29 January 2013

Sicomel Kampung Penyelamat ZABP!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar.

Rasanya dah lama ZABP tak kemaskini entri terkini, memandangkan kebuntuan, kegersangan dan ketandusan idea, selain masa yang agak singkat untuk kemaskini. Entri kali ini sekadar perkongsian untuk dimanfaatkan bersama.

Anda pernah lihat gambar dibawah ini?


Nak dijadikan cerita lah, masa tu ZABP dah terlena atas toto dan dibentangkan di lantai. Tetiba datanglah lipan ini dan mencuba untuk menggigit jari ZABP. Nasib baiklah tindakan refleks tu cepat dan tersedar.

Tak sempat nak tangkap, lipan tu lari dibawah almari dan terus hilang tapi ZABP sempat bersedia bekas untuk menangkapnya. Masa tengah bergolek dan main dengan 3 ekor kucing kesayangan keluarga ZABP, tetiba lipan yang sama datang dan cuba menyerang ZABP tapi nasib baiklah kucing-kucing ni sedar dan mata mereka kearah lipan. Jadi sempat jugalah ZABP mengambil bekas untuk menangkapnya.

Nasib baiklah ada 3 ekor kucing ni yang sedar, kalau tak pasti ZABP sudah terkena sengatan bisa lipan ni. Akhirnya dapat juga tangkap lipan ni. Niat dihati untuk dijadikan makanan ikan arowana tapi tak sampai hati sebab lipan ni pun makhluk Allah yang bernyawa.

ZABP mengambil keputusan untuk melepaskannya di semak-samun yang berjauhan dari rumah agar lipan ini terus meneruskan hidupnya...

P/S: The moral of story, ada kebaikannya juga membela kucing dirumah kampung, kadang-kadang penghibur hati dan kadang-kadang penyelamat dari haiwan berbisa seperti ular dan lipan.. .:-D

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

2 ,000 Pencinta Kucing:

Mas Zull said...

assalamualaikum zulazizi...nasib baik kan...:)

mohd nasir said...

Lipan adalah spesis yang plg saya geli....



Review www.mylovely-cats.blogspot.com on alexa.com