Program Sihat Cat Gathering In The Garden Ke-3
Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing happy)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan sedia ada yang kami kasihi, follower, bloggers, warga facebook, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya. Semoga anda sihat dan gembira disamping sicomel yang tersayang.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan sedia ada yang kami kasihi, follower, bloggers, warga facebook, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya. Semoga anda sihat dan gembira disamping sicomel yang tersayang.
Alhamdulillah, program sihat CAT GATHERING IN THE GARDEN telah selamat dengan jayanya. Semua yang hadir memberikan kerjasama yang sangat baik antara satu sama lain dimana mereka boleh bergambar, suai kenal antara pencinta kucing yang lain bagi mnegukuhkan tali sillaturahim sesama insan.
Program Sihat CAT GATHERING IN THE GARDEN untuk kali ke-3 adalah seperti berikut.

Dan inilah wajah-wajah miaw dan pemilik yang hadir ke program kami yang sempat kami mengambil gambar sebagai kenangan dalam program sihat "CAT GATHERING IN THE GARDEN" ini.
Persiapan untuk pendaftaran dan nombor cabutan bertuah
Mama Zanariah sedang memerhati dan bersembang dengan
pemilik kucing yang hadir
Mereka yang hadir dalam program kami ini.
Kucing dari pemilik Nuradah.
Atikah di tugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran dan
pemberian nombor cabutan bertuah.
Ini Lola Calico, kami adalah pemiliknya. Comel tak?
Staff dari ZABP
Wajah staff ZABP
Suami Mama Zanariah sedang berpeluk dengan sicomelnya
Yang sebelah kiri ni pula, namanya Luna, umur mencecah
3 bulan lebih.
Yang ni pula Tiger namanya. Muka nampak garang
tapi penakut...hehehe.. (jangan mare)
Berkumpul dibawah pondok dan berdekatan dengan tasik.
Mommy Nuradah dan Kak Faridah adalah Otai dalam
group whatsapp event kami.
Tiger lagi...
Tiger dan pemiliknya..
Mereka duduk bersembang antara satu sama lain.
Kakitangan ZABP
Luna dalam kehausan...
Pelawat yang turut sama singgah untuk bergambar dan melihat
sendiri kucing-kucing yang comel dan gebus.
Yang ni pula, oren namanya. Jenis tak nk turun dan asik
duduk di atas bahu pemilik.
Pelawat berhampiran yang sempat memegang kucing dan
menyertai program kami.
Sesi suai kenal dengan pemilik kucing.Disebelah kiri adalah
Cheq Eila, salah seorang otai dalam group event whatsapp
Ini adalah Momy kepada Si oren.
Pemilik Faisal bersama isterinya.
Ini pula adalah Momy kepada Tiger
Mama Zanariah otai memperkenalkan diri kepada
pemilik yang lain.
Rata-rata yang sertai program kami adalah dari kaum
Hawa. Kaum Adam sikit jer...hehehe
Mama Zanariah sempat berselfie....hehehe
Tengok tu si Oren ni, Asik nak berkepit jer dengan
pemiliknya...hehehe
Sesi cabutan bertuah untuk pemilik yang bertuah pada masa ini.
Hadiah ini di sponsor oleh Atikah dan Mama Zanariah, hasil
kreativiti kratftangan beliau.
Mama tiger pun bertuah masa itu..
Sesi kata-kata terakhir sebelum bersurai..
Memang menyeronokkan dalam program sihat "CAT GATHERING IN THE GARDEN". Bagi Cat Lover di luar sana yang ingin menyertai program kami, boleh la hadir atau sertai group whatssapp Event di 016-6893037. Dan kami akan masukkan kedalam group ini. Semua info dan perbincangan dalam group ini juga.
Notakaki: Sebar dan viralkan info ini yer. Program Sihat "CAT GATHERING IN THE GARDEN" kali ke-4 pada 05 April 2015 (Ahad), Jam 3.00ptg - 5.00ptg di Taman Tasik Titiwangsa. Lokasi di tempat biasa, dibawah wakaf yang berhampiran dengan TNB dan kemudahan awam seperti tandas dan surau. Landamrak adalah jalan utama iaitu Jalan Kuantan. Jumpa di sana nanti yer...
bestnya xtvt cm nie
Delete@Nurzakiah Hanum
DeleteMemang best sgt2...Boleh berselfie dengan bulus yang gebus2...hehehe...Meh lah join 05hb nanti...