Kurang Sambutan Boarding Perayaan Aidiladha? mungkin tiada rezeki untuk kami di musim cuti perayaan Hari Raya AidilAdha
Sudah sinonim bagi anda yang menyediakan servis boarding terutama di waktu-waktu cuti panjang kebetulan baru-baru ini Malaysia khususnya melalui yang cuti yang sangat panjang iaitu cuti persekolahan, cuti perayaan sambutan AidilAdha, cuti kemerdakaan dan cuti peristiwa.
Assalamualaikum dan salam rindu kami buat sicomel anda. Adakah sicomel anda diberi kasih sayang serta tanggungjawab secukupnya? Jika tidak, renung-renungkanlah nasibnya. Sicomel juga layak berkongsi hidup dengan manusia, apatah lagi ianya juga haiwan kesayangan Rasulullah. Yang pasti sicomel ini adalah haiwan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan pemiliknya.
Alhamdulillah, umat islam baru sahaja selesai menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini dan di kira cuti yang sangat panjang sempena cuti sekolah, cuti hari kemerdekaan dan cuti peristiwa. Yang peliknya, boarding di premis kami ketika cuti sekolah, kemerdekaan dan perayaan Aidil Adha kurang sambutan boarding? Kenapa dan mengapa?

Kurang Sambutan Boarding?
Tidak seperti tahun selepas sebelum ini, apabila sahaja cuti perayaan Aidiladha, pasti sahaja telefon kami akan berdering tanpa henti untuk bertanyakan tempahan kekosongan sangkar yang masih ada di premis kami. Bukan itu sahaja, sehinggakan ada pelanggan baru yang walk-in dengan membawa kucing tapi tidak membuat sebarang tempahan terlebih dahulu dan terpaksa kami tolak pendaftaran boarding. Lihatlah sendiri maklum balas dari salah seorang pelanggan kami iaitu Encik Abd Halim Ahmad yang menggunakan servis boarding kami untuk 13 ekor kucingnya.Faktor Kurangnya Sambutan Boarding?
Disini kami boleh senaraikan beberapa faktor dan pendapat kenapa kurang sambutan boarding kurang tahun ini. Tapi tidak mengapalah, mungkin tiada rezeki untuk kami di musim cuti perayaan Hari Raya AidilAdha dan kami percaya dengan rezeki Allah tidak pernah salah alamatnya.
- Memandangkan kebetulan cuti sekolah dan hari kemerdekaan, kebanyakan mereka sedang bajet-bajet untuk cuti persekolahan anak-anak di utamakan.
- Mungkin ada yang membawa pulang sicomel bersama di kampung.
- Ada juga yang bercadangkan tinggalkan sicomel dirumah dan meletakkan bekalan makanan dan minuman yang banyak, memandangkan hanya beberapa hari bercuti berbanding cuti perayaan Aidilfitri.
- Ada juga mereka terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan sicomel di pasar atau kedai makan agar kucing mereka mudah mendapat sumber makanan dikawasan yang ditinggalkan
- Tidak bercuti dan tidak kemana-mana walaupun cuti panjang kebetulan dengan cuti Hari Raya AidilAdha, cuti persekolahan, cuti kemerdekaan dan cuti peristiwa yang di umumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini sempena Malaysia adalah juara dan tuan rumah dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
- Sebilangan pihak perniagaan yang menyediakan servis boarding mengambil kesempatan meletakkan pakej boarding yang keterlaluan sehinggakan ada pelanggan mereka tidak mampu dan melebihi dari bajet berbanding dengan pakej boarding kami yang murah dan berpatutan.
Kurang Sambutan Boarding Punca Kurang Promosi?
Akhir sekali, seperti yang tidak kami jangkan pada cuti perayaan Aidilfitri 2017, anda boleh baca sendiri di artikel Boarding Hari Raya AidilFitri 2017 Full House!. Kami percaya dengan Rezeki Allah tidak pernah salah alamat dan kami bersyukur dengan apa yang ada. In shaa Allah, usaha kami untuk mempromosikan servis boarding akan di perhebatkan lagi dari masa kesemasa. Sokongan berterusan dari pelanggan baru dan sedia ada untuk kami terus bersaing hebat dengan servis boarding dari mereka yang lain di luar sana. Terima kasih!
KOMEN ANDA