Program Sihat Cat Gathering In The Garden Ke-2
Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing bergembira)
Bismillahirrohmanirrohim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah syukur kami ke hadrat ilahi dengan Program Sihat Cat Gathering In The Garden kali ke-2 di Taman Tasik Titiwangsa sebulan yang lepas. Sambutan sangat menggalakkan walaupun kami memohon meminta sedikit donation dari sahabat yang lain untuk menampung kos bayaran tapak RM100.00 kepada DBKL dan pihak pengurusan Taman Tasik Titiwangsa.

Dan inilah gambaran semasa program sihat ketika berlangsung waktu itu, bermacam-macam ragam anak-anak bulus ketika itu untuk dikongsikan pada anda semua.
Banner Rasmi kami
Pencinta kucing yang hadir memeriahkan
lagi program santai ketika waktu ini
Sebahagian lagi warga pecinta kucing yang hadir
Merek sangat gembira dengan program sihat yang di anjurkan
oleh pihak kami
Tengah setting lokasi/ point berkumpul ketika ini
Hanya beberapa orang pencinta kucing yang hadir untuk mencari
port yang sesuai untuk anak bulusnya
Pelawat juga berkesempatan untuk berselfie dengan anak-anak
bulus ketika ini
Kucing pun seronok nak berselfie kan...
Pemilik kucing Nuradah bersama anak bulusnya
Rilex jer si Momot ni... Pendiam dan mesra alam
Tengah bertatih jalan agaknya ni...
Prince @ yink sedang tenangkan diri..
Salah seorang peserta yang memegang anak bulus kami bernama
Fifi Andalusia...hehehe
Tenang, sambil menyedut udara petang yang sangat nyaman..
Inilah Tiger, masih kanak-kanak lagi....
Apalah yang nak dipanjatkan si Tiger ni kan...
Si Momot yang sangat manja ketika di pegang oleh salah seorang
pengunjung dikawasan taman tersebut. Tengoklah mukannya...
Salah seorang staff kami dan juga sahabat yang rapat turut serta
hadir memeriahkan program sihat kami.
Sukanya si oren ni dipegang-pegang
Encik Saiful juga turut hadir ke program sihat kami dan juga salah
seorang pelanggan tetap yang menggunakan servis boarding kami...
Atikah sedang menguruskan pendaftaran kepada pemlik kucing
yang turut serta dalam program sihat kami.
yang turut serta dalam program sihat kami.
Abam kawasan sedang memerhatikan sesuatu
Anak bulus yang sangat pemalu
Inilah Cheekee, pemiliknya adalah Encik Saiful
Encik Saiful dan keluarganya turut datang ke program santai
Prince @ yink & Cheekee
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memupuk kasih sayang
pada anak-anak kecil supaya kasihkan pada haiwan peliharaan
khusunya si comel
Nuradah & Cheq Eila
Mama Zanariah, Atikah & Keluarga
Encik Saiful bersama keluarga
Puan Faridah bersama keluarga
Mengumpul untuk cabutan bertuah
Pengumuman untuk hadiah cabutan bertuah ketika ini..
Encik Kamil salah seorang penaja untuk cabutan bertuah
Inilah pemenang yang bertuah yang menerima hadiah dari kami
Rezeki memihak pada Encik Saiful yang turut mendapat hadiah
cabutan bertuah dari kami.
Atikah bersama anak bulusnya
Encik Kamil sedang memegang anak bulus yang
tiada pemilik. Dikira anak kucing jalanan
di taman ini
Inilah mama kepada si Tiger...
Alhamdulillah syukur, akhirnya program ini tamat dengan jayanya dan selepas sahaja kami bersurai dari lokasi taman, hujan turun dengan lebatnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Kamil dan Isterinya yang sudi menaja hadiah untuk cabutan bertuah. Tidak lupa juga kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana program santai kami. Semoga berjumpa di program sihat kali ke-3. Berminat untuk turut serta boleh hubungi atau whatsapp kami di 016-6893037 untuk serta ke Group Event WhatsApp kami. Terima kasih
wow bestnya
Delete