Cari Kami Di Applikasi Navigasi Waze!
Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing bersujud)
Assalamualaikum dan Salam 25 Sya'ban buat pelanggan baru dan sedia ada yang kami kasihi, followers, bloggers, pelawat, warga sahabat facebook dan pencinta kucing tegar amnya. Semoga sicomel anda sentiasa aktif dan sihat sepanjang masa.

Entri kali ini tiada kaitan dengan tips dan penjagaan sicomel, ianya sekadar info untuk dikongsikan bersama. Mungkin ada diantara pelanggan kami mempunyai sistem aplikasi "WAZE" di telefon pintar (smartphone) bukan? Dan mungkin yang tidak tahu apa itu sistem aplikasi waze? Kami akan terangkan serba sedikit fungsi dan kegunaan sistem aplikasi waze untuk anda.
TENTANG WAZE
Waze adalah satu navigasi sistem yang menyumbang kepada ' kebaikan bersama ' pemandu ketika memandu di jalan raya. Ianya berkaitan dengan sistem GPS yang sedia ada sebelum ini.
Dengan kesinambungan antara pemandu dengan pemandu yang lain, ianya dapat membantu untuk meningkatkan info terkini di jalanraya setiap masa. Sebagai contohnya, ketika di waktu kemuncak, sistem navigasi ini, pemandu yang menggunakannya akan memaklumkan keadaan trafik ketika itu dan anda sebagai pemandu akan merancang perjalanan untuk mengelakkan daripada trafik. Sistem navigasi WAZE ini juga membantu jika anda menuju ke destinasi yang tidak pernah di lalui sebelum ini

BAGAIMANA IANYA BERFUNGSI?
Selepas menaip alamat destinasi, anda hanya perlu rujuk dengan aplikasi navigasi ini melalui telefon pintar (smartphones) untuk menentukan keadaan suasana di jalanraya ketika itu. Selain itu juga, pengguna waze juga berkongsi laporan kemalangan jalan raya , perangkap polis, atau mana-mana bahaya yang lain bersama- cara , membantu untuk memberikan pengguna lain ketika itu tentang apa yang berlaku.
PENCARIAN KAMI DI WAZE
Bagi pelanggan yang baru/ pertama kali untuk ke Hotel Kucing & Spa Kinrara, disini kami akan tunjukkan langkah mudah untuk terus kealamat kami dengan menggunakan Aplikasi navigasi waze di telefon pintar (smartphones) anda. Nasihat kami, pastikan anda mempunyai internet kerana sistem ini berhubungkait dengan penggunaan internet.
LANGKAH MUDAH UNTUK WAZE KAMI
1- Buka Aplikasi Navigasi Waze anda
2- Taip "Zul & Azizi Boarding Pets" dan klik
3- Kemudian klik "GO"
Mudah seperti 1, 2, 3 bukan? Dengan menggunakan sistem aplikasi navigasi Waze ini dapat membantu anda untuk sampai ke Hotel Kucing & Spa Kinrara, Zul & Azizi Boarding Pets. Selamat mencuba yer...
KOMEN ANDA