KEMBIRI (NEUTER) Istilah neuter bermaksud umum. Ianya juga digunakan pada haiwan jantan dan betina. Namun dalam penggunaannya, neuter lebih ...
Istilah neuter bermaksud umum. Ianya juga digunakan pada haiwan jantan dan betina. Namun dalam penggunaannya, neuter lebih sering merujuk pada haiwan jantan. Neuter pada haiwan jantan lebih dinelai dengan istilah kembiri. Dalam saintis dipanggil orchidektomi. Orchidektomi merupakan prosedur operasi/bedah dengan tujuan membuang testis haiwan. Kasi ini dilakukan pada haiwan jantan dalam keadaan tidak sedar atau dibius terlebih dahulu.
WAKTU YANG SESUAI UNTUK KEMBIRI
Kucing yang dikembirikan harus dalam keadaan sihat. Sebahagian besar kucing yang dikembirikan ketika berumur sekitar 5-8 bulan. Dalam fatwa JAKIM, kita diharuskan kembirikan untuk tujuan kebaikan demi menjaga kesihatan dan keselamatan kucing tersebut.
Beberapa organisasi yang mengambil berat dengan populasi kucing di Amerika bahkan melakukan kembiri lebih awal pada kucing. kucing-kucing tersebut telah dikembirikan pada umur 6-14 minggu. Kembiri tidak mempengaruhi pertumbuhan badan kucing-kucing tersebut.
Kembiri juga biasanya dilakukan pada kucing-kucing yang lebih tua. Bergantung kepada umur kucing, beberapa ujian seperti x-tray, darah & urin akan dilakukan untuk memastikan seekor kucing layak di kembiri atau tidak.
FATWA JAKIM MENGENAI KEMBIRI HAIWAN PELIHARAAN
Jakim telah mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut:
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukunmya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah
All pets like cats and dogs area allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community
After studying the messages of the the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qauedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com
KEBAIKAN KEMBIRI
Banyak kebaikan dari tindakan mengkembiri kucing jantan lebih awal. Risikonya timbulnya berbagai penyakit yang berkaitan dengan hormon testosteron yang dihasilkan testis dapat dikurangkan dengan tindakan kembiri.
MENCEGAH KELAHIRAN ANAK KUCING YANG TIDAK DIINGINKAN
Salah satu kebaikan mengkembirikan kucing adalah mencegah kelahiran anak kucing yang tidak diinginkan. Selain menjaga populasi kucing dapat dikawal sepenuhnya, tindakan seperti ini juga memungkinkan pemilik kucing boleh merawat kucing-kucingnya dengan maksimum.
KURANG AGRESIF TERHADAP KUCING LAIN
Testosteron adalah hormon kelamin jantan. Hormon ini mempengaruhi banyak pola-pola perilaku pada kucing jantan. Salah satu perilaku yang banyak dipengaruhi hormon testosteron adalah perilaku agresif. Setelah dikembirikan, perilaku ini seperti ini dapat dikurangkan.
SPARING / URINE MARKING
Sparying/urine marking adalah salah satu perilaku yang dialami oleh kucing jantan yangtidak dikembirikan. Sebahagian besar perilaku ini hilang setelah kucing dikembirikan.
TIDAK SUKA BERKELIARAN
Kucing betina yang sedang "on haid" mengeluarkan feromon yang dapat menyebar melalui udara. Feromon ini dapat mencapai sesuatu kawasan yang cukup jauh. Kucing jantan akan dapat mengetahui lokasi dimana kucing betina yang dalam keadaan "on haid" melalui feromon ini, lalu kemudian mencari dan mendatangi kucing betina meskipun jaraknya cukup jauh. Kucing jantan yang telah dikembirikan cenderung tidak akan memberikan apa-apa reaksi terhadap feromon ini dan lebih suka diam di dalam rumah.
LEBIH JARANG TERLUKA
Kelebihan medis selain dari kembiri adalah jarangnya kucing terluka akibat berkelahi atau pertengkaran atau pergaduhan dengan kucing lain. Semakin jarang terluka semakin kecil juga kemungkinan terkena penyakit yang dapat menular melalui luka.
PENINGKATAN GENETIK
Beberapa kucing yang dikembirikan kerana mempunyai genetik yang kurang sihat. Diharapkan kucing-kucing cacat tersebut tidak dapat lagi berkembang biak, sehingga jumlah kucing-kucin cacat dapat dikurangkan.
MENGURANGI RISIKO TUMOR & GANGGUAN PROSTAT
Tumor dan gangguan prostat lebih sering terjadi pada anjing, pada kucing jarang sekali terjadi. Sebahagian besar gangguan prostat berhubungan dengan hormon testosteran yang dihasilkan oleh testis. Tindakan kembiri menyebabkan haiwan tidak lagi menghasilkan hormon tersebut, sehingga risiko tumor dan gangguan pada prostas dapat dicegah.
GANGGUAN YANG MUNGKIN MUNCUL SETELAH DIKEMBIRIKAN
a) Obesiti atau kegemukan
Perubahan metabolisme hormon setelah kembiri menyebabkan kucing tidak lagi agresif dan lebih suka diam atau tidur. Akibat yan gsering terjadi setelah kembiri adalah kegemukan atau obesiti. Masalah ini biasanya dicegah dengan mengawal diet dan sering mengajak kucing bermain.
Bermain dengan kucing menyebabkan kucing bergerak lebih banyak dan membakar lemak yang berlebihan.
b) Feline Urinary Syndrome (FUS)
FUS adalah kumpulan gejala penyakit gangguan pada proses kencing/urinari pada kucing. Beberapa kajian di AS menyatakan kembiri tidak menyebabkan atau risiko FUS pada kucing jantan.
FUS sering terjadi pada kucing jantan yang diberi makanan yang banyak mengandungi garam mineral terutamanya magnesium. FUS dapat dihindari dengan memberikan makanan yang mempunyai kadar garam yang rendah.
KOMEN ANDA