Iklan Terbaik Bulan Ini!


12 January 2012

Tips & Panduan: Minyak Gamat Untuk Sicomel

Miaw...Miaw...Miaw (Versi kucing manja-manja)

Salam dan terima kasih kepada pelanggan baru & tetap, pelawat, bloggers & pencinta kucing yang masih setia dengan tips & panduan dari kami. Entri tips & panduan kami adalah berdasarkan pengalaman yang kami perolehi semasa menjaga sicomel kami dan kami percaya mana info dan tips yang baik dan berguna ini di kongsi bersama untuk anda semua. Diharap sicomel anda sihat selalu dan salam sayang kami buat sicomel anda.. :-)..

Ok, entri kali ini berkaitan dengan minyak gamat. Mungkin sesetengah dari anda masih yang tidak tahu bahwa minyak gamat amat sesuai untuk sicomel yang mempunyai luka atau kurap kerana ianya dihasilkan dari alam semulajadi tanpa campuran dari bahan-bahan pengawet seperti dadah atau bahan kimia sampingan.

Sebelum ini kami akan ceritakan tentang khasiat minyak gamat. Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asid mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekliek asid (DNA)..Huh banyak pula khasiatnya ye.. :-)

Kolagen
~ Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
~ Mempercepatkan proses pemulihan luka
~ Meningkatkan sistem imunisasi Konroitin & Glukosamin
~ Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
~ Meransang pembentukan dan pemutihan tulang rawan
~ Membantu pertumbuhan tulang dan gigi

Omega-3
~ Merendahkan kolestrol dalam darah
~ Melindungi arteri
~ Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung
~ Memperbaiki kesihatan mental

Sumber Mineral
Kalsium
~ Membentuk tulang dan gigi
~ Memantau sistem peredaran darah
~ Meregulasikan denyutan jantung

Zat Besi
~ Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
~ Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat

Iodin
~ Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal

Selenium
~ Sebagai antioksidan
~ Mempertahankan sel-sel daripada radikal-radikal bebas
~ Mengelakkan kerosakkan sel

Vanadium
~ Mengurnagkan penghasilan kolestrol
~ Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah

Kronium
~ Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
~ Merendahkan paras gula dalam darah
~ Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)

Kebaikan lain
~ Meningkatkan sistem imun
~ Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
~ Menggalakkan pertumbuhan sel
Sumber: Healwell Pharmaceutical


Rupanya banyak juga kebaikan minyak gamat ni ye...sekiranya sicomel anda mempunyai luka-luka pada permukaan kulit atau kurap, anda boleh sapu minyak gamat ini pada permukaan tersebut. Jangan risau tiada kesan sampingan sekiranya sicomel anda menjilat  minyak gamat tersebut kerana ianya diperbuat dari bahan semulajadi.


Bahan:
Minyak Gamat
Cotton bud @ kapas bulat @ kain towel
Minyak Gamat
Cotton Bud


Kaedah:
Celupkan cotton bud @ kapas bulat @ kain towel dalam minyak gamat dan kemudian sapu pada luka atau kurap dipermukaan kulit yang terlibat (kalau boleh lebihkan sapu minyak gamat ni ye supaya nampak seperti kebasahan) Lakukannya setiap 3 kali seminggu. Insyaallah luka pada permukaan tersebut akan hilang. Dan anda pun kelihatan gembira kan... hu3


Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

9 ,000 Pencinta Kucing

12 January, 2012 10:19

dalam banyak2 ubat, mmg minyak gamatlah yg terbaek buat ubat sapu...nice info

12 January, 2012 10:23

|@CintaZulaikha| Betul tu sebb ianya dari bahan semulajadi...jadi sembuhilah penyakit kita dr alam semulajadi barulah ianya menjadi lor...anyway tengs for komen...
*Mode: tengah free takde keje nk buat lol...

12 January, 2012 10:29

Aah betul! Kalau kucing ida luka, sbb main cakar cakar antara mereka, tak de makna nk bwk ke klinik vet, minyak gamat lah jadi penawarnya.. hehehehe~

12 January, 2012 10:37

|@::EIDA::| yup untuk menjimatkan kos perubatan kan....mahal tau kalau bawa p veterinar mengalahkan kos perubatan manusia lol...hu3

12 January, 2012 10:43

Salam

Info yg bagus. TQ

12 January, 2012 10:45

|@papa PUSS| wassalam...Sama-sama.. :-)

12 January, 2012 10:50

salam ...kitaorg pun tiap kali g Langkawi, cmpem borong minyak gamat ni...hihhiihhi

12 January, 2012 11:45

|@Liza| Nanti voleh kirim tak? hu3...

15 December, 2012 23:30

Bagus Info awak.
Saya sebagai pengedar produk gamat mengucapkan Trimas.
wwww.langkawi7.wordpress.com

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)