"Alamak bulu comel aku ni banyak gugurlah", "Tengok tu! jangan biarkan comel duduk atas karpet nanti ada bulu, ok!", ...
"Alamak bulu comel aku ni banyak gugurlah", "Tengok tu! jangan biarkan comel duduk atas karpet nanti ada bulu, ok!", "Shhhhh tension betul le dengan bulu kucing ni!"

Seringkali anda akan mengeluh sekiranya bulu sicomel anda gugur dimerata tempat, bukan? Adakah anda tahu mengapa bulu sicomel anda selalu gugur dan puncanya? Disini kami akan huraikan berdasarkan faktor penyebab kemungkinan bulu kucing anda gugur. Antara faktor penyebab utama adalah seperti berikut:
1- Persekitaran ruang
Berdasarkan kajian kami setakat ini, ruang juga merupakan penyebab utama mengapa bulu sicomel anda kerap gugur kerana ruang yang kotor dan mempunyai kuman akan melekat pada badan sicomel anda. Dan ini kemungkinan menyebabkan permukaan kulit sicomel anda mudah dijangkiti jangkitan kulit seperti 'Fungus'. Jadi cara untuk mengatasinya adalah pastikan anda sentiasa lap lantai dengan menggunakan air panas & clorox kerana 99% clorox dapat menghapuskan kuman atau bakteria di atas permukaan lantai yang kotor itu. Cara nisbah penggunaan clorox adalah 1:10 dimana 1cawan colox dicampurkan dengan 10 air bersih.

2- Pemakanan yang sesuai
Kini terdapat pelbagai jenis makanan kucing di kedai haiwan, jadi anda kenalah memilih makanan yang paling sesuai untuk sicomel anda. Pemilihan makanan tidak sesuai juga akan menyebabkan bulu sicomel anda gugur dan cara mengatasinya adalah membawa, meminta nasihat dari doktor pakar haiwan profesional serta memilih makanan yang sesuai dengan sistem badan sicomel anda. Nasihat kami penggunaan makanan dari jenis produk seperti IAMS, ROYAL CANIN, SPORTMAN, BLACKWOOD dan sebagainya amat baik untuk kesihatan khususnya pada bulu sicomel anda. Makanan dari jenis produk yang murah memungkinkan bahan campuran garam yang terlalu tinggi.
Didalam kajian kami, kucing perlulah dihadamkan dengan bahan semula jadi seperti rumput. Adakah anda perasan, jika anda ternampak sicomel anda yang berlegar dikawasan yang mempunyai rumput akan memakan rumput dan akan memuntahkannya kemudian? Inilah adalah bertujuan supaya mengeluarkan sisa-sisa yang tidak dihadamkan dikeluarkan dengan cara muntah dan anda dapati ada serpihan rumput yang dimakan oleh sicomel anda. Biasanya ianya berlaku pada kucing kampung, bukan? Benih rumput boleh didapati dikedai haiwan dan harganya berpatutan dan murah.

3- Pengurusan kesihatan dan kebersihan
Mengikut kajian kami, sicomel anda perlu juga dimandikan untuk tujuan menghilangkan bakteria atau kuman yang melekat pada bulu sicomel anda itu. kami juga menyediakan perkhidmatan grooming dan anda boleh klik dan layari laman web ini >>>PERKHIDMATAN GROOMING<<< . Harga kami berpatutan dan murah. Pengurusan kesihatan pada badan sicomel anda amat penting sekali bagi mengelakkan sebarang penguguran bulu sicomel anda dan ianya bergantung kepada jenis produk shampoo yang digunakan. Belilah dari jenis produk shampoo yang berjenama kerana bahan yang dicampurkan selamat digunakan dan memberi kesan positif pada bulu sicomel anda. Anda tidaklah perlu memandikan sicomel anda setiap hari dan amalkan seminggu 1 @ 2 kali sahaja.
Adakah anda perasan jika bulu sicomel anda tergumpal dan boleh menyebabkan bulu yang tergumpal itu menghasilkan kulit atau daging? Ya! Ianya amat bahaya kerana ini adalah salah satu penyebab bulu sicomel anda cepat gugur dan berbau busuk. Untuk mengatasinya anda perlulah membawanya ke kedai haiwan yang menyediakan perkhidmatan memotong bulu dan harganya lebih kurang RM120. Jika anda fikir harganya itu, anda boleh memotong sendiri tetapi perlu berhati-hati ye... :-)

Ok, kami rasa setakat inilah tips yang dapat dikongsi bersama. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi serba sedikit cara atau kaedah untuk mengelakkan bulu sicome anda itu gugur ye... :-)
selalu klau grooming berapa rm ye? kenapa kucing parsi bulu dia lg cepat gugur dr kucing biasa?
DeletePakej groming kami sangatlah murah. Boleh semak website di bawah ini yer..http://mylovely-cats.blogspot.my/p/pakej-boarding-lokasi.html
DeleteBanyak juga faktor sebab keguguran bulu terutamanya kucing parsi yan gberbulu panjang. Sebab itulah perlu sediakan alat kelengkapan seperti sikat bulu yang kasar atau halus. Perlu sikat setiap hari untuk buang bulu-bulu mati yang masih melekat pada badang kucing.
bagus info ni , kemungkinan juga , sebab ruang untuk si ciko memang sempit , hurmm kesian ciko
DeleteJadi perlulah prihatin dengan keselesaan kucing Tuan Emma Diana...
DeleteKucing saya dh smpai nmpk kulit kepala dh...kenapa yer?mcm mn nk ubat yer?
DeleteApa yang dimaksud dengan nampak kulit kepala? Mohon penjelasan lebih terperinci yer..
Deleteboleh saya tahu brand syampu yg sesuai utk mandian kucing parsi bagi mengurangkan keguguran bulu dan mengelakkan kutu? terima kasih
DeleteBukan syampu sahaja, pemakanan dan juga suppliment juga main peranan untuk mengelakkan keguguran bulu kucing. Biasanya di nasihatkan beli syampu yang berharga RM50 dan keatas dimana-mana petshop kerana itu adalah syampu yang sangat berkualiti. Terima kasih
Delete