Pada tarikh 31.12.2010, lebih kurang 16.30pm menunggu patner bisnes di Hentian Duta, Aku melihat satu keluarga yang hidupnya serba daif teta...
Pada tarikh 31.12.2010, lebih kurang 16.30pm menunggu patner bisnes di Hentian Duta, Aku melihat satu keluarga yang hidupnya serba daif tetapi bahagia dengan apa yang ada disekelilingnya. Keluarga yang aku katakan ini adalah "Keluarga Oren". Mereka mempunyai enam adik beradik. Salah seekornya berwarna hitam dan bi-color serta selebihnya berwarna oren. Alangkah sedihnya aku melihat keluarga ini tanpa ada pemilik tetapi hidup mereka ini serba kekurangan ditengah-tengah kota raya bernama Kuala Lumpur.
Hati aku tenang melihat mereka yang saling tolong menolong di antara satu sama lain. Hidupnya ibarat "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Aku melihat salah seekor darinya mempunyai corak dan warna yang cantik. Dalam hati aku berkata:, "perlukah aku mengambil salah seekor dari keluarga ini untuk menjadi pemilik?". Memandangkan di rumah aku mempunyai ramai, jadi aku membuat keputusan tidak mengambilnya. Tidak sampai hati untuk memisahkan mereka dari keluarga yang serba fakir ini. Semasa aku mengambil gambar keluarga ini, mereka tengah bersantai keletihan kerana mencari sesuap rezeki di tengah-tengah kota raya. Alangkah bahagianya mereka ini tanpa menikmati sebarang makanan yang lazat-lazat berbanding dengan kucing-kucing lain yang telah dimiliki oleh pemilik di kota raya ini.
Inilah kucing yang aku katakan tadi, warnanya agak menarik perhatian aku, tetapi tidak sampai hati untuk memisahkan mereka ini. Dalam keluarga ini, ada mempunyai 2 ekor yang sama warnanya itu.
Tengok gambar sebelah ini, sedang aku mengambil gambar mereka, sempat lagi salah seekor tengah mencangkung...agaknya dia tengah ehem kot...Ishhh sensored betul...hu3... Yang aku cakapkan itu tadi adalalah yang tengah duduk termenung sendirian. Warnanya juga amat menarik perhatian aku.
Tengah aku menulis blog untuk ruangan ini, aku berfikir sejenak, apakah yang sedang mereka buat masa ini kan? Adakah mereka mencari sesuap rezeki untuk makan malam bersama keluarga mereka? Adakah rezeki yang dapat itu bersih dan berzat?..Huh.....Kesiankan tapi nak buat macam mana, hidup ini perlu diteruskan jua. Perlu mengharungi segala dugaan hidup di tengah-tengah Kota Raya ini.
Apalah yang dibincangkan mereka berdua ini ye? Adakah mereka berbincang tentang makan malam untuk keluarga ini? atau mengenai nasib yang mereka alami sekarang ini?
Semasa seronok mengambil gambar mereka ini, aku terserempak seekornya daripada sakit kulit. Aduyai...sedihnya aku melihat kucing itu. Jadi sebagai Makhluk Allah, aku cuma dapat berdoa semoga sakit kulit (fungus) itu sembuh seperti sedia kala. Hanya Allah saja yang tahu perit sakit hidup mereka ini. Aku doakan satu hari nanti mereka mempunyai pemilik yang betul untuk menjaga makan minumnya nanti. Semoga mereka ini hidup bahagia bersama-sama dan juga mengharungi segala dugaan yang dihadapinya itu. Jadi bersabarlah dengan kehidupan ini ya...kerana ianya telah ditentukan olehNYA....Insyaallah kamu sekeluarga akan hidup mewah nanti bersama dengan kucing-kucing yang lain.
yea kucing oren yg gamba dy tgh jilat2 badan tu mmg cantik. tgk gamba family tu, kucing tu yg jadi eye catching..mmg cantik :)
ReplyDelete@Dewi Kencana Putri
ReplyDeleteYup, mmg cantik kalau di adopt & groom...tapi sayang kami tak dpt nk adopt diorg ni sbb kat rumah dah ramai anak2 bulus... :-)...kami doakan mereka ini selamat & terus survive ditgh2 kotaraya ni...
kesiannye...
ReplyDelete