"Hati yang keras dan tabiat yang buruk biasanya akan menjerumuskan dirinya kedalam neraka. Dirinya yang kosong dari sifat kasih sayang ...
"Hati yang keras dan tabiat yang buruk biasanya akan menjerumuskan dirinya kedalam neraka. Dirinya yang kosong dari sifat kasih sayang membuatkannya tidak peduli terhadap apa yang dia lakukan kepada orang lain, maka ia membunuh, memukul dan merosak."
Dengan itu, mereka yang mencelakakan diri mereka disebabkan oleh apa yang mereka lakukan kepada orang lain. Di antara mereka ada seorang wanita yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W. Dia mengurung seekor kucing sampai ia mati kelaparan dan kehausan kerana perbuatan itu dia dimasukkan Neraka.
Nas Hadis
Dalam riwayat Al-Bukhari, "Seorang wanita di siksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya makan serangga bumi."
Rasulullah S.A.W telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Syurga dan Neraka pada solat gerhana. Dalam sahih Bukhari dari Asma Binti Abu Bakar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, bermaksud: "Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, Ya Rabbi, aku bersama mereka? Aku melihat seorang wanita, Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Lalu aku bertanya, "Bagaimana ceritanya? Mereka berkata, 'Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.' Nafi' berkata, "Menurutku dia berkata, 'Mencari makan dari serangga bumi".
Muslim meriwayatkan dari Jabir Hadis Rasulullah S.A.W yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keretangan bahawa wanita itu berasa dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasa dari Himyar.
Takhrij Hadis
Hadis tentang kucing dalam sahih Bukhari dalam kitab Bad'il Khalqi, "Jika lalat jatuh ke dalam bejana salah seorang dari kalian" (VI/356, no.3318. Dan dalam Kitab Ahaditsil Anbiya', no.3482. Dan dalam Kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no.2365
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar dalam Kitabus Salam, "Diharamkannya membunuh kucing" (4/1760, no.2242-2243)
Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah S.A.W melihat wanita menyiksa kucing terdapat dalam Kitabul Kusuf, dimana apa yang dilihatkan kepada Rasulullah dalam Solah Kusuf, 2/622, no.904
Penjelasan Hadis
Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya hati dan tabiat wanita itu, bertapa buruknya akhlaknya serta tiada sifat belas kasihan dihatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika dihatinya terdapat belas kasih nescaya dia akan melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak mempunyai apa-apa belas kasihan yang didengarnya oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu mula lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap dirumahnya, dia mungkin akan memberinya makan dan minum serta menjaga keselesaan hidupnya. Rasulullah S.A.W telah menyampaikan kepada kita bahawa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan dan menjaganya dari hidup, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupannya. Lebih-lebih lagi Allah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu juga dengan serangga-serangga yang ditangkapnya.
Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasulullah S.A.W melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores diwajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Syurga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat Solat Gerhana.
Pengajaran Daripada hadis
1. Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya denga memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.
2. Boleh menahan binatang seperti kucing, burung dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.
3. Di Akhirat, manusia diazab sesuai dengan perbuataannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.
KOMEN ANDA