$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!        YOUR AD HERE!    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Kehebatan Cuka Epal Dalam Rawatan Alternatif

Kehebatan Cuka Epal Dalam Rawatan Alternatif

cuka epal[full_width]Kehebatan Cuka Epal Dalam Rawatan Alternatif | Pernah tak anda terfikir cuka epal juga adalah salah satu rawatan dan perubatan alternatif khusunya kucing yang mengalami kutu, hama dan fungus? Sebelum itu, kami terangkan sedikit tentang apa yang di maksudkan dengan cuka epal? Adakah cuka epal ini sama dengan cuka tiruan? Tidak sama sekali! Cuka epal adalah merupakan cecair berwarna coklat yang terhasil dari buah epal dan telah di gunakan dalam perubatan sejak tahun 400 SM dahulu. 

spray bottleDicadangkan penggunaannya oleh doktor sejak dulu lagiuntuk rawatan haiwan seperti anjing dan kucing. Ianya merupakan agen semulajadi melawan bakteria yang efektif dan mengandungi pelbagai jenis mineral di samping menyumbangkan pelbagai jenis manfaat kepada kesihatan badan khususnya pada haiwan peliharaan anda.

Pakar nutrisi, Dr Alicia McWatters, Ph.D., C.N.C, telah menyarankan penggunaan cukal epal sangat sesuai pada haiwan seperti anjing dan kucing. Cuka epal ini dapat membantu pencernaan dalam organ dan alergi pada luaran badan haiwan seperti mata berair, selsema, batuk, jangkitan kulit, kutu & hama pada bulu anjing atau kucing. Penggunaannya sangat mudah hanya di campurkan dengan air dengan sukatan 1:1 dimana 1 untuk sukatan air dan 1 lagi untuk sukatan cuka epal.

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan penggunaan cuka epal
  • Cuka epal mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang sangat penting demi menjaga kesihatan haiwan peliharan anda seperti anjing atau kucing
  • Neutral dan keseimbangan PH pada tubuh badan anjing atau kucing
  • Merawat jangkitan kulit atau bulu yang mengandungi kutu atau hawa dengan cara menyembur atau memandikan mengikut sukatan yang telah di tetapkan.
  • Cuka epal juga dapat merawat kucing yang mengalami Jangkitan Salur Kencing (Feline UTI) dan sistem imunisasi dalam badan haiwan khususnya
  • Mencegah dengan cara membuat semburan pada sangkar, tempat permainan dan tempat tidur kucing bagi mengelakkan kutu, hama dan bakteria membiak.
Selain itu, Dr Alicia McWatters juga menyarankan agar mencampurkan sedikit sukatan cuka epal kedalam bekas minuman agar bebas dari bakteria. Malah cepat larut dan berfungsi dalam badan haiwan jika ianya di minum. Tiada apa-apa kesan sampingan, malah haiwan peliharaan anda akan mencapai kesihatan yang optimum.
Antara bahan-bahan penting yang di perlukan dalam mencegah serta rawatan alternatif untuk haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing khususnya adalah seperti berikut:
  • Cuka epal pilihan
  • Botol penyembur untuk tujuan penyemburan pada sangkar kucing, tempat najis, tempat bermain dan tidur
  • Baldi untuk tujuan bekas mandian pada haiwan peliharaan anda
  • Air bersih untuk di campurkan dengan sukatan cuka epal
  • Tuala bersih/ tuala getal yang mudah untuk menyerap air dalam proses pengeringan bulu haiwan peliharaan.
  • Kipas/ blower angin/ vacum angin/ hand dryer tujuan untuk proses pengeringan bulu
Selamat mencuba dengan tips kesihatan kami untuk haiwan peliharaan anda! Jangan lupa kongsikan info ini pada kawan-kawan anda yang membela haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen di ruangan artikel entri ini yer! Terima kasih!

Kehebatan Cuka Epal Dalam Rawatan Alternatif

KOMEN ANDA

BLOGGER: 10
  1. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Cuka epal memang supplemen terbaik. Saya amalkan bersama dengan lemon, halia, madu dan bawang putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....tak perlu makan tambahan supplemen yang lain dah :)

      Delete
  3. boleh sy tau sukatan byk mn nk bg kucing makan cuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 sudu kecil dah sudah memadai dan campurkan dengan air tapis. Kena amalkan setiap hari atau boleh campurkan dalam air minuman kucing. Terima kasih :)

      Delete
  4. Bole hilangkan bersin dan kurap kucing tak😿😻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk bersin tidak sesuai tetapi untuk kurap boleh dengan cara mandian pada kucing tersebut dan kemudian dengan bilasan air bersih. Kemudian perlu buat pengerisan pada kucing tuan yer. Terima kasih :)

      Delete
  5. Assalam, sy ada terbaca satu artikel.. cuka epal juga bagus untuk pulihkan kucing Fip.. ada sesiapa boleh kongsikan pengalaman ?

    ReplyDelete
  6. Anonymous9/20/2023

    Hi. Kalau nak sembur pada kucing yg ada kurap dan jangkitan fungus, bagaimana sukatan dia ye? And lepas sembur kena bilas ke or Biar kan sahaja?

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content