Baca Entri Ni Jugak Yer...

18 October 2011

Tips & Panduan: Anak Kucing Yang Baru Lahir

Miawwww.....Miawwww... (Versi kucing Merajuk...lol)

Salam 1Malaysia, salam sejahtera. Terima kasih kepada pelanggan baru & tetap, pelawat serta pembaca blog yang sudi menyinggah di blog kami. Jadi kami akan sajikan tips & panduan untuk sicomel anda. Post kali ini mengenai anak kucing yang baru lahir. Jom kita terjah info ni plak ye... :-P

Anak kucing yang baru lahir hampir tidak bermaya. Telinganya terlipat ke belakang dan matanya tertutup, oleh itu ia tidak boleh mendengar atau melihat. Ia juga tidak boleh berjalan mahupun merangkak. Haiwan berbulu ini bergantung sepenuhnya pada ibunya yang sentiasa bersama-sama anaknya dan memastikan anaknya selamat di dalam sarang atau tempat berlindung. Si ibu sentiasa menjilat dan membersihkan anaknya, manakala mata si anak pula akan mula terbuka lebih kurang seminggu.

*Anak kucing yang baru lahir sangat kecil, lemah dan tidak boleh melihat dan mendengar dengan jelas.*

Salah satu perkara yang dilakukan oleh anak kucing yang baru lahir adalah menghisap susu ibunya. Setiap anak kucing seperinduk mempunyai puting susu masing-masing di sebelah bawah ibunya yang dihisap untuk mendapatkan susu. Sekiranya si anak lapar, ia akan mengeluarkan bunyi berdecit yang perlahan untuk memberitahu si ibu.

*Apabila anak berusia seminggu, matanya akan terbuka dan kakinya sudah boleh meregang dan meraba-raba*

Selang beberapa hari, si ibu akan memindahkan anaknya ke sarang atau tempat berlindung yang baharu. Si ibu menggonggong seekor demi seekor anaknya dengan menggigit kulit kendur di belakang tengkuk anaknya dan dengan diam-diam membawa anaknya ke sarang baharu. Ini selalunya berlaku apabila si ibu berasa terganggu atau merasakan sarang yang sedia ada sudah tidak selamat.

*Semasa berusia tiga minggu, anak kucing mula melihat sekeliling, mendengar dan boleh merangkak atau menyeret kakinya.*

P/S: Bagi sicomel yang pertama kali melahirkan anak, pastikan anda sentiasa beri perhatian sepenuh anaknya kerana kebiasaan sicomel yang pertama kali melahirkan anak tidak pandai untuk menjaga anaknya dengan baik. Jadi permerhatian dari anda juga penting untuk memastikan kesemua anaknya membesar tanpa sebarang masalah kesihatan.


Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)