Baca Entri Ni Jugak Yer...

26 May 2011

Kucing Pun boleh Selsema ke?

Salam 1Malaysia 1Sicomel untuk anda dan pembaca blog yang setia. Maaf agaknya dah lama kami tidak memberi apa-apa tips & info mengenai penjagaan asas untuk sicomel anda. Entri kami kali ini mengenai selsema atau 'flu' yang boleh menganggu sistem pernafasan sicomel anda.

Penyakit selsesema atau flu biasanya akan terjadi pada kucing yang belum di vaksinasi dan mudah menular kepada kucing-kucing yang lain. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian pada kucing dewasa tetapi dapat berakibat fatal apabila menyerang anak kucing. Meskipun pada kucing dewasa jarang berakibat fatal, gejala penyakit seperti pilek dan bersin susah untuk dicegah dan ianya berkeadaan lama. Oleh itu pencegahan dengan vaksinasi rutin merupakan tindakan terbaik.

SELSEMA ATAU 'FLU'
Penyakit selsesema atau flu adalah penyakit pada kucing yang biasanya disebabkan oleh satu serangan atau  jangkitan penyakit dari beberapa virus iaitu virus herpes dan virus calici.

Virus Herpes
Sumber: ASM Microbelibrary @ Walton and Suchman

Virus calici

BAGAIMANA CARA PENULARAN PENYAKIT INI?
Sepertimana penyakit selsema pada manusia, kucing juga menyebarkan virus ini melalui air liur, cairan bersin / droplet yang mengandungi virus. Droplet ini tersebar melalui bersin secara langsung ataupun tidak langsung melalui peralatan yang sudah tercemar dengan virus. Secara tidak langsungnya juga dapat terjadi melalui sentuhan manusia dan oleh itu pastikan dicuci tangan terlebih dahulu dengan sabun / antiseptik setelah memegang kucing sakit agar tidak merebak dengan kucing yang lain.

Keadaan sicomel yang dijangkiti virus herpes

Masa inkubasi penyakit ini mencapai 3 minggu dimana kucing tidak akan menunjukkan gejala sakit selsema hingga 3 minggu sejak ianya dijangkiti. Selama 3 minggu kucing tersebut akan menyebarkan penyakit tersebut melalui bersin dan air liur.

BAGAIMANA TANDA-TANDA KUCING DISERANG SELSEMA?
Penyakit selsema mirip seperti selsema manusia. Pada awalnya tanda bersin yang berlanjutan, demam, nafsu makan berkurang datau hilan gselera makan, lemah, lesu dan ikuti batu, mata merah dan berair. Tanda-tanda penyakit biasanya akan berkurang setelah 7 hari dan kembali dalam keadaan yang normal semula dalam 2-3 minggu. Pada beberapa kes, penyakit ini akan menyebabkan hilang deria bau untuk makan.

ADAKAH SELSEMA KUCING AKAN BERJANGKIT PADA MANUSIA?
Tidak. Virus selsema pada kucing berbeza dengan virus selsema yang menyerang manusia.

ADAKAH SELSEMA KUCING DAPAT DI CEGAH?
Buat masa ini masih belum ada ubat untuk selsema kucing. Segera bawa sicomel anda ke veterinar berdekatan untuk mencegah dari ianya merebak. Pemberian ubat seperti antibiotik lebih bersifat mencegah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Ubat-ubat lain yang diberikan biasanya bertujuan untuk mengurangkan gejala selsema seperti menurunkan panas, melegakan pernafasan dan menghilarkan lendir saluran pernafasan yang berlebihan. Selebihnya bergantung kepada sistem imunisasi kucing tersebut.

Antibiotik Doxycycline untuk Selsema

Antibiotik Doxycline boleh digunakan pada kucing yang terkena virus selsema. Ianya mengambil masa 2-3 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Anda boleh dapati antibiotik ini di farmasi atau klinik-klinik yang berdekatan. Dan anda dinasihatkan terlebih dahulu memberi penjelasan atau slip dari doktor untuk mendapatkan antibiotik ini.

ADAKAH KUCING YANG DIJANGKITI SELSEMA DAPA KEMBALI SIHAT SEPENUHNYA?
Biasanya kucing yang dijangkiti oleh virus ini akan kembali sihat dalam beberap minggu. Pada beberapa kes jangkitan dan gejalanya berlangsung dalam keadaan yang lama, kucing terlihat selalu bersin dan pilek selema beberapa bulan. Keadaan ini akan menyebabkan kucing kurang baik dan mudah terserang dengan penyakit lain.

PERLUKAH DIBERI VITAMIN ATAU SUPLEMEN?
Vitamin dan suplemen dapat membantu meningktkan keadaan dan sistem imunisasi kucing yang sedang sakit. Minta pendapat dari doktor veterinar tentang vitamin dan suplemen untuk sicomel anda.

ADAKAH VAKSINASI DAPAT MENYEMBUHKAN KUCING DARI SELSEMA?
Vaksinasi lebih bersifat pencegahan. Vaksinasi rutin tidak menjamin 100% melindungi kucing dari penyakit. Pada kucing yang rutin divaksinasi, meskipun akan dijangkiti oleh virus selsema biasanya tidak begitu teruk dan lebih cepat atau mudah untuk sembuh.

Anda Suka Entri Ini?
Kalau Nak juga Widget ini, sila klik logo nrelate kat bawah ni ye...

2 ,000 Pencinta Kucing

27 May, 2011 10:40

nice post!

thanx :)

mylovely-cats
17 June, 2011 13:03

sama-sama

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)