$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!        YOUR AD HERE!    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Pening Dengan Masalah Kutu Pada Kucing Anda? Ini Langkahnya!

Pening Dengan Masalah Kutu Pada Kucing Anda? Ini Langkahnya! Proses berlakunya kitaran kutu sehingga ianya membiak dengan cepat.

kutu pada kucingDi dalam entri kami sebelum ini telah menghuraikan bagaimana proses berlakunya kitaran kutu sehingga ianya membiak dengan cepat sekali dan bergantung kepada tahap kebersihan ruang rumah atau bilik kucing itu sendiri. Anda boleh baca selanjutnya mengenai kutu atau di panggil sengkenik (sang kenit...hahaha) di artikel Tahukah Anda Tentang Kitaran Kutu Sengkenik (Tick)?. Kami juga ada menerangkan cara mengenali kutu @ sengkenik @ tick flea secara umumnya supaya anda lebih peka lagi dengan masalah kutu kerana juga boleh memudaratkan diri serta keluarga anda. Sumber makanan utama kutu sengkenik ini adalah darah dimana habitatnya tinggal di kucing-kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang. Untuk mengenalpasti kutu, anda perlu lihat di atas leher kucing mempunyai biji-biji atau parcel hitam yang kecil kerana itu adalah najis kutu. Jika ianya di basahi dengan air, warnanya akan bertukar menjadi warna merah seperti darah dan baunya sama seperti darah.

Kutu Pada Kucing Anda?

Biasanya ianya terjadi apabila persekitaran atau bilik kucing terlalu kotor dan tidak bersih, maka berlakunya proses pembiakan kutu. Kutu adalah parasit yang membahayakan kesihatan kucing khususnya bahagian dalam dan luaran. Bagaimana ianya membiak? Anda boleh menonton sendiri melalui artikel yang diterangkan sebelum ini di Punca Kehadiran Parasit Cacing Dalam Badan Sicomel. Jika anda sudah faham dengan kitaran kutu serta pembiakan, kami akan terangkan lebih terperinci bagaimana cara untuk mengatasinya. Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk merawat kucing, boleh menggunakan servis kami dengan memilih pakej mandian (grooming) dengan harga yang sangat berpatutan.

Langkah Untuk Membasmi Pembiakan Kutu

Berdasarkan dengan pemerhatian dan pengalaman kami, pelbagai cara serta kaedah untuk membasmi pembiakan kutu ini dapat diselesaikan dengan mudah sekali bagi mengelakkan masalah kutu pada kucing anda. Selain itu juga memudaratkan pada anda serta keluarga jika ianya tidak di pandang serius dengan permasalahan ini. Antara langkah-langkah adalah seperti berikut:
  1. Anda perlu terlebih dahulu memandikan kucing sendiri yang menghadapi masalah kutu dengan mandian kutu atau boleh memilih pakej mandian (grooming) dari kami. Pastikan anda menggunakan syampu yang mempunyai PH yang sangat tinggi supaya apabila di gunakan ianya berkesan dan berfungsi mematikan kutu pada badan kucing. Antara syampu yang kami syorkan adalah Dr.Pets dan Machicko Flea Shampoo yang mempunyai PH yang dibenarkan dan sangat berkesan. Berhati-hati ketika memilih shampo kerana berkemungkinan tidak memberikan kesan pada kutu pada badan kucing.
  2. Kucing anda perlu di keringkan dengan segera menggunakan Pet Blower. Jika tiada, anda boleh gunakan pengeringg tangan atau kipas sebagai alternatif untuk keringkan bulu kucing dengan cepat kerana masih ada lagi saki baki kutu yang melekat pada bulu kucing.
  3. Selepas sahaja bulu kucing kering, anda perlulah membuat semburan dengan menggunakan produk Pet diatric Pet Safe atau Vime- Frondog kerana ianya berfungsi untuk mengelakkan kutu yang ada di persekitaran luar tidak lagi menghinggap pada badan kucing. Kemudiannya barulah anda meletakkan spot-on di atas leher kucing. Kenapa di atas leher kucing? Kerana disitulah tempat lokasi kutu akan berkeliaran dan menghisap darah. Spot on adalah sejenis racun cecair kelas II yang dibenarkan untuk haiwan peliharaan. Kami mengsyorkan anda memilih spot dari jenis Bayer Advantage-Cat dan harga untuk satu pipet RM15.00 sahaja
  4. Setelah selesai masalah kutu pada badan kucing, sekarang masalah dengan persekitaran ruang bilik kucing kerana anda perlu bersihkan ruang bilik kucing atau persekitaran kucing dengan menggunakan air panas dan larutkan 2 biji tablet Germisep kerana ianya selamat digunakan berbanding klorox. Bau germisep ini boleh menghalau serta mematikan kutu dan larva yang berkeliaran diatas lantai yang kotor. Larva ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan bentuk fizikalnya sangat kecil. In shaa Allah jika berpeluang akan kami kongsikan nanti. Dapatkan Germisep ini di Zul & Azizi Pets Centre, Cawangan Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.
  5. Untuk membasmi kutu 100%, anda perlulah menjaga kebersihan bilik kucing dan persekitarannya bagi mengelakkan kutu membiak. Amalkan menggunakan air panas dan germisep untuk lap lantai setiap hari. Pastikan kucing disembur dengan Vime- Frondog atau Petdiatric Petsafe setiap 1 minggu sekali. Keputusannya anda boleh lihat sendiri. Anda bebas dari ancaman kutu yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kucing dan juga anda.
  6. Dan satu lagi perkara bagi membasmi kutu, pastikan kucing anda perlu di beri ubat cacing untuk mengawal pembiakan parasit yang datangnya dalam badan kucing anda. Anda boleh melayari video yang kami kongsikan dalam artikel di Punca Kehadiran Parasit Cacing Dalam Badan Sicomel

kutu pada kucingkutu pada kucingkutu pada kucing

kutu pada kucingkutu pada kucingkutu pada kucing

Semua gambaran produk yang di tunjukkan boleh didapati di Petshop kami. Anda boleh berkunjung terus ke cawangan premis kami yang beralamat di:

Kedai Haiwan Peliharaan Dan Aksesori,
Zul & Azizi Pets Centre,
No.21G, Jalan PUJ 3/4, Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan,
Selangor.
WhatsApp: +6018-3555743

Jika tiada masa untuk mandikan kucing, bolehlah memilih pakej mandian (grooming) dan perlu membuat urusan temujanji untuk datang terus kepremis kami. Cuma di premis ini kami tidak memasang papan tanda perniagaan dan diberikan panduan untuk ke premis kami. Boleh hubungi kami di talian 014-7206120 (En. Zul). Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan artikel ini dan kami akan balas jawapan dengan secepat mungkin atau kongsikan pengalaman anda yer. Terima kasih

KOMEN ANDA

BLOGGER: 1
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content