Mengenangkan kisah silam ku amat menyedihkan. Aku dibesarkan tanpa ibu dan tanpa susu. Aku dibuang didalam beg kertas dan diletakkan di ata...

Mengenangkan kisah silam ku amat menyedihkan. Aku dibesarkan tanpa ibu dan tanpa susu. Aku dibuang didalam beg kertas dan diletakkan di atas peti surat di Blok M, Taman Kinrara. Sungguh kejam pemilik aku sanggup memisahkan aku daripada ibu ku.
Masa itu aku masih berumur 1-2 minggu (lebih kurang la), sehinggakan aku ditemukan oleh seorang pemilik yang prihatin tentang keadaanku. Jadi pemilik baru ku amat simpati dan mengambil keputusan untuk membesarkan aku sehingga kini. Sungguh tidak ku sangka akhirnya aku ditemukan oleh seorang pemilik baru bernama Azizi & Zul. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana telah menentukan nasih hidupku bersama beliau. Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa mereka ini kerana mereka ini terlalu sayangkan pada kucing yang ditinggalkan atau dibuang seperti aku. Jadi aku cuma dapat berdoa supaya mereka ini di murahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya. Insyaallah. Aku akan sentiasa berdoa untuk kamu kalian. Itulah sahaja yang aku boleh lakukan bagi membalas jasa mereka.
Aku diberi nama 'ADIK'. Aku pun pelik kenapa bagi nama aku macam tu ya? Berilah nama-nama yang best sikit macam 'Siti Nurhaliza' ke? 'Siti Sarah' ke? 'Angelina Jolie' ke?...hehehehe...:-) . Tetapi aku bersyukur apa yang ada. Semasa membesarkan aku, banyak yang aku pelajari dari pemilik aku. Aku terpaksa belajar makan dan minum sendiri, sehingga masa itu aku tidak tahu bagaimana untuk makan dan minum. Sedangkan masa itu aku dahaga susu ibu. Tidak ku sangka akhirnya pemilik baru aku itu faham dengan keadaan aku, sehingga beliau membeli susu tepung untuk gantikan susu ibu. Jadi setiap hari aku diberi minum susu gantian dan wet food supaya aku dapat membesar dengan cepat. Aku tidak dimanja kan seperti mana anak-anak kucing yang lain bersama dengan ibunya. Semuanya aku belajar sendiri. Sungguh sedih hidupku... :-(
Beginilah hidupku seharian, semakin hari aku membesar dan selepas makan dan minum aku akan kebawah meja komputer pemilik baru aku itu. Dan secara tak langsung pemilik baru aku itu sediakan kain lembut sebagai hamparan yang di letakkan dibawah meja komputer supaya aku dapat baring dan tidur dibawah itu...:-)
Amat terharu aku dibuatnya. Sebenarnya masa itu aku perlukan belaian dan kasih sayang tapi aku redha dan berterima kasih kerana ada juga manusia yang faham keadaan hati aku masa itu. Sekurang-kurangnya aku dapat tidur dan baring dengan selesa sesambil memerhatikan pemilik baru aku yang sedang buat kerja sehariannya....
Aku diajar supaya hidup berdisiplin dan disediakan pasir untuk aku 'buang' disitu. Lama- kelamaan aku menjadi biasa dan sehingga kini aku membesar dengan keadaan yang selesa. Aku amat sayangkan pemilik baru aku. Dialah pujaan hatiku sehingga kini. Jika tidak beliau, kemanakah nasibku? Adakah aku masih hidup atau sebaliknya.
Terima kasih segalanya buat Zul & Azizi. Tidak aku lupakan jasamu itu. Akan sentiasa doakan kamu kalian hidup dalam keadaan sejahtera. Dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Insyaallah.....
KOMEN ANDA