Kucing Dewasa Betina Untuk Rehome!

Entri artikel kali ini tiada kaitan dengan tips dan kesihatan sicomel, ianya sekadar perkongsian bersama bagi menghebahkan kepada anda yang berminat untuk mencari kucing kesayangan untuk di jadikan haiwan pelihraan di rumah. Kami mempunyai seekor kucing dewasa betina yang berumur dalam 1 tahun lebih untuk di beri PERCUMA kepada pemilik baru yang tengah mencari kucing indoor dijadikan haiwan peliharaan.
Kisah Siti (nama sementara)
Siti di beri nama oleh salah seorang pelanggan kami dan kisah panjang tentang Siti sehinggakan kami menjaga sehingga sihat. Ketika itu waktu petang dan ianya berlaku di kawasan taman perumahan kami dalam perjalanan hendak ke kafe. Semasa perjalanan Siti dengan tiba-tiba melintas jalan dan kami tidak sembat untuk memberhentikan dan berlaku sedikit kecederaan pada kaki Siti. Jika di biarkan kecederaan Siti, pasti tidak akan terubat dan kami nekad untuk membawanya ke Klinik Haiwan yang berdekatan dengan Kafe kami. Siti di masukkan wad selama 1 minggu dan segala kos rawatan dan perubatan di tanggung sepenuhnya oleh kami.Apabila Veterinar membuat pemeriksaan keatas kecederaan di kaki Siti, doktor mengatakan tiada apa-apa kesan patah pada tulang kami cuma sedikit kecedaraan pada jari Siti ketika itu dan Siti di beri ubat antibiotik semburan untuk jarinya. Dan selepas sahaja keluar dari wad, Siti di tempatkan di dalam sangkar di petshop kami dan di jaga dengan teliti sehingga luka jari Siti sembuh sepenuhnya. Dan kini Siti sihat seadanya seperti kucing-kucing yang lain.
Latarbelakang Siti (nama sementara)
Nama Kucing: Siti (nama sementara dan boleh ditukar dengan keselesaan pemilik baru)Jantina Kucing: Betina
Umur Kucing: 1 Tahun ++
Warna bulu Kucing: Putih Kelabu
Warna Mata Kucing: Biru Cair
Keterangan Kucing:
Sihat, aktif, manja dan pemalu (😺😺😺😺😺). Belum di kembirikan dan ada tanda-tanda onheat sebelum ini dan kami tidak lepaskan Siti di luar untuk mengelak dari mengandung. Sudah dewormed, cuma di nasihatkan pemilik baru terus kembirikan untuk tujuan gemuk dan makin sihat tanpa stress. Warna bulu kucing seakan baka siamese. Siti sebenarnya adalah kucing jalanan yang dilanggar oleh kami dan dirawat sehingga sihat. Kini, Siti dibawah jagaan kami buat sementara waktu sehingga kami mencari pemilik baru yang sudi menjaganya. Mungkin anda akan terjatuh cinta dengan Siti apabila melihat Siti nanti. Percayalah kata Dato' Siti Nurhaliza.
Saya berminat nak jadi Pemilik Baru Kepada Si Siti ini? Bagaimana?
Mudah jer pun! Anda boleh whatsApp kami di link ---> www.wasap.my/+60172041096/PemilikBaruSiti. Sekarang semuanya hanya dihujung jari, anda cuma klik link yang diberi dan terus ke aplikasi whatsApp. Anda tidak perlu simpan nombor terlebih dahulu (cara manual) untuk whatsApp dengan kami. Anda terlebih dahulu perlu membuat temujanji dengan kami untuk datang mengambil Siti dengan tujuan senang untuk kami memberi penerangan lebih terperinci tentang Siti.Jika anda berminat/ berkenan dengan Siti ini, boleh terus whatsApp kami di www.wasap.my/+60172041096/PemilikBaruSiti atau hubungi kami terus untuk temujanji. Anda juga dibenarkan untuk viralkan info ini. In Shaa Allah, dengan usaha anda untuk viralkan, hanya Allah sahaja yang membalasnya.
cutenyaaaaaaaaaaa
DeleteComel dan cute...
DeleteKucing ni still ada lagi ke?
DeleteMasih lagi available.. Jika betul-betul berminat boleh contact kami di 017-2041096 untuk urusan adoption. Terima kasih
Delete