10 Perkara Pemilik Kucing Risau Dengan Kucingnya | Pernahkah anda terfikir perkara yang paling anda risau apabila kucing kesayangan anda dengan tiba2
10 perkara pemilik kucing ridsau dengan kucingnya | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panjang, marilah sama-sama kita membaca Ummul kitab Surah Al-Fatihah.
Dan jangan dilupakan juga dengan bersalawat keatas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad. Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad S.A.W dan keluarga Muhammad S.A.W.
Pernahkah anda terfikir perkara yang paling anda risau apabila kucing kesayangan anda dengan tiba-tiba tidak aktif & ceria seperti sedia kala. Jadi dalam artikel kali ini, kami akan huraikan perkara tersebut untuk anda tahu dan ambil kisah tentang kesihatan kucing kesayangan anda
10 Perkara Pemilik Kucing Risau Dengan Kucingnya
Ini adalah perkara kebiasaan yang di hadapi oleh pemilik kucing. Bagi pemilik kucing yang sudah mempunyai pengalaman dalam membela kucing, mereka sudah tahu apa perkara asas yang perlu dibuat terhadap kucingnya jika dalam keadaan murung atau tidak aktif.
Manakala bagi anda yang pertama kali membela kucing, seharusnya anda perlu membawanya ke klinik haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat veterinar, rawatan dan perubatan selanjutnya. Agar ianya tidak berlarutan yang boleh membawa kematian.
Disini kami boleh kongsikan ubat-ubatan asas untuk kucing yang mengalami sakit seperti:
- Sakit mata- Antibiotik Oitment Terramycin
- Selsema dan demam- Antibiotik Doxycillin atau imexa
2. Pertama kali terjumpa anak kucing yang kehilangan ibunya
Ada diantara anda yang mempunyai pengalaman sebegini dimana terjumpa anak kucing yang kehilangan ibunya dan nekad untuk menyelamatkan anak kucing tersebut. Akhirnya anda membawanya pulang kerumah dan niat untuk membela sehingga anak kucing itu ke peringkat dewasa.
Ketika itu anda tergesa-gesa mencari kedai haiwan (petshop) yang berdekatan untuk membeli peralatan seperti botol susu, susu tepung khas untuk anak kucing, sangkar, makanan basah, kering (kibbles) dan sebagainya.
Anda perlu ingat, jangan sesekali memberi minum susu pekat krimer manis kepada anak kucing kerana ianya tidak sesuai untuk sistem imunisasi. Boleh menyebabkan cirit birit yang berlanjutan.
Berkaitan dengan perkara ini, anda boleh baca artikel : Tips Penjagaan Asas Untuk Anak Kucing Jalanan
10 Perkara Pemilik Kucing Risau Dengan Kucingnya
3. Ketika melihat kucing yang mengalami cirit birit
Biasanya kucing yang mengalami cirit birit adalah melibatkan pemakanan dan minuman yang tidak sihat seperti nasi, susu manusia, termakan rumput yang sudah diracun dan sebagainya. Ini menyebabkan keracunan makanan dan minuman pada kucing dan akhirnya boleh membawa kematian. Jika didapati kucing yang cirit birit, anda perlulah membawanya ke klinik haiwan yang berdekatan untuk mendapat rawatan susulan daripada doktor veterinar.
Anda juga boleh baca artikel Punca & Simptom Cirit Birit Pada Sicomel Anda
Ini adalah perkara yang paling dirisaukan oleh pemilik kucing ketika kucing terlepas dari kawasan rumah. Biasanya ia berlaku pada pemilik yang tinggal rumah sesebuah atau teres. Kucing yang dipelihara didalam rumah tidak mampu untuk mencari makanan dan minuman di luar kerana tiada pengalaman. Ianya tidak sama seperti kucing jalanan
Pemilik kucing tidak akan jemu mencari kucing kesayangannya sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang menemu kucing kesayangannya. Selain itu, pemilik juga membuat iklan kehilangan kucing kesayangannya dilaman sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.
10 Perkara Pemilik Kucing Risau Dengan Kucingnya
5. Kucing yang mengalami kemalangan
Kami sendiri tidak sanggup melihat kucing yang mengalami kemalangan jiwa seperti patah kaki, sakit kemurungan, luka dan sebagainya. Sehingga sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk kucing.
Apakah perasaan anda ketika itu, jika melihat kucing dihadapan mata mengalami kemalangan dan meronta-ronta kesakitan? Sudah pastinya anda mempunyai perasaan seperti kami, bukan? Jadi kucing juga perlu mendapat rawatan seperti kita jika mengalami kemalangan jiwa.
6. Kematian kucing kesayangan
Semua yang bernyawa, pastinya akan mati. Mati itu pasti, cara dan bagaimana kematian itu hanya Allah sahaja yang Tahu. Kucing kesayangan juga di ibaratkan seperti anak yang dibela dari kecil hinggalah ke tua. Risau jika sakit berterusan dan sedih ketika sudah sampai masa untuk pergi selamanya.
Begitu juga dengan perasaan kami, baru sahaja kehilangan kucing kesayangan yang menjadi ikon kepada Hotel Kucing & Spa Kinrara, Zul & Azizi Boarding Pets. Boleh baca kisahnya di Perginya Ikon Prince Dalam Kenangan
10 Perkara Pemilik Kucing Risau Dengan Kucingnya
Hal ini pastinya akan membuatkan anda paling risau kerana pengalaman pertama kali kucing melahirkan anak. Apa yang dirisaukan adalah jika ibu kucing tersebut tidak pandai menyusukan anak dan akhir menyebabkan kematian.
Berdasarkan kepada pengalaman kami, kucing bunting akan melahirkan anak selepas 65 hari dari mengawan dengan kucing jantan. Tanda-tanda ibu kucing melahirkan anak adalah melihat kebasahan dibahagian kemaluan ibu kucing dan anda perlu segera menyediakan tempat lahir. Bagi ibu kucing yang ingin melahirkan anak, perlukan tempat yang gelap dan sedikit privasi daripada gangguan luar.
8. Kucing yang suka buat hal
Yang dimaksudkan adalah kucing yang tidak tahu dan pandai membuang ditempat yang disediakan. Apabila sampainya waktu tidur, anda akan risau jika tidak memasukkan kucing ke dalam sangkar kerana akan membuat hal seperti kencing dan berak merata-rata. Ada juga kucing yang suka berak dan kencing di atas tilam atau bawah katil, sofa dan sebagainya. Betul kan?
10 Perkara Pemilik Kucing Risau Dengan Kucingnya
Pada umumnya, sifat fizikal kucing juga sama dengan sifat fizikal manusia. Ada kucing yang dilahirkan cacat atau mengalami cacat kekal selamanya. Ini yang dirisaukan jika anda mempunyai kucing kurang upaya ketika waktu anda bekerja.
Bergantung pada nasib, jika kucing kurang upaya kesayangan anda tersebut pandai berdikari untuk makan dan minum kecuali susah untuk kencing dan berak. Ada cara dan jalan penyelesaian dengan memakai pampers.
Untuk pengetahuan anda, buat masa ini kami tidak pernah lagi melihat mana-mana negara yang menjual pampers khas untuk kucing dan anjing. Pampers biasanya digunakan pada bayi dan kanak-kanak.
Untuk pengetahuan anda, buat masa ini kami tidak pernah lagi melihat mana-mana negara yang menjual pampers khas untuk kucing dan anjing. Pampers biasanya digunakan pada bayi dan kanak-kanak.
Ada juga diantara pemilik yang risau jika kucing miliknya perlu dimasukkan wad klinik haiwan kerana kesihatan yang tidak memuaskan. Bagi kucing yang memerlukan rawatan susulan dan juga pemantauan dari masa kesemasa. Untuk makluman, kucing yang perlu ditahan dan diwad, anda perlu menyediakan wang yang lebih kerana harga dan cas berbeza dengan rawatan manusia.
Berdasarkan kepada pengalaman yang ada, kami telah banyak menghabiskan wang beribu-ribu ringgit pada kucing kami yang memerlukan rawatan susulan dan perlu dimasukkan wad. Pada kami, duit boleh dicari tetapi kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan ianya adalah satu kali peluang untuk dijaga sehabis baik.
Kesimpulannya, ini adalah sekadar gambaran perkara atau situasi yang anda hadapi ketika memiliki perasaan risau dan sedih dengan kucing kesayangan anda. Jika anda mempunyai sebarang cadangan dan pandangan, boleh tinggalkan komen di artikel ini. Jumpa lagi di siaran artikel yang lain. Please STAY TUNE ya!
KOMEN ANDA