Baca Entri Ni Jugak Yer...

29 April 2011

Selamat Menyambut Hari Buruh 2011!

Salam sejahtera buat pelanggan dan pembaca blog kami ini, Sempena 1 Mei 2011, kami, di Zul & Azizi Boarding Pets mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh 2011. Dan pada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami, mengucapkan selamat bercuti dan berhati-hati dijalanraya. Kami doakan anda semua selamat pergi dan selamat pulang. Amin....Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Diharap anda boleh luangkan sedikit masa untuk memberi komen-komen pada blog kami supaya kami boleh mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami ini. Kepuasan anda kebanggan kami....


Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

24 April 2011

'Orang Baru' dan 'Orang Lama'


Mungkin anda sering mengalami masalah jika kehadiran kucing baru dalam hidup anda bukan? Masalah ini sering  berlaku kepada anda yang membela kurang daripada seekor dan ingin menambahnya untuk menjadi peneman kepada kucing anda itu. Dan akhirnya menjadi pergaduhan besar dengan kehadiran kucing baru itu.

  
Beberapa andaian boleh dibuat kenapa berlakunya keadaan sebegini. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Mungkin dengan kehadiran orang baru, orang lama tidak akan lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya dari pemilik dan kasihnya dibahagi dua....main-main cinta la pulak kan... :-)
2. Mungkin 'orang baru' juga tidak biasa dengan persekitaran baru dan begitu juga sebaliknya dengan 'orang lama', tidak biasa dengan kehadiran 'orang baru'.
3. Mungkin segala makanan dan minuman akan dikongsi bersama dan sebelum ini semua minuman hanya untuk seekor je... :-)
4. Sekiranya kucing jantan dengan jantan, masing-masing akan bergaduh antara satu sama untuk merebut takhta kuasa jajahannya.... :-)
5. Mungkin tidak serasi dengan kehadiran 'orang baru' dan menyebabkan pergaduhan.
6. Tidak boleh menerima kehadiran 'orang baru' untuk beberapa hari.
Masalah ini boleh diatasi dengan selamat. Dan Zul & Azizi Boarding Pets mempunyai beberapa tips untuk mengekalkan 'orang baru' dalam kehidupan 'orang lama' didalam rumah anda. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kurungkan terlebih dahulu 'orang baru' didalam sangkar untuk beberapa hari dan begitu juga dengan 'orang lama'. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada pergaduhan dan juga menyesuaikan persekitaran baru untuk 'orang baru'.
2. Jika 'orang lama' itu adalah jantan dan jangan sesekali mengambil / memilih kucing jantan yang lain untuk di jadikan pasangan hidup. Ini akan menyebabkan pergaduhan antara satu sama lain yang akan berlarutan tanpa kesudahan. Masing-masing akan menunjukkan kuasanya untuk bertakhta dalam jajahan mereka.
3. Pastikan sebelum mengambil 'orang baru' anda perlulan bercakap dengan 'orang lama' supaya dia tahu tentang kehadiran 'orang baru'.

  

Segala perkongsian dan tips yang diberikan adalah berdasarkan kepada pengalaman kami selama ini. Jadi tips ini berguna bagi anda yang ingin menambahkan 'orang baru' untuk 'orang lama' yang kesepian. Sesuatu kehidupan itu amat manis dengan adanya haiwan yang hidup berpasangan. Bukan manusia seperti kita yang memerlukan pasangan, begitu juga dengan semua haiwan yang hidup diatas muka bumi ini, khususnya kucing kesayangan anda! 

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

18 April 2011

Masalah Mata kucing bahagian 1

Masalah pada mata kucing disebabkan gejala bakteria seperti kemerahan. Penjagaan yang rapi dengan menggunakan ubat titis atau gel untuk mencegah jangkitan bakteria pada mata kucing. Masalah ini boleh dikategorikan beberapa sebab. Jika mata kucing anda kelihatan kemerahan atau meradang, anda akan dapati terdapat kesan bengkak pada permukaan mata kucing anda. (biasanya jika kucing dalam keadaan sihat dan normal, anda dapati kelembapan pada permukaan mata yang bersih). Jika ianya nampak mengalami kesulitan untuk melihat atau sensitif terhadap cahaya, minta berjumpa dengan doktor veterinar yang berdekatan.

Diagram mata kucing

Rujuk kepada diagram mata kucing untuk memahami bahagian yang mudah di jangkiti oleh bakteria bergantung kepada jenis dan perbezaan jenis mata kucing dan jangkitan bakteria.

Kebiasaan Masalah Mata kucing
Jangkitan pada mata kucing boleh menjadi kronik jika tidak dirawat dengan segara dan boleh menyebabkan kerosakan kekal (buta). Jika kucing anda alergi dengan persekitaran yang merupakan penyebab dari masalah mata kucing anda, boleh cuba larutkan air dengan sedikit garam untuk mencuci permukaan mata yang dijangkiti. Jika ianya tidak mempunyai apa-apa perubahan, bawalah berjumpa dengan doktor veterinar yang berdekatan untuk haiwan kesayangan anda.

Konjuntivitis (kemerahan pada permukaan mata kucing)
Konjuntivitis atau kemerahan pada permukaan mata kucing adalah masalah mata kucing yang paling umum. Ini adalah suatu peradangan pada selaput yang melindungi bahagian kelopak mata dan bahagian depan mata, juga disebut lendir mata. Biasanya ianya dijangkiti dan mempengaruhi satu mata walaupun boleh mempengaruhi kedua belah mata. Mata menjadi merah dan meradang. Mungkin ada keluarnya cairan atau lendir dari biji mata kucing anda. Permukaan ini akan mudah dijangkiti oleh virus atau bakteria atau mungkin disebabkab oleh parasit atau sebarang alergi.

Feline konjuntivitis tidak menyebabkan perubahan dalam penglihatan. Biasanya ianya tidak berkaitan dengan penyakit dan kemerahan yang agak kecil. Punca utama konjuntivitis ini adalah iritasi kronik atau pendedahan akibat dari masalah anatomi dari tudung (entropion, entropion) atau bulu mata (discgia, trichiasis). Rangsangan juga dapat dilihat dari permukaan atau sumber bahan kimia, angin dan debu.

Rawatan untuk Konjuntivitis
konjuntivitis biasanya dirawat dengan ubat (antibiotik) titis atau gel mata. Ini adalah diberikan beberapa kali sehari. Selain itu penyebab konjuntivitis harus dirawat. Ini mungkin antibiotik oral ditentukan oleh alergi pada persekitaran atau ubat yang diberikan. Pendekatan ini anda boleh mencuba sendiri untuk membersihkan kelopak mata kucing anda. Basahkan kain lembut / bola kapas dengan air panas suam dan cucinya dibahagian kelopak mata yang dijangkiti atau terjejas. Ulanginya dua atau tiga kali sehari atau sekerap yang diperlukan.

Anda juga boleh menggunakan produk jenis "Terramycin". Cuci mata kucing yang dijangkiti terlebih dahulu dan kemudian sapukan gel ini pad permukaan yang dijangkiti. Lakukannya setiap hari supaya konjuntivitis dapat dicegah sebaik mungkin. Jika tidak ianya mudah merebak dengan kucing-kucing yang lain. Kucing yang dijangkit hendaklah diasingkan atau dikuarantinkan terlebih dahulu dan pastikan ianya sembuh sepenuhnya. Jika keadaannya teruk, berjumpa dengan doktor veterinar untuk rawatan selanjutnya.


Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

Cat Show di Mines tidaklah semeriah manapun...

Kali ini Zul & Azizi Boarding Pets menuju ke MINES untuk melihat pertunjukan kucing disana. Tetapi pertandingan kali ini tidaklah semeriah mana pun. Cuma kali ini pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia [Malaysia Club Cat]. Tajaan kali ini adalah dari produk ROYAL CANIN.
Alangkah sedihnya kerana ROYAL CANIN hanya tumpukan pada pertandingan anjing dan berkemungkinan ROYAL CANIN hanya memanggil penganjur dari Kelab Kucing Malaysia sekadar lepas batuk ditangga. Harapan kami hampa kerana pertunjukkan kali ini  tidak amat menggalakan kerana sekadar menarik perhatian pelawat untuk hadir melihat pertandingan ini dan pada masa yang sama di adakan pertandingan anjing.
Dan inilah suasana keadaan ruang pertandingan kucing yang diadakan di MINES pada 17.04.2011, jam 10pagi hingga 4petang. Keadaan ruang pertandingan yang terlalu kecil boleh membuatkan kucing-kucing yang ada menjadi rimas dan tekanan.
Mungkin penganjur kali ini tidak mempunyai bugdet yang cukup untuk menganjurkan dan menempatkan ruang yang lebih besar dan selesa. Mungkin anda juga pernah kesini, bukan? Rasanya anda sendiri pun akan merasa hampa dengan keadaan sebegini, bukan?

Ruang yang begitu sempit, tidak boleh memuatkan ramai pengunjung yang datang melawat ke pertandingan ini pada satu masa yang begitu terhad. Dengan cuacanya yang agak panas dan tidak selesa bagi kucing cuma diruang ini disediakan alatan berhawa dingin untuk kucing yang dipertandingkan.
Nasib baiklah kami disajikan dengan ikan-ikan keli yang besar. Adakah anda sanggup memakan ikan-ikan keli ini? Kami sendiri tidak sanggup menjadikan ikan-ikan keli ini dijadikan lauk. Semestinya anda juga tidak akan memakan ikan-ikan keli ini, bukan?
Alangkah sedihnya.... :-( sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan kebersihan. Tengok tu! dibuangnya bekas air minuman kedalam kolam ini. Sedihkan! Jadi Zul & Azizi Boarding Pets menasihatkan kepada rakyat Malaysia khususnya mengamalkan kebersihan 1Malaysia! Pihak pengurusan Mint telah menyediakan bekas tong sampah tetapi tidak digunakan sepenuhnya oleh kita sendiri. Pelik tapi benar. Harap anda berpuas hati dengan entir kami kali ini.... :-)


P/S: Mengamalkan kebersihan adalah satu amalan mulia.....

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

13 April 2011

Tips & Info Dalam Pelbagai Bahasa

Salam 1Malaysia dan selamat datang kepada pembaca blog dan pelanggan kami yang baru. Jika anda mempunyai masalah untuk memahami info yang kami sediakan, kami telah sediakan sistem perterjemah bahasa untuk anda memilih pelbagai bahasa pilihan. Jadi gunakan kemudahan ini sebaiknya untuk mendapat tips & info terkini untuk sicomel anda... :-)

Salam 1Malaysia and welcome to ours new blogger and customer. If you do not understand our info in malay text, we recommend you to use our google translater. We provide our google translater for those blogger and customer for not understand and read our info & tips. Hope you use this facilities to get the new tips & info from our blog for your lovely cats... :-)



Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

Manakah Kategori Sicomel Anda Sihat?

Salam sejahtera buat pembaca dan pelayar blog yang setia pada info kami. Entri kali ini, kami akan kongsikan tips penjagaan dan kategori kucing sihat. Anda boleh lihat carta ini dan pastikan sicomel anda sihat sepenuhnya. Mana satukah kategori kucing anda?


Pilih kategori 1 hingga 9, dan anda tentu tahu kesihatan sicomel anda sepenuhnya.... :-)

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

11 April 2011

Tips berguna Untuk Anda!

Soalan En. Rozi untuk Kami:
Masalah yang dihadapi oleh En. Rozi
Saya ada 2 masalah:
1- Saya ada seekor kucing mix maincoon, dah 4 bulan sakit mata dan berbagai klinik saya pergi tapi tidak mendatangkan hasil yang positif...Cuma berkurangan. itu un kena cuci tiap-tiap hari.
2- Saya baru dapat 4 ekor kittan jenis maincoon, masalahnya ibu tiada susu, apa perlu saya buat? Umur mereka dah masuk 2 minggu.
Jawapan kami untuk En. Rozi:
Salam En. Rozi,
Terima kasih kerana sudi memberi email kepada kami.. Ok..saya cuba buat terbaik untuk selesaikan masalah En. Mohd Rozi
Tips untuk masalah 1:
- Guna ubat mata jenis terramycin dan sapu pada mata 3 kali sehari (maksimum) waktu pagi, tengahari dan malam atau 2 kali sehari (minimum), waktu siang dan waktu malam...Insyaallah mata Alang akan sembuh....

Tips untuk masalah 2:
- Gunakan susu tepung, sila klik link ni
Untuk penggunaan susu kitty milk:
- Masukkan air suam kedalam gelas dan masukkan susu tepung...Kalau boleh buat lebih dan simpannya dalam peti. Untuk bagi minum susu,pastikan botol susu itu di rendam air panas terlebih dahulu supaya susu yang sejuk itu menjadi panas suam....JANGAN! bagi susu yang sejuk dan ini akan menyebabkan sakit perut atau kembung perut pada anak-anak kucing...

P/S: Ingat! untuk memberi susu, mereka juga seperti bayi jadi perlu memberi susu sehingga di peringkat umur yang membolehkan anak-anak kucing ini boleh makan dengan sendirinya untuk membesar....
Tips-tips kami adalah berdasarkan pengalaman dari kami yang mempunyai masalah yang sama seperti En. Rozi. Yang penting usaha En. Rozi yang berterusan demi kesihatan si Alang dan anak-anak kucing tu... Sila layari laman blog kami di http://mylovely-cats.blogspot.com Lihat Entri TIPS PENJAGAAN KUCING Sila masukkan email untuk tips-tips percuma dari kami.... 
Maklum Balas En. Rozi:
Tq, banyak2..saya alang tu siap beri minum air ECPI lagi nak ubat kan dia..hihihi..nampak la improvement.dia dah mula aktif balik..dulu dia dah jangkau 7.5kg..sejak sakit ni..susut kepada 7kg je..tu yg saya risau. 
Satu lagi hal nya encik zul..maap la..susahkan u aje..se ekor lagi ni..lisa namanyer..dia Persian chinchilla..ori..masalah bulu dia sentiasa bersimpul..berkeping2..yg jadi masalah nya..dia tak suka di sikat. Sentiasa bad mood kalau saya sikat, belakang ok, Cuma bawah perut dia jer memang dia tak kasi. 
Sebulan sekali saya terpaksa hantar ke kedai pet kat taman watan ampang utk grooming,sampai org tu terpaksa potong bulu2 tu, ada cara ke nak pujuk dia ni, supaya boleh senang di sikat bulu nyer. Ada tak cara supaya nak buat dia tak moody?? Terutama kalau jumpa org dia tak kenal, memang dia akan jadi garang.
Saya dapat dia masa umur dah 1 ½ tahun. Tuan lama tak larat nak jaga. Sekarang berat dia dlm 4kg. Dan saya rasa dia ni dah di mandulkan, sedih kalau tak..cantik kalau di jadikan baka. Pernah nak di satukan dgn alang. Langsung dia tak layan.
Maklum Balas dari kami:
Salam En. Rozi...Pasal Alang tu tahniahlah sbb atas dasar usaha yang dilakukan oleh En. Rozi demi kesihatan pulih sepenuhnya... Pasal Lisa ni saya boleh bagi beberapa sebab kenapa dia moody:
1- Stress dengan persekitaran. Sbb tu dia boleh jadi moody membuatkan orang yang tidak dikenalinya membuatkan dia menjadi garang.
2- Disbbkan dia dimandulkan, dia juga menginginkan anak seperti kucing-kucing yang dalam keadaan normal. En. Rozi boleh nampak perbezaan kucing yang dimandulkan dengan kucing normal. Khusunya kucing betina. Biasanya kucing jantan akan bertambah baik berbanding
dengan kucing betina.
3- Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari tuannya. Maksudnya disini si Lisa ni tidak mendapat belaian dari tuannya sebelumnya dan mungkin dilahirkan dalam keaadaan dipisahkan dari ibunya.
4- Selalu mengurung Lisa didalam sangkar dan tidak mendapat kebebasan dan akhirnya boleh membuatkan dia lagi bertambah stress serta memudahkan bulu dibawah perutnya bersimpul.
5- Mungkin juga Lisa ini dikategorikan jenis penakut dan membuatkan dia menjadi garang dengan orang yang tidak dikenalinya.
Cara untuk mengatasi masalah dari moody:
1- Pastikan Lisa mendapat belaian dan perhatian sepenuhnya dari En. Rozi.  Begitu juga dengan budak kecil (manusia) cuma kucing ini dianugerahkan tidak boleh bercakap. Sambil membelai Lisa masa tu lah En. Rozi mengambil peluang untuk menyikat dibahagian perutnya. Jika Lisa marahkan, biarkan dia reda buat seketika dan sikat berulang kali.....
2- Perlu berkomunikasi dengan Lisa dengan kata-kata positif dan arahan supaya dia tunduk dan manja dengan En. Rozi. Dalam erti kata 'eye to eye contact'
3- Perlukan masa 2-3 jam untuk melayan karenah Lisa.

Cara atasi bulu bersimpul.
1- Pastikan Lisa tidak bermain ditempat-tempat yang basah.
2- Jika menggunakan perkhidmatan grooming pastikan potong pendek dibahagian perutnya supaya bulunya nampak kemas dan mudah disikat.
3- BAHAYA! Jika biarkan bulu bersimpul terlalu lama menyebabkan bau yang kurang menyenangkan dan bulunya akan bercantum dengan isinya.

So setakat ini tips yang saya bagi pada En. Rozi berdasarkan  pengalaman yang kami lalui. Cuma nak tanya 1 je...mana En. Rozi dapat kami punya email ye?
Maklum Balas En. Rozi:
W’salam.. Saya disini ingin mengucapkan jutaan terimakasih tak terhingga atas nasihat dan tips yang berguna utk saya gunakan sebagai teknik utk menjaga lisa, alang dan anak2 nya. 
Alhamdullilah…semua berjalan lancar. 
Insyallah saya akan bawa lisa ke tempat anda utk d groomkan..hihihi..tapi saya nak tanya berapa lama dperlukan utk groom lisa yg bulu nya agak lebat berapa lama saya kena tunggu. 
Anak2 alang dah mula menyusu dgn mak saya suap..2 + 3 kali sehari. So far..ok..semua tak bising Cuma maknya aje…agak kurus..maybe kena layan anak2 nye yg 4 ekor. 
Email tuan..saya dpt dpd blog. Tq

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

Lokasi dan senarai pelanggan kami

Berita gembira buat kami di Zul & Azizi Boarding Pet kerana hampir setahun kami telah bertapak dalam perkhidmatan boarding & grooming. Berikut adalah Lokasi dan senarai pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan kami ini.
1- Pulau Pinang
2- Johor
3- Taiping, Perak
4- Seremban, Negeri Sembilan
5- Sg. Buloh
6- Taman Sri Endah, Balakong
7- Cyberjaya
8- Dengkil, Selangor
9- Klang, Selangor
10- Shah Alam, Selangor
11- Wangsa Maju, Kuala Lumpur
12- Ukays Perdana, Kuala Lumpur
13- Pandan Indah, Kuala Lumpur
14- Seri Kembangan, Selangor
15- Bandar Kinrara, Puchong
16- Taman Desa, Jalan Klang Lama
17- Ampang, Selangor
18- Batu Caves, Selangor
19- Sentul, Kuala Lumpur
20- Keramat, Kuala Lumpur,
21- Bangsar, Kuala Lumpur
22- Petaling Jaya, Selangor
23- Cheras Selatan, Kuala Lumpur
24- Setapak, Kuala Lumpur
25- Kajang, Selangor
26- Pantai Dalam, Kuala Lumpur
27- Sri Gombak, Selangor
28- Bandar Sunway, Selangor
29- Kota Damansara, Selangor
30- Kg. Baru, Kuala Lumpur
31- Kelana Jaya, Selangor,
32- Taman Puncak Jalil, Selangor
33- Taman Conought, Kuala Lumpur,
34- Hulu Langat, Selangor
35- Taman Dato' Harun, Petaling Jaya
36- USJ, Subang
37- Subang Bestari, Shah Alam
38- Bandar Sri Damansara, Selangor
39- Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur
40- Puchong, Kuala Lumpur

Jadi, inilah senarai lokasi dan pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan bording, grooming & mating kami ini. Jika anda ingin menjadi sebahagian dari pelanggan kami, sila hubungi kami bila-bila masa sahaja. Kami mengucapkan ribuan  terima kasih kepada pelanggan kami yang setia menggunakan perkhidmatan kami ini. Kepuasan anda adalah kebanggaan kami... :-)

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

Alatan Grooming Zul & Azizi Boarding Pet

Salam sejahtera buat pembaca blog dan pelanggan kami yang setia. Entri kami kali ini adalah mengenai alatan grooming yang kami gunakan selama ini untuk tujuan perkhidmatan grooming. Dari semasa ke semasa, kami akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan grooming dengan membeli alatan yang terkini dan pantas dari segi masa untuk grooming.


Antara alatan grooming kami adalah seperti berikut:
1-Special Blower Machine
- Di import khas untuk mempercepatkan lagi mutu perkhidmatan grooming kami. Masa yang diperlukan untuk mengeringkan bulu sicomel antara 20-45 minit. Dimana 20 minit adalah untuk bulu pendek dan 45 minit adalah untuk bulu panjang. Kami menggunakan mesin ini untuk kucing yang mempunyai bulu lebat.
2- Hand Dryer
- Dibeli untuk tujuan bagi mengeringkan kucing berbulu pendek.
3- Nail Cutting
- Sebelum sicomel dimandikan, kami akan memotong kuku sicomel yang tajam dan tujuan keselamatan kami ketika memandikan sicomel anda.
4- Hair Brush Tools
- Selepas bulu sicomel anda dikeringkan, kami akan meluruskan bulu sicomel dengan mengunakan alatan sikat khas dan memastikan bulu sicomel anda dalam keadaan lurus dan kemas.
5- Medicine Tools
- Ubat khas seperti pencuci mata dan telinga digunakan selepas grooming. Kami akan memastikan kucing anda dalam keadaan sihat sepenuhnya dari fungus dan kutu.

Perkhidmatan grooming adalah terhad dimana, kami hanya menerima antara 1- 5 ekor sehari hanya setiap Sabtu dan Ahad kerana proses pengeringan bulu memakan masa yang agak lama bergantung jenis bulu sicomel anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami pada bila-bila masa sahaja.

Untuk tujuan pakej kami, anda boleh klik ini...

Kepada pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan grooming, kami ucapkan ribuan terima kasih. Kepuasan anda adalah kebanggaan kami. Sila berikan komenkomen yang positif pada ruangan yang kami sediakan. Segala komen positif yang diberikan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan grooming kami ini nanti dari masa kesemasa.

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

03 April 2011

Malaysia Cat Show Tajaan Royal Canin

Kami di Zul & Azizi Boarding Pet kali ini cuba ingin menukar selera untuk sicomel dengan memberi makanan dari brand "ROYAL CANIN". Huh...sebut aje Royal Canin tercunggap-cunggap rasanya kerana harganya mengalahkan dari makanan manusia, bukan? Tapi kali ini kami cuba menggunakan produk dari ROYAL CANIN kerana salah seekor sicomel kami membalas jasa kami. Jadi kami hadiahkan dengan makanan yang agak mahal...Tapi kualitinya amat bagus untuk sicomel anda. Kali ini kami berkesempatan melawati satu pertandingan yang ditaja oleh ROYAL CANIN dan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 27 March 2011
Tempat: South City Plaza, Seri Kembangan Malaysia.

Jadi inilah peluang kami untuk mendapatkan makanan dengan diskaun yang berpatutan.....Kalau ikut harga sebenar mesti mencecah RM250.00, tapi kali ini kami dapat diskaun dengan harga RM204.00...Demi untuk sicomel kami yang memberi jasa kepada kami khususnya CHUKI....hu3...Tapi yang bestnya dengan pembelian pek Royal Canin kami diberi Cenderahati bekas makanan khas royal canin...

Resit dari pembelian produk ROYAL CANIN

Bekas makanan khas dari ROYAL CANIN

3rd HHP Malaysia Cat Show pada 27 Mac 2011 baru-baru ini..

Selain dari pertandingan sicomel, sangkar yang dihiaskan dengan
pelbagai konsep juga turut dipertandingkan...

Sebanyak 4 sangkar hiasan yang terpilih mengikut konsep dipertandingkan

Disinilah kaunter pembelian produk ROYAL CANIN kami...

Pandangan keadaan sangkar yang disusun mengikut peringkat jenis
sicomel yang dipertandingkan


Sicomel dinilai mengikut kategori yang telah dipertandingkan dan
hakim sedang menilai sicomel yang terpilih.

P/S: Ambil peluang ini untuk mendapatkan diskaun hebat dari penganjur yang terpilih dan cuba sertai pertandingan ini untuk mendapat produk secara percuma.

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

01 April 2011

Pelanggan Kami Untuk Bulan April 2011

Ini adalah senarai kami yang terkini menggunakan perkhidmatan kami. Jika sekiranya anda ingin menjadi sebahagain dari pelanggan kami, sila hubungi kami pada bila-bila masa. Kami bersedia memberikan khidmat yang terbaik untuk si comel anda!

Antara pelanggan-pelanggan kami:

Nama Pelanggan: Tiq
Nama Kucing: Cumi
Lokasi Pelanggan: Puchong
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Fatiha
Nama Kucing: Amok
Lokasi Pelanggan: Puchong
Kategori Kucing: Siamese
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Fatiha
Nama Kucing:
Loaksi Pelanggan: Puchong
Kategori Kucing:  Mix Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Mimi
Nama Kucing: Mohd Asid
Lokasi Pelanggan: Pandan Indah Ampang
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding 20mac to 17april

Nama Pelanggan: Farah
Nama Kucing: Yogi/Grey/Gombal
Lokasi Pelanggan: Subang
Kategori Kucing; Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Farah
Nama Kucing: Tupai
Lokasi Pelanggan: Subang
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Farah
Nama Kucing: Cici
Lokasi Pelanggan: Subang
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Yati
Nama Kucing: Kiki
Lokasi Pelanggan: Subang Jaya
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Bob
Nama Kucing: Bulus dan anak-anak
Lokasi Pelanggan: Shah Alam
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Mohd Azril
Nama Kucing: Tiki
Lokasi Pelanggan: Sri Kembangan
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Salmi
Nama Kucing: Kiki
Lokasi Pelanggan: Kota Warisan, Dengkil
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding 7hb to 18hb

Nama Pelanggan: Salmi
Nama Kucing: Koko
Lokasi Pelanggan: Kota Warisan, Dengkil
Kategori Haiwan: Rabbit
Kategori Perkhidmatan: Boarding 7hb to 18hb

Nama Pelanggan: Pn.Ramlah
Nama Kucing: Ninis
Lokasi Pelanggan: Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Kategori Kucing: Birman
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Fara
Nama Kucing: Chiko
Lokasi Pelanggan: Taman Desa, Kuala Lumpur
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding

Nama Pelanggan: Azam
Nama Kucing: Tarou
Lokasi Pelanggan: Taman Desa KL
Kategori Kucing: American curl Mix Bengal
Kategori Perkhidmatan: Boarding 7.04.2011 - 12.04.2011

Nama Pelanggan: Fariza
Nama Kucing: Che Am Dan Che Ah
Lokasi Pelanggan: Dengkil Selangor
Kategori Kucing: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding 12.04.2011 - 16.04.2011

Nama Pelanggan: Puan Azah
Nama Kucing: Koko Dan Anak-anak
Lokasi Pelanggan: Sentul, Kuala Lumpur
Kategori Kucin: Domestic Short Hair
Kategori Perkhidmatan: Boarding 26.03.2011 - 17.04.2011

Nama Pelanggan: Suraini
Nama Kucing: Matt
Lokasi Pelanggan: Puncak Jalil Sri Kembangan
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding 23.04.2011 - 24.04.2011 + Grooming

Nama Pelanggan: Suriani
Nama Kucing: Maison
Lokasi Pelanggan: Puncak Jalil Sri Kembangan
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding 23.04.2011 - 24.04.2011 + Grooming

Nama Pelanggan: Suriani
Nama Kucing: Sapphira
Lokasi Pelanggan: Puncak Jalil Sri Kembangan
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan:  Boarding 23.04.2011 - 24.04.2011 + Grooming

Nama Pelanggan: Suriani
Nama Kucing: Sasha
Lokasi Pelanggan: Puncak Jalil Sri Kembangan
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding 23.04.2011 - 24.04.2011 + Grooming

Nama Pelanggan: Fizul
Nama Kucing: Memey
Lokasi Pelanggan: The Mines Sri Kembangan
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding 22.04.2011 - 24.04.2011 + Grooming

Nama Pelanggan: Tiq
Nama Kucing: Cumi
Lokasi Pelanggan: Puchong Jaya
Kategori Kucing: Persian
Kategori Perkhidmatan: Boarding 21.04.2011- 24.04.2011

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang telah menggunakan perkhidmatan BOARDING kami untuk bulan APRIL 2011. Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...