Boarding Hari Raya AidilFitri 2017 Full House!
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang masih setia dan memilih servis ZABP di Hari Raya AidilFitri 2017 ini. Syarat tempahan boarding Hari Raya AidilFitri 2017, seperti tahun lepas dimana pelanggan akan di kenakan pembayaran deposit RM50.00 bagi membuat tempahan sangkar. Alhamdulillah, sambutan kucing-kucing boarding bagi perayaan tahun ini sangat menggalakkan sehinggakan kami menerima kucing boarding sehingga 178 ekor dan semuanya terkawal seperti yang di rancang sehinggakan ada sesetengah pelanggan membuat keputusan last minit untuk boarding tetapi kami sudah Full House!
Disini kami sempat mengambil gambar anak-anak bulus pelanggan yang menggunakan atau memilih servis boarding semasa musim perayaan Hari Raya AidilFitri 2017 baru-baru ini di Zul & Azizi Boarding Pets, Blok K-02-08, Kinrara Town Centre, Taman Kinrara Seksyen 3, 47180 Puchong, Selangor. Anda boleh melihat sendiri suasana dan gelagat telatah anak-anak bulus yang baru pertama kali menggunakan servis boarding Hari Raya AidilFitri 2017.
Kami juga update di facebook rasmi dan alhamdulillah sokongan dan komen dari pelanggan serta senarai rakan facebook yang terdekat tidak pernah jemu memberi kata-kata semangat kepada kami. Syukur alhamdulillah kami mempunyai rakan facebook yang tidak pernah putus memberikan komen-komen positif. Ini adalah bukti dari pelanggan dan rakan facebook yang memberi komen-komen membina untuk kami.
Ini adalah komen-komen positif dari senarai rakan facebook rasmi
Zul & Azizi Boarding Pets.
Ini adalah kenyataan dan komen dari Cik Satirah Hassan, salah seorang pelanggan pertama yang menggunakan servis boarding Hari Raya Aidil Fitri 2017 baru-baru ini:
Semasa mula hantar kucing2 saya, saya berpuas hati dgn persiapan cat boarding. Pengudaraan dan ruang yang cukup. Bila ambil kucing2 saya, kelihatan kucing saya tidak 'stress' sepertimana pernah saya hantar ke tempat lain sebelum ini. Berat badan juga bertambah. Dan bila keluar dari kandang masing2 mereka tetap tenang siap boleh bergolek golek di ruang hadapan. Terima kasih. Above expectation.
Komen yang sangat membina untuk kami. Terima kasih kepada Cik Satirah Hasan kerana
memilih servis boarding kami.
memilih servis boarding kami.
Ini adalah maklum balas beliau ketika dan selepas menggunakan servis boarding kami. Kami kongsikan pada anda yang ketika sedang membaca artikel ini.
Sempat beliau mengambil gambar kucing yang ketika itu di masukkan
dalam kandang yang selesa untuk kucingnya. -----> Tekan Sini
Komen beliau dengan reaksi muka kucingnya selepas sahaja check-out
dari premis kami.-----> Tekan sini
Semoga anda berpuas hati dengan servis boarding Hari Raya AidilFitri 2017. Anda juga boleh tinggalkan komen atau luahan positif di ruangan artikel ini untuk kami mempertingkatkan lagi mutu servis boarding di masa-masa akan datang nanti. Terima kasih sekali lagi....Peace Uols!
:) wow
ReplyDelete