$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!        YOUR AD HERE!    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Tips & Panduan: Membina Keluarga

Miawwwwwwww.....Miawwwwwwww (Versi Kucing Sedih) Salam buat pelanggan tetap & baru, pelawat dan pembaca blog kami yang setia. Tips dan ...

Miawwwwwwww.....Miawwwwwwww (Versi Kucing Sedih)

Salam buat pelanggan tetap & baru, pelawat dan pembaca blog kami yang setia. Tips dan panduan kami kali ini mengenai "Membina Keluarga".

Tahukah anda, kucing juga membiak seperti kebanyakan haiwan dimana kucing jantan dan betina (ratu) mengawan. Kucing betina akan membuntingkan anak kucing yang banyak. Ini hanya berlaku pada waktu tertentu dalam setahun. Kucing betina bersedia mengawan sekitar bulan Mac hingga April dan sepanjang pertengahan musim panas dalam bulan Jun dan sekitar bulan September. Biasanya, kucing tidak mengawan sehinggalah ianya berusia 7 hingga 12 bulan manakala kucing jantan pula sebelum berusia 10 hinggan 13 bulan.

PERCAYA ATAU TIDAK
Kebanyakan ibu kucing akan melahirkan empat hingga enam ekor anak kucing dalam satu masa. Tetapi ada juga yang boleh mencecah sehingga 12 ekor.

Purata berat anak kucing yang baru lahir ialah kira-kira 100 gram dan berat ini biasanya bertambah dua kali ganda dalam masa 10 hari pertama.

Selepas mengawan, ibu kucing akan membuntingkan (yang dikenali sebagai tempoh bunting) dalam purata tempoh 65 hari. Akan tetapi , tempoh ini berbeza antara 60 hingga 70 hari bergantung pada baka kucing, usia si ibu kucing dan ciri-ciri lain.

Seekor ibu kucing yang bunting akan bertambah berat badan sebanyak satu hingga dua kilogram dan perutnya juga membesar. Apabila hampir hendak beranak, si ibu akan mencari sarang atau tempat yan gsesuai untuk melahirkan anaknya dalam keadaan tenang dan senyap. Tempat ini boleh jadi di mana-mana sahaja yang dirasakannya selesa dan selamat- seperti di ceruk bangsal, di atas timbunan rumput di hujung taman atau belakang sofa. Kebanyakan pemilik akan cuba menyediakan kotak atau bakul untuk kucing beranak dan berharap agar si ibu melahirkan anaknya di situ dengan selamat.

Biasanya ibu kucing melahirkan semua anaknya dalam masa sehari. Mula-mula si ibu kucing akan tercungap-cungap dan berdengkur. Sejurus kemudian, seekor demi seekor anaknya akan lahir dengan kantung berselaput yang didalamnya anak kucing tersebut membesar semasa didalam rahim ibunya. Si ibu akan menggigit putus tali pusat yan gbersambung ke perut anaknya. Tali pusat ini membekalkan makanan kepada anak kucing semasa ia berada di dalam rahim ibunya. Kemudia, si ibu akan menjilat dan membersihkan secara bergilir-gilir anaknya, dan akhir sekali menyusukan anaknya sebelum berehat.
* Melahirkan seperinduk anak kucing yang kelaparan dan berdecit amat memenatkan, malah mungkin memakan masa sepanjang hari dan malam. Apabila semua anaknya telah dilahirkan, si ibu akan membenarkan anaknya menyusu sambil si ibu berehat.*


P/S: Tips dan panduan selepas ini mengenai anak kucing yang baru lahir. Tunggu kemunculannya nanti ye... ;-)

KOMEN ANDA

BLOGGER
[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content