Betulkah Kucing Sebagai Terapi Minda | Ketika anda di restoran, kedai atau warung makanan, ketika itu datanglah seekor anak kucing yang kelaparan ingin meminta sedikit makanan dari anda?
Betulkah Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda? Atau Sebahagian Ujian Dari Maha PenciptaNya

Betulkah Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda?
Adakah anda tahu bahawa dizaman ini lebih ramai masyarakat Malaysia khusunya memiliki kucing berbanding dengan anjing? Tahukah anda apakah misi seekor kucing yang hadir dalam kehidupan anda sebagai ujian dari Maha PenciptaNya dan apakah tugas seekor kucing jika ianya telah dimiliki? Kami akan merungkai beberapa tips rahsia kucing yang mungkin ada di antara anda tidak mengetahuinya. Allah telah memberikan satu kelebihan kepada kucing untuk menyingkirkan tenaga negatif dari tubuh anda. Masih tidak mempercayainya? Kami akan berikan contoh video dan gambaran supaya anda lebih jelas dan faham apa itu kelebihan pada kucing. Teruskan membaca...
Ketika anda sedang tidur, kucing yang datang dan duduk disebelah anda akan menyerap tenaga negatif anda. Jika ada lebih ramai orang didalam satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing yang mampu menyerap semua lebihan tenaga negatif dari semua orang ini. Apa akan terjadi dengan kucing jika menyerap semua tenaga negatif anda itu?
Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda Dalam Serapan Tenaga?
Apabila tiba giliran mereka ekor tidur, badan kucing akan melepaskan semua tenaga negatif yang telah mereka serap dari anda tadi. Jika anda terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa untuk melepaskan tenaga negatifi ini dan tenaga negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ianya dilepaskan. Secara logiknya, anda akan berfikir bahawa mereka ekor ini gemuk, disebabkan makanan yang anda berikan! Adalah satu kelebihan yang bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban atau stress untuk menyerap tenaga negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka ekor ini.
Anggapan Mereka terhadap Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda?
Sesetengah masyarakat menganggap kucing ini adalah haiwan yang kotor, anggapan itu silap sama sekali! Dalam Hadith ada menyatakan, Benar Sekali, Kucing itu Tidak Najis!
Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pada saat itu. Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!. Berterimakasihlah dan seharusnya bersyukur kepadaNya kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, carilah tempat atau pemilik yang sesuai untuknya.
Video Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda Di Hospital
Anda sendiri boleh melihatnya di video ini, kucing yang di beri nama Duke di jadikan terapi untuk pesakit di Hospital ICU luar negara. Anda boleh melihat sendiri raub wajah setiap manusia yang melihat aksi Duke. Mereka senyum, gembira, menyukai, memeluk dan malah ada yang mencium Duke ini. Inilah yang dikatakan Allah telah memberikan kelebihan keatas makhluk comel ini.
Kebiasaanya kucing akan datang kepada anda secara fizikal tanpa sebab-sebab yang diketahui, dan di dalam mimpi anda dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada anda. Mereka mesti melindungi anda. Oleh kerana itu janganlah takut atau menakutkan kucing kerana ia pasti kembali kepada anda untuk memenuhi tanggungjawabnya. Kucing adalah sebagai haiwan terapi minda anda!
Kelebihan Kucing Sebagai Haiwan Terapi Minda?
Kucing adalah makhluk Allah yang sangat comel, kasih mereka kepada anda dengan sangat jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka mempunyai cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih mereka. Mereka ekor ini adalah sahabat teragung dan terbaik antara semua sahabat. Manusia yang mempunyai alergi atau alahan pada kucing secara emosinya adalah gagal untuk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar mereka.
Secara kesimpulannya, ini adalah kelebihan kucing sebagai haiwan terapi minda:
- Dapat menyerap tenaga negatif dalam badan manusia
- Mengetahui dan mempunyai kelebihan untuk melindungi anda ketika di ganggu oleh makhluk halus atau alam mistik
- Mampu memberikan keceriaan pada wajah-wajah manusia ketika dalam sakit atau tekanan (stress)
- Membentuk anda menjadi lebih kepada sifat-sifat dan nilai-nilai kemanusiaan seperti kasih sayang, tanggungjawab dan sebagainya
- Di dalam kepercayaan agama islam, memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah juga adalah pemurah rezeki.
Harapan kami dengan penerangan artikel ini, sedikit sebanyak dapat memberikan info dan manfaat kepada anda sekaligus menjadikan anda seorang yang mempunyai dan di anugerahkan nilai-nilai kemanusian terhadap makhluk Allah yang di namakan KUCING. Sekiranya anda mempunyai pendapat yang berlainan, boleh tinggalkan komen di ruangan entri artikel ini. Terima kasih :)
TERIMA KASIH
DeleteTerima kasih
Delete