pg dkt paip aie pun dia dh mula gelisah n lari kesana sini. Adakah dia fobia atau mcmana?
Kesian tgk dia
Nasihat kami, jika ingin memandikan kucing kenalah menggunakan air suam dan kemudian gunakan tuala yang bersih. Rendamkan tuala tersebut dan lap kan seluruh badan kucing tu. Perlu di ingat, jangan sesekali menggunakan sabun manusia sbb kandungan PH pada sabun akan membuatkan kucing keguguran bulu. Guna syampo khas untuk kucing. Boleh di beli di kedai haiwan yang berdekatan. Terima kasih.
DeleteJika kucing jalanan atau secara tiba-tiba datang rumah kita, jangan terus mandikan dia, gunakan teknik yang kami kongsikan iaitu dengan menggunakan air suam & tuala yang bersih. Rendamkan tuala tersebut dalam air suam dan kemudian lapkan seluruh badan kucing tersebut. Jika menggunakan syampo, pilih lah yang khas untuk mandian kucing JANGAN guna syampo manusia sbb kandungan PH dan chemical tidak sesuai utk kucing dan kesannya akan menyebabkan kucing keguguran bulu. Terima kasih
DeleteAssalamualaikum , harap jawab soalan ni segera anak kucing saya umur bru 6 hari . Hari keenam umur dia ni dia banayk jerit , dan menjadi kejang badan nya , bunyi nya tak henti menjerit ,apa saya patut buat? dia minum susu pun taknak , nak pergi vet , area sini tutup macamna ya
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Adakah anak kucing itu tiada ibunya? Nasihat kami, cuba dapatkan bantuan dari group kucing di facebook untuk mencari ibu tumpang. Sbb anak kucing umur 6 hari perlukan susu ibu utk imunisasi.
DeleteMenjerit ibaratnya dia menangis yang kehausan susu. Jadi jalan penyelesaian ada 2.. Dapatkan ibu tumpang untuk anak kucing tersebut atau beli peralatan botol & susu khas utk kucing di petshop yang berdekatan dengan tuan. Terima kasih
Kucing saya jg mngalami sawan dalam umurnya 6 7 bln cmtu..tp jarang2..sebulan 2x cmtu...bila dia start xtentu arah saya akan cpt2 pegang dia...time dia sdg mggelupur tu saya akan angkat dan basahkan kepala dan skitar mulut dia..Alhamdulillah dia akan ok dalam beberapa saat..lps tu keringkan kepala dia..urut2 badan dia..dia akan lemah utk beberapa minit..setelah saya urut2 tangan kaki kepala dan badan dia..baru dia akan mngiau lembut seolah2 memberitahu yg dia sudah ok..kemudian dia akan jilat2 bulunya mcm biasa..br2 smggu ni dia melahirkan anak 4 ekor yg comel..sejak mnjadi ibu sawannya agak kerap..semggu 2 3x jgk..sehari kdg2 2x..risau jgk sbb dia ada ank..
ReplyDeleteKami faham perasaan tuan alami sekarang. Bukan di luar bidang kuasa kami untuk menyembuhkan, hanya dengan izin, doa dan bantuan Allah sahaja yang boleh menyembuhkan kucing tuan. Selebihnya kita sebagai pemilik kucing, perlu berusaha memberi makan ubat & perlu memantau pergerakan kucing tuan. Terima kasih :)
DeleteBaru2 ni ank kucing umur 7 bln juga alami sawan. Bila dah ok bw ke vet, habis obat nmpk mcm dah ok bole berlari, main dgn abgnya. Tp dua tiga hari sawannya dtg blik, kdg sehari 2 kli mnggelupur, siap terkencing2, sian tgk. Dah kk rasanya nk bw ke vet yg lain. Apa pndgn saudara.
ReplyDeleteKena ambil tahu bahawa penyakit sawan mmg tidak boleh di rawat dan sembuh 100%, perlu di beri rawatan dan ubat setiap hari utk mengelakkan kucing mengalami sawan atau kekejangan. Kalau pergi bawa ke veterinar yang lain, doktor tetap akan bagi nasihat yang sama, beri makan ubat & perlu memantau pergerakan kucing. Terima kasih :)
DeleteAssalamualaikum.. saya Ada kucing. Namanya pakhitam techik. Dia Ada penyakit sawan. Sehari berkali2 dia sawann. Dia sawan sampai mencederakan diri dia. Mohon pencerahan.. saya sampai fobia tgk.. allahu.. sampai menitis air Mata. Sekali jadi sampai terpecit darah .isnin ni baru nak bawe g ke vete
ReplyDeleteJika kucing terkena sawan atau mengalami sawan, kalau boleh kena ambil kain yang sangat tebal untuk membalut seluruh badan kucing supaya mengelakkan dirinya tercedera atau terkena pada benda yang tajam berhampiran tempat kejadian. Dapatkan khidmat nasihat dari pihak veterinar. Terima kasih :)
Deletekucing saya termakan racun serangge.. kene sawan.. agak2 boleh elok balik tak sawan tu.. sbb baru bawak ke klinik.. dah lah kena sampai 500. naya lah kalau tak sihat jugak. ermm..
ReplyDeleteBiasanya rawatan kucing sangat mahal berbanding manusia. Harap maklum. Terima kasih
DeleteSalam. Kucing saya tibe2 dia rebah...dalam sehari adalah 4-5 kali. Tapi taklah teruk macam dalam video. Dalam 4-5 saat dia kejang. Tak gerak banyak. Pastu dia ok balik. Tu kira sawan??? Dia ada penyakit ulser teruk..on off je ubat. Berair je mulut. Pakai ubat biji pastu ok balik ulser. Dia ada kurap kat leher skit. Tp nak sembuh dah. Boleh bri pendapat ni semua.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Biasanya kalau kucing mengalami sawan, mmg susah untuk sembuh sepenuhnya dan perlu mendapat rawatan dari klinik veterinar yang berdekatan. Berkenaan dengan ulser, boleh dapatkan khidmat nasihat dari veterinar atau buat rawatan alternatif seperti di kongsikan dalam artikel https://mylovely-cats.blogspot.com/2011/11/tips-kesihatan-ulser-mulut-kucing.html . Terima kasih
Deleteoky nk cita ni ada kucing ni tumpang belakang rumh last2 dia beranak kt situ dh mk kucing dgn anak2 sekli duk situ xpi xpe alang2 bgi mknn jelah sbb kesian kn.. Ada kucing ada 5..lepas tuh seekor mati sebab mase dia mcm gigil mcm demam pastu mcm lumpuh hri yg sme demam tuh mati jugk bru nk bawak gi klinik esoknya T_T...yg saya nk cerita ni psl adek beradik dia ..Tk sngka pulak after seekor mati..lgi seekor tuy mcm skit sawan setiap hari kena paling sedih dia selalu kena time malam tau tak sure kenapa setiap kali dia kena sawan mesti cari air pstu kena msuk dlm longkang kesian sngt sbb longkang tuh kotor time ada kt rumh boleh la saya tlg bersihkn bdn dia mndikn time xada sedih sgt tgkk...xthu klau sawan jdi cmtuh bukn tu je bdn dia mkin susut and kurang active tak suka main2 sangat.. Selalu tidur...nk letak dlm. rumh tk boleh sbb bukn kucing yg saya jga btul2 just bgi mkn dgn bgi tumpang. Ada spe2 boleh share tk kos ubt/rawatan ..please wasap ea (0132193738)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. penyakit sawan kucing ni boleh sembuh ke?? Tak sanggup tgk setiap kali tubuh kecik tu menggelupur.. luluh Hati.. ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteAssalam, macam mana nak rawat baby kitten yg kena sawan ya 😌 setiap 30minit dia kena sawan. Badan pun dah merosot. Ada tak cara cara nak merawat sawan. Atau kena pergi terus ke vet yaa? ðŸ˜
ReplyDeletekucing sy baru 15 mnt td kena sawan. lepas bermain. sawan begini adakah akan berulang?
ReplyDeleteMomo anak kuxi g saya, umur 7 ulan kena sawan malam tadi. Luluh hati saya. Esok paginya saya bawa ke Nadia Vet di Subang Bestari. Dr. Farah yg sedang merawat Momo. Momo warded 3 hari. Dpt Result FYP :Borded DAN Tokso- ve. Ubat Sawan dimasukkan le Bontotnya. Air pun dimasukkan juga. Sekarang Dr bagi tau ada result cek tadi ada kesan pd juga buah pinggang.. Ya Allah selamatkan lah Momoku. Ummi rindu nak cium lembut bulumu dan hidungmu yg halus dan comel����. Doa Moga Momo dpt diselamatkan.. Ummi ❤️❤️Momo. Momo mesti kuat. Tqvm Dr Farah kerana rawatan pd Momo pada masa ni.. Kena pantau lagi After 3 hari dan seterusnya. ����
ReplyDeleteawak cari rumput cabang 3 tengah2nya ada jambul. rebus 3 btg airnya masukkan dlm minuman kucing. buat dlm masa seminggu tgk mcm mana. sy dh buat utk kucing sy alhamdullah ok. lps tu kena jaga makan minumnyadgn teratur.
ReplyDeleteKucing saya umur umur dua bulan.. Dia sawan sbb demam kuning.. Tpi kenapa dia xleh bangun dn macam lumpuh? Hmm.
ReplyDeletekucing saya baru sebulan lebih dah kena sawan dari pukul 3:30 petang hinga pukul11:14 malam dia tk berhenti saya dah selimutkannya tapi tk ada perubahan apa yg saya perlu buat dari tadi dia tk makanðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete