Lola Kimi Pulang Kepangkuan Pemiliknya | Selamat Tinggal LOLA, KIMI! Setelah hampir 1 tahun boarding di tempat kami, akhirnya mereka ekor ini selam
Lola, Kimi Pulang Kepangkuan Pemiliknya | Setelah hampir 1 tahun boarding di tempat kami, akhirnya mereka ekor ini selamat kembali ke pangkuan ke pemiliknya. Sebelum ini, pemilik pasangan akaun facebook Zehan Hussin & Azrul Yoe telah lama menetap dan bekerja di Selangor dan disebabkan atas pekerjaan beliau, bertugas dan dipindahkan ke Sabah, tempat asal dan lahirnya beliau di sana. Dalam tempoh penjagaan mereka ekor ini, tidak pernah sakit dan demam, malah kelakuan mereka ekor ini sangat baik.
Sifat dan kelakuan LOLA yang selalu bising seolah-olah mengajak kami bersembang disamping menguruskan kucing-kucing boarding yang lain. Apa yang istimewanya si LOLA, apabila di panggil namanya, malah memberi maklumbalas seakan-akan menyuruh kami untuk dimanjakan. Manakala si KIMI pula adalah seekor kucing yang sangat baik, manja dan pendiam.
Lola, Kimi Perlu Menjalani Prosedur Yang Perlu Di Patuhi
Sebelum mereka ekor ini di terbangkan ke Kota Kinabalu, Sabah, terlebih dahulu membuat pemeriksaan tahap kesihatan dan alhamdulillah setakat ini, mereka ekor ini di jaga dengan baik sekali dan tahap kesihatan mereka ekor ini adalah tahap maksimum.. Sekiranya mereka ekor ini mengalami masalah kesihatan, pihak pengurusan kami akan terlebih dahulu berhubung dengan pemilik agar perlu di hantar ke klinik panel veterinar kami.
Untuk membuat pemindahan melalui perkhidmatan penerbangan, mereka ekor ini perlulah melalui beberapa proses dan prosedur yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan penerbangan seperti menjalani proses kesihatan dan surat sokongan dan pelepasan dari pihak jabatan veterinar dan seterusnya perlu di kuarantinkan terlebih dahulu ketika tibanya di destinasi. Dan tempoh maksimum yang perlu di kuarantinkan adalah selama 2 bulan dan bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengurusan. Ianya telah di uruskan oleh pakar ejen yang dilantik oleh pemiliknya.
Pengenalan LOLA dan KIMI
Jantina: Betina
Umur: 2 Tahun +-
Kategori Kucing: Mix Domestic Medium Hair (DMH)
Umur: 2 Tahun +-
Kategori Kucing: Mix Domestic Medium Hair (DMH)
Ciri-ciri:
Seekor kucing yang suka bercakap & jenis suka
mengigit ketika di ajak bergurau dan bermanja
KIMI (Belakang)
Jantina: Jantan
Umur: 7 Tahun
Umur: 7 Tahun
Kategori Kucing: Mix Domestic Short Hair (DSH)
Ciri-ciri:
Seekor kucing yang sangat baik, manja dan pendiam.
Kami juga berterima kasih kepada pemilik tersebut kerana memilih dan mempercayai servis kami untuk menjaga mereka ekor ini sehinggalah pemiliknya selesai menguruskan hal-hal pemindahan barang-barang rumah ketika mereka menetap di Selangor. Tiba masanya giliran mereka ekor kembali kepangkuan pemiliknya dan perlu diterbangkan di Sabah, dimana pemiliknya telahpun menetap di sana. Ianya di uruskan oleh pakar ejen yang terpilih untuk menguruskan hal-ehwal mereka ekor ini. Semua pengurusannya dalam keadaan terkawal dan sangat baik, mengikut jadual yang telah di tetapkan.
Baca ini juga: Betulkah Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda?

LOLA, KIMI Pulang Kepangkuan Pemiliknya
Ketika tibanya pasangan pemilik di premis kami untuk melihat dan melawat keadaan mereka ekor ini, kelihatan mereka ekor ini mula bercakap dan bising, seolah-olah ingin meluahkan perasaan rindu kepada Pemiliknya walaupun hampir 1 tahun tinggal boarduing di premis kami, mereka ekor ini masih tetap mengecam pemiliknya. Ketika ini, pemiliknya, Puan Zehan Hussin sedang memegang KIMI kerana pemiliknya juga merindui kucing-kucingnya. Ketika itu, kami juga merasai sebak kerana melihat telatah mereka ekor ini bersama dengan pemiliknya dan seterusnya akan meninggalkan premis kami serta di jaga sepenuhnya oleh beliau.Gambar LOLA, KIMI ketika di Lapangan Terbang KLIA.
Pemiliknya juga menghantar beberapa keping gambar kucing-kucing ketika berada di Lapangan Terbang KLIA melalui aplikasi whatsApp dan juga update di wall facebook rasmi beliau. Kami doakan semoga LOLA & KIMI sentiasa kekal sihat, aktif dan gembira dengan pemiliknya. Disini kami sertakan gambaran mereka ketika di Lapangan Terbang KLIA untuk dikongsikan pada mereka yang ingin memilih dan menggunakan servis boarding kami.
Sedutan Video LOLA, KIMI ketika di Lapangan Terbang KLIA.
Gambar LOLA dan KIMI Selamat Sampai Dan Di Kuarantikan

Jadi dalam tempoh 2 bulan dikuarantin, pemilik dibenarkan untuk melihat dan melawat LOLA, KIMI agar semuanya dalam keadaan baik dan mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, boleh tinggalkan komen di ruangan artikel ini. Kepada pemilik LOLA, KIMI, sekiranya ada kekurangan pada penjagaan LOLA, KIMI, kami mohon ampun dan maaf, yang baik datangnya dari Allah dan yang kurangnya datangnya dari kami sendiri. Terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi LOLA, KIMI di alam maya... :)
Rasanya agent xbg pendedahan prosedur sepenuhnya menyebabkan pemiliknya mengambil tempoh masa yang lebih panjang berbanding prosedur biasa. Kasihan pemilik terpaksa dua hinga tiga kali hadir ke Semenanjung untuk urusan tersebut.
Delete