[IKLAN] Pemilik Baru Sicomel Diperlukan!
Meow...Meow...Meow (Versi kucing meminta tolong)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelanggan baru dan sedia ada khusunya, followers, bloggers, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya. Alhamdulillah, syukur kami pada Allah kerana di beri lagi nafas untuk kami menjalankan aktiviti seharian seperti biasa.
Entri kali ini tiada kaitan dengan tips dan panduan kesihatan sicomel, ianya sekadar perkongsian untuk semua. Semalam (20.10.2014), kami ada menerima email dari seorang yang telah membantu kucing dari kecederaan. Berikut adalah email beliau:
[Klik imej untuk besarkan]
Assalamualaikum,
Saya Imran B. Muhammad ingin meminta bantuan Admin ZABP sekiranya dapat memberi nombor telefon tempat yang dapat menerima kucing terbiar atau dapat mencari sesiapa yang hendak mengambil kucing terbiar ini. Pada 14 Oktober 2014, pekerja di pejabat Saya telah menjumpai seekor kucing (lingkungan usia 4 bulan) di longkang dalam keadaan cedera di bahagian kepala. Saya telah membawa kucing tersebut ke klinik bagi rawatan dan telah di masukkan wad selama 4 hari. Doktor di klinik memberitahu kucing ini mungkin telah di gigit oleh anjing (keretakan kecil di tempurung dan terdapat darah beku) tetapi tidak mengalami sebarang trauma. Pada 18 Oktober 2014, kucing ini telah keluar dari wad dan diberi ubat. Manakala pada hari ini 20 Oktober 2014, pekerja Saya telah menjumpai lagi seekor kucing di longkang (kemungkinan adik-beradik).
Diharap pihak ZABP dapat membantu Saya mencari sesiapa yang sudi mengambil kucing ini atau memberi nombor telefon tempat perlindungan. Saya akur ZABP bukan tempat bagi menyelesaikan permasalahan kucing terbiar cuma berharap dengan rangkaian yang luas ZABP dapat menyampaikan secara tidak langsung kepada pecinta kucing. Saya tidak dapat mengambil kucing ini kerana Saya telah mempunyai 25 ekor kucing di rumah. Saya berharap sangat dapat memberi kepada sesiapa kerana keadaan tempat kerja saya yang kurang sesuai bagi kucing ini iaitu di kawasan tapak pembinaan (Sg. Buloh)Sekian, wassalam.Imran Bin Muhammad
Berikut adalah gambar kucing yang dilampirkan oleh beliau ini.019-6666257

Resit bayaran untuk rawatan sicomel tersebut

Keadaan sicomel setelah mendapat rawatan



Pandangan dari beberapa sudut sicomel ini.
Notakaki: Bagi sesiapa yang sudi untuk menjadi sicomel ini untuk anak angkat, boleh hubungi beliau butiran terperinci. Semoga Allah mempermudahkan urusan Encik Imran yang telah membantu sicomel ini. Mudah-mudahan sicomel ini mendoakan kesejahteraan didunia dan di akhirat juga.
Encik Imran Bin Muhammad
No Telefon: 019-6666257
Encik Imran Bin Muhammad
No Telefon: 019-6666257
KOMEN ANDA