Program Sihat "Gathering Cat In The Garden"
Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing happy)
Assalamualaikum dan salam sayang kami buat sicomel anda. Semoga anda terus sukses dengan apa jua pekerjaan yang sedang diceburi sekalipun malah jangan sesekali abaikan sicomel anda kerana ianya satu tanggungjawab besar pada makhluk ciptaan Allah ini.
Entri kali ini tiada kaitan dengan tips dan panduan kesihatan sicomel, ianya sekadar pengkongsian untuk dimanfaat bersama. Sebenarnya hati kami rasa gembira dan gugup, nak tahu? Ok beginilah cerita, asalnya niat kami untuk kumpulkan pencinta kucing setempat di luar sana untuk berkumpul di satu tempat yang di pilih oleh pencinta kucing di facebook. Memandangkan sicomel yang bela di rumah, mungkin tidak pernah keluar rumah untuk melihat suasana sebenar di luar. Dan inilah masanya...

Ini adalah pengalaman kami pertama kali untuk anjurkan program sihat "GATHERING CAT IN THE GARDEN" di lokasi yang dipilih. Pada mulanya, kami memang tiada pengalaman untuk sesuatu anjuran tetapi dengan bantuan dan nasihat salah seorang pencinta kucing di laman facebook, beliau memberi pandangan dan panduan. Dengan pandangan dan panduan ini kami mulakan tindakan selanjutnya dengan mencari info di laman web rasmi DBKL serta terus menghubungi pihak pengurusan Taman Tasik Permaisuri. Atas nasihat pihak pengurusan Taman, En.Ramlan, beliau menasihati untuk membuat sepucuk surat rasmi permohonan kebenaran kepada Pengarah seperti dibawah ini...

Surat rasmi kami kepada Pengarah DBKL,
Jabatan Landskap & Rekreasi
Jabatan Landskap & Rekreasi
Selepas hantar surat ini pada DBKL, kami menunggu status permohonan ini. Dengan berkat dan doa dari pencinta kucing di laman facebook, akhirnya permohonan kami lulus dengan syarat dan masih menunggu surat rasmi kelulusan maklum balas dari DBKL.
Dan akhirnya kami telah memilih tarikh, masa dan lokasi yang sesuai untuk kita berkumpul nanti. Boleh lihat di poster serta tentatif program yang telah di edarkan melalui laman facebook rasmi kami ini.
Notakaki: Alhamdulillah, segala yang di rancang di permudahkan urusan. Jom serta program sihat kami buat pertama kalinya demi kebaikan dan kesihatan sicomel anda. Yang tiada kucing boleh juga datang untuk bermain dengan kucing-kucing sihat dan juga boleh berSELFIE nanti. Jumpa kami disana...Yeahhhh....

syoknya
Delete