$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!        YOUR AD HERE!    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Anda Soal Kami Jawab #1

Salam buat pelanggan baru & tetap, pelawat, bloggers dan pencinta kucing, semoga sihat sejahtera hendaknya. Apa khabar dengan sicomel a...


Salam buat pelanggan baru & tetap, pelawat, bloggers dan pencinta kucing, semoga sihat sejahtera hendaknya. Apa khabar dengan sicomel anda? Harap sicomel anda sihat dan ceria aktif setiap hari ye... :-). Oklah, Entri kali ini adalah berkaitan dengan pertanyaan dari pelanggan tetap kami iaitu Rafine Alif dan nama sicomelnya adalah SID. Kami rindukan SID lor...

Anda soal kami jawab kali ini berkenaan dengan umur anak kucing yang boleh dimandikan serta penggunaan syampoo. Produk yang kami kongsikan ini tidak berkaitan dengan apa-apa promosi cuma sekadar info sahaja dan juga budget kewangan anda. Berdasarkan dengan pengalaman kami sebenarnya kucing yang berumur sebulan sudah boleh dimandikan TETAPI anda perlulah mempunyai peralatan yang cukup untuk proses pengeringan supaya anak kucing tersebut tidak menghadapi masalah kesihatan seperti demam, selsema, kurap dan sebagainya yang berkaitan dengan penyakit kulit.

Sebenarnya tiada had penggunaan syampoo untuk anak kucing dan syampoo boleh didapati di pasaraya atau kedai-kedai haiwan yang menjual pelbagai jenis syampoo yang berwangi mengikut dengan keadaan kewangan anda. Sebagai contohnya anda boleh menggunakan syampoo dari produk Friskis dan sebagainya. Anda boleh buat pilihan syampoo yang sesuai untuk sicomel anda agar sicomel anda sentiasa dalam keadaan wangi dan bersih.

Bahan-bahan untuk pemandian sicomel:
Syampoo (kami pilih dari produk friskis dan anda boleh buat pilihan syampoo yang lain)
Pengering rambut "hair dryer"
Tuala (Jenis serap air dengan cepat)
Sikat atau berus bulu
Baldi & air suam
Bekas air (cetong loghat pantai timur)
Syampoo dari Friskies

Pengering Rambut



Tuala khas jenis serap air
Sikat Khas Bulu Kucing
                  
            









Kaedah pemandian sicomel:
Penuhkan baldi dengan menggunakan air suam. Disini kami menggunakan "water heater". Kemudian basahkan badan sicomel dengan perlahan-lahan sesambil menggosok kesemua bulu yang ada pada sicomel kecuali bahagian muka. Masukkan sedikit syampoo kedalam bekas air dan gaulkan sehingga berbuih. Kemudian ambil air yang berbuih itu dan sapukan pada keseluruhan badan sicomel dengan perlahan-lahan. Sesambil itu anda boleh 'massage' badan sicomel anda...mana tahu kan kot-kot badan sicomel ni lenguh ke apa...kita tak tahu lor...hu3...Pastikan ianya air sabun tersebut disapu rata pada badan dan telinga sicomel kecuali bahagian kepala dan muka. Selepas itu dibilas dengan air bersih/suam dengan banyak kali supaya syampoo yang melekat pada bulu itu hilang sepenuhnya (ala macam kita mandikan diri sendiri lol cuma badan kita takde bulu jer...hu3). Selepas dibilas, anda lapkan badan sicomel supaya kering dan senang untuk anda keringkan bulunya nanti dengan menggunakan pengering rambut dan sikat atau berus bulu. Pastikan bulu sicomel kering sepenuhnya ye...so dah siap pun sicomel anda...cuba anda cium sicomel tu mesti wangi semerbak kan...hu3..SELAMAT MENCUBA ye

P/S: Jangan basahkan dibahagian kepala dan telinga kerana ianya adalah tempat yang paling sensitif boleh menyebabkan sicomel sesak nafas atau lemas. Begitu juga telinga cuma basahkan bahagian cuping telinga sahaja ye.....

KOMEN ANDA

BLOGGER: 7
  1. Salam

    Kalau untuk kitten bape kali boleh dimandikan?

    ReplyDelete
  2. |@Papa PUSS| Sebulan tu boleh mandi 2 kali...mandi adalah bertujuan supa bulu bersih & mengelakkan dari jangkitan kulit seperti kurap (fungus)..

    ReplyDelete
  3. owh..kucing yui dlm sebulan 3 x mandi kot..hihi..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. |@nuyui a.k.a miss YUI| depend pada situasi dan peralatan...skiranya peralatan boleh le mandi 3 kali sebulan...cuma jangan terlalu kerap sangat mandi kucing coz bulu kucing akan cepat gugur kerana chemical pada syampoo tersebut...

    ReplyDelete
  6. Mana nak cari Pet shop grooming area Johor bahru... Sy dah xlarat nak mandikan cat sy berat...

    ReplyDelete
  7. Jika anak kucing berak warna putih mcm Susu..apa tandanya

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content