$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!    title=    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Put To Sleep @ Matikan Dengan Suntikan

Put To Sleep @ Matikan Dengan Suntikan

Put To Sleep @ Matikan Dengan Suntikan. Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing bersedih). Assalamualaikum & Selamat datang di laman web rasmi Hotel Kucing & Spa Kinrara, Zul & Azizi Boarding Pets. Semoga kehidupan hari ini lebih baik dari kehidupan semalam. Amin. Sedih kami jika mendengar perkataan 'Put To Sleep' (PTS).

Di dalam entri Wordless Wednesday 18.11.2015, kami ada tunjukkan gambar keadaan kucing yang telah mati dan di suntik dengan sengaja. Ya Allah! betapa kejamnya manusia. Mungkin di antara anda masih tidak tahu maksud sebenar 'Put To Sleep', bukan? Put To Sleep (PTS) bermaksud matikan sesuatu dengan sengaja melalui suntikan.

Kenapa Perlu 'Put To Sleep' (PTS)?
  • Populasi yang terlalu banyak dan tidak boleh dikawal
  • Sesuatu penyakit virus atau bakteria yang tidak boleh di ubati atau di cegah dan boleh memudaratkan
  • Sesuatu yang boleh mengancam nyawa khusunya pada manusia
Mengikut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, setiap hari lebih kurang 70,000 ekor anjing dan kucing dilahirkan. Tetapi cuma sebahagian sahaja daripada jumlah tersebut yang mendapat penjagaan dan perlindungan dari keluarga yang penyayang. Berdasarkan statistik juga, 4 sehingga 6 juta kucing dan anjing menggunakan kaedah Put To Sleep (PTS) kerana tiada tempat untuk mereka di pusat-pusat perlindungan haiwan.

Seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat, begitulah juga keadaannya di Malaysia. Lebih menyayatkan hati apabila haiwan-haiwan jalanan diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh manusia-manusia durjana kemudian tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya. Di Malaysia, penderaan dan penyeksaan haiwan tidak dipandang serius di negara kita. Ini kerana walaupun setelah 54 tahun kita merdeka, Akta Haiwan 1953 masih diguna pakai. Di dalam entri Akta Penderaan Haiwan di Malaysia Dipinda menyatakan pesalah laku jenayah terhadap haiwan akan dikenakan hukuman denda maksimum berjumlah RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan tetapi telahpun di pinda.

Pandangan tentang kaedah 'Put To Sleep' (PTS) dan penyelesaiannya
Dari segi Akta Haiwan 1953, menggunakan kaedah 'Put To Sleep' di kira pesalah laku jenayah terhadap haiwan kerana mematikan haiwan dengan sengaja melalui suntikan? Betul tak? Di kira salah laku jenayah terhadap haiwan yang tidak bersalah kerana sebab penyakit atau virus yang tidak boleh di rawat- Guna rawatan alternatif... :-D

Pada pendapat dan pandangan kami, menggunakan kaedah 'Put To Sleep' pada haiwan kesayangan Nabi S.A.W khususnya kucing adalah di anggap kejam kerana ianya telah melanggar hukum Allah walaupun ianya di nasihatkan oleh doktor veterinar. Kenapa pada haiwan dan kenapa tidak pada manusia yang mempunyai virus dan boleh memudaratkan pada orang lain? Mesti akan di anggap kejam dan melanggar undang-undang Allah dan juga manusia, bukan? Anda sendiri boleh fikir logiknya.

Sebagai pencinta kucing seperti kami, tidak perlulah menggunakan kaedah 'Put To Sleep', banyak lagi rawatan alternatif manusia yang boleh di gunakan pada haiwan khusunya dan selebihnya perlu tawakal dan berdoa agar keajaiban akan berlaku. Hanya sekadar mendengar nasihat doktor veterinar yang merujuk kepada kaedah teorinya semata-mata.

Kesimpulannya, di dalam entri Patut ke tak patut?, ada memberi pendapat agar perkara ini boleh di selesaikan jika menggunakan akal sebaiknya. Apa pandangan anda pula dengan kaedah 'Put To Sleep' (PTS)? Tinggalkan komen dan pandangan serta suara anda tentang kaedah ini... :-D

KOMEN ANDA

BLOGGER: 79
  1. bila xnk populasi brtmbh, mandul itu yg terbaik kan...
    kesiannya tgk .. trsntuh hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong tu....kena banyak buat kempen untuk mandulkan kucing dari ianya bertambah populasinya...Demi menjaga kepentingan maslahah Ammah dan hukumnya adalah HARUS....

      Delete
  2. sedihnyaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat2 sedih kalau haiwan di perlakukan sebegini... apatah lagi hati seorang pencinta kucing... :-(

      Delete
  3. salam.. cam mane nak contact ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam....contact kami di 014-7206120. Terima kasih... :-D

      Delete
  4. Bergantung juga pada keadaan kucing dan tahap kecederaannya. Perah sekali kucing jiran saya ada kecederaan yang teruk di ekirnya sehingga berlaku jangkitan di organ dalaman. Oleh tidak boleh diselamatkan, veterina mensarankan kepadanya untuk menggunakan kaedah "put to sleep" agar kucing tidak merana ketika mati nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggup dan tak sanggup jer...Itu sahaja :)

      Delete
  5. Kucing saya akan dimatikan oleh kakak saya. Tanpa persetujuan atau izin saya.
    Alasan tak larat nak jaga. sbb kucing tu saya amik kat tepi jalan, so ofc la ada cacat cela mana2.
    Kucing saya akan dimatikan hari ni, tengahari. TP SAYA ADA minta mak saya tlg hentikan semua tu.Dan saya masih away from home. Mampu menangis je sbb tk mmpu nak selamatkan dia. Insyaallah saya balik hari khamis ni nk tuntut justice utk kucing saya. DOAKAN SAYA SMPt jumpa kucing saya. walaupun kucing jalanan, kucig buangan,saya tetap syg dia mcm nyawa saya. ...����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa sampai mcm tu yer? Tak boleh tolerate ka dengan kakak & emak? At least bagi lah kucing tu peluang untuk hidup macam kita... :(

      Delete
  6. Kucing sy mengidap penyakit FIP...patutkah sy PtS memandangkan sy tengok dia xlalu mkn asyik murung..bila sy pegang badan dia ada kedengaran tulang bunyi dan air dlm perut tu sy dh buang 80% dah..ini kali kedua buang air tu dan kali ni dia mmg takde respon mcm kali pertama.. 😢😢 sy buntu dan sy kesian tgok keadaan dia... 😥😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan pertama dari kami, apa hak kita sebagai hamba Allah untuk mematikan kucing yang mengidap FIP? Kita manusia di beri akal sebaik untuk mencuba dan berusaha untuk merawat kucing dengan pelbagai kaedah. Cubalah usaha untuk memberi suppliment yang boleh menguatkan sistem imunisasi seperti transfer factor, semburan air garam bukit dan banyak lagi. Lebih baik dan seeloknya, biar kucing tu "pergi" secara semulajadi tanpa apa-apa suntikan untuk cara mematikan dengan sengaja. Itu lagi tersiksa.. :(

      Delete
    2. Anonymous9/25/2017

      selain TF dan garam bukit, ada x lg kaedah alternatif utk kucing yg mhidap FIP, i mean utk at least bantu dia kuat sikit. utk makluman, sy sedang merawat kucing yg disahkan FIP, kucing ni kucing jiran sy, tp semua kucing2 dia setakat ni bila sakit, sy akan letak kat rumah sy. kucing ni sy dh hentikan bg steroid sb sy nmpak otot kaki dia semakin mengecil lps bbrp hari amik steroid (stroid ni vet yg bg utk prolong nyawa dia). sy dh bg dia TF, kalsium dan air daun kelor (daun kelor juga baik utk baikkan saraf). mula2 nmpak makin baik..tp sejak mggu lepas bdn dia nmpak lemah sgt, kdg2 nmpak mcm nazak. pagi td masa suap dia mkn, air mata dia mengalir xbhenti. sy dpt rs dia tgh sgt terseksa tp sy juga xtgamak nk tidurkan dia. ada x cara lain yg saudara tahu yg blh sy guna utk bantu ringankan beban kucing tu..?

      Delete
    3. Mengikut pengalaman yang ada, kami akan gunakan TF dan glukos untuk berikan tenaga serta fungsi TF itu sendiri adalah membantu untuk menguatkan sistem imunisasi dalam badan kucing. Kita sekadar usaha dan selebihnya berserah pada Tuhan. Semoga di berikan kekuatan pada kucing tu yer :(

      Delete
    4. Saya pon lagi sedih kucing-jalanan da cam kucing kesayangan hidap HIV-Aids n kidney dia da hilang n Vets sarankan PTSleep. Sejak sakit tiap hari saya beri minum air zamzam walau kurus. Tiap hari saya doa biar ia pergi dgn aman. Dia juga mahluk Allah yg harus dihormati😭😢

      Delete
    5. Usaha mana yang kita rasa mampu dan kita sebagai manusia biasa tiada kuasa untuk melawan takdir. Jika diberi kesempatan untuk kucing itu hidup lama, itu semuanya kuasa Allah... Selebihnya Kita hanya mampu berdoa dan tawakal sahaja selepas apa yang di usahakan... In sha Allah :)

      Delete
  7. Pencinta kucing10/20/2017

    Salam, kucing saya mengidap soporo sejak tahun lalu. Sejak tu saya merawat dia. Ubat dari klinik dan TF jugak diberikan secara konsisten. Namun sudah setahun, lukanya tetap sama. Malah makin meluaskan jajahan. Saya kurung kucing tu sbb saya tinggal dlm kawasan perumahan. Dgn tu sy dpt memastikan keselamtan kucing dan org lain.

    Bkn saya nk cakap berputus asa, tapi saya kesian tgk kucing sy tu sbb terkurung dan lukanya yg tak pernah kering malah makin bertambah sedikit demi sedikit.

    Utk kes ni patutkah saya PTS kan kucing saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....

      Masih ada harapan dan usaha untuk sembuhkan kucing yang mengalami sporo...selain dari TF dan ubat dari klinik, sila dapatkan ubat sporanox dan setakat ini boleh mencegah dari merebak secara berleluasa.. Ini adalah link gambaran sopranox untuk awak sendiri dapatkan antibiotik ni yer...


      https://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjN39iOlojXAhVHLY8KHVH0AKMQjRwIBw&url=http%3A%2F%2Fwww.hkapi.hk%2Fmedicine_detail.asp%3Fmid%3D855&psig=AOvVaw2Gjoq3t41xM1ZSSc8BJLEg&ust=1508897163034555

      Delete
    2. Same as me bro keliru mcm mna takut kalau buat akan berdosa kalau tak buat rasa kesian terseksa kena kurung and ya makan ubat beedozen dozen

      Delete
    3. put to sleep lebih bik utk dia dan kita. karena sporo boleh berjangkit juga kpd penjaganya. dn saya baru saja put to sleepkan aanak kesyangaan saya hari ini.saya tak pernah berpikir luka2 di badnnya yg tak pernah hilang itu sporo.hari ini saya bawa ke doc vet.krn luka bernananh dan berulat di kakinya tyt adalah sporo.saya redho dia pergi agar dia dpt berbahagia dari pada terseksa sakit sepnjang hayatnya.

      Delete
    4. Anonymous12/01/2022

      kalau kucing kene sporo, lumurkan dengan minyak goreng ikan dan biarkan selama 5-6 jam..selepas tu mandikan dia...sangat mujarab dan kos sgt rendah..kucing jalanan yang sy bantu kena sporo sebelum ini pulih dengan izin Allah S.W.T setelah sy lumurkan dengan minyak tersebut..

      Delete
    5. Anonymous3/21/2023

      jgn PTS.kucing penah kritikal sbb kuman dlm darah n jadi luka separuh badan.doc sampai suruh PTS. i x sanggup n lastly i bawa ke veterinar upm n diorg rawat smpi baik n x sangka kucing i sembuh. Allahuakbar 🤲

      Delete
    6. Anonymous5/07/2023

      Kucing tu kite tglkan di sana atau kne bawa blk rumah.

      Kucing sy br disahkan sporo. Suami sy mengamuk dan dia mara kerana sebelum ni dia kne jangkitan kulat di leher dan disebabkan dia ada kencing manis jangkitan jd lg teruk. Kne operate 3x tiap2 hari cuci luka n selepas 3 bln br sembuh. Xtaula kulat tu sbb kucing atau ape tp suami asik salahkan kucing sy.

      Sy sgt dilema suami suruh PTS sbb dia takut risiko pada diri dia.

      Sy nk ikhtiar jaga tapi suami kata apae2 jd pada dia sy kne tangung.Ape ptt sy buat.

      Delete
  8. Salam, kucing sy pun ade menghidap epnyakit sporo. ubat klinik semua sy dah try, tapi mmg x berkesan. ubat sporanox pun mmg sentiase sy bagi makan. still tak ade perubahan. bahkan makin teruk and skrg kaki die empat2 dah luka habis, hidung dah berlubang.. Kulit Badan dah berkerak2.. Skrg die mmg dah x nk makan. Minum je. Mata sebelah kiri dah start kena infection sporo dah..sy x sanggup nk terus tgk die terseksa mcm tu.. Keluarga sy semua sarankn pts je drpd terus seksa die mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanAllah....dah cuba consume dengan suppliment Transfer Factor? Kebiasaannya ramai pelanggan kami yang mempunyai masalah penyakit sporo ni telah berjaya atasi masalah ini. Tapi apapun kami tiada hak untuk memberi keputusan sama ada ianya perlu di "PTS" ataupun tidak... Apapun kita berserah dan berdoa pada Allah supaya kucing awak di beri kekuatan semangat untuk melawan penyakit sporo... :(

      Delete
    2. Anonymous12/14/2017

      Mohon Tanya... Apakah kaedah Suppliment Transfer FActor ?

      Delete
    3. Kaedahnya biasa sahaja skdr consume penggunaan Suppliment Transfer Factor kerana ianya di estrak dari susu awal lembu (kolostrum) dan kuning telur ayam... Itu sahaja... Nak tahu selanjutnya boleh google yer. Terima kasih :)

      Delete
    4. Anonymous12/01/2022

      kalau kucing kene sporo, lumurkan dengan minyak goreng ikan dan biarkan selama 5-6 jam..selepas tu mandikan dia...sangat mujarab dan kos sgt rendah..kucing jalanan yang sy bantu kena sporo sebelum ini pulih dengan izin Allah S.W.T setelah sy lumurkan dengan minyak tersebut..

      Delete
  9. Anonymous11/24/2017

    Assalammualaikum saya ada seekor kucing sudah seminggu lebih dia lumpuh setengah badan ke bawah dah bawak ke doctor dah bagi mcm2 ubat tapi kaki bawah dia dah makin kurus sbb xdak pergerakan. Family pon mcm dah putus harapan tgk kesian sgt dia terseksa nk mkn pon x byk n kencing dan berak pon susah dia nk teran. Kami dah x tahu nk buat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kekurangan kalsium dalam badan kucing. Sebab kucing kami pun pernah mengalami perkara yang sama, kaki belakang mengecil dan kurus kerana kekurangan kalsium dalam badan. Nasihat kami masa bagi makan tu campurkan sedikit serbuk kalsium sugar glider ( boleh beli di petshop) dalam makanan atau minuman setiap hari. Dan tengok seminggu perubahan selepas bagi suppliment kalsium pada kucing tu... :)

      Delete
  10. kucing sy ada virus sporo.. baek cube rawat die smpai baik.. Dri buat cmtu,sedih la ..kesian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Gunalah akal sebaiknya mungkin dan elak sama sekali dengan teknik matikan kucing (put to sleep)..sedihnya tau!

      Delete
  11. Anonymous3/19/2018

    For me kadang2 kalau owner dah cuba sehabis baik, dari rawatan veterinar sehingga rawatan alternatif. Bagi supplemenet dan mcm2 lagi. Tapi kalau condition kucing dah semakin teruk, kita tgk dia pun kita tau dia dalam keadaan terlalu sakit utk teruskan hidup. Kita bg apa pun dia akndah muntah keluarkan.balik dan boleh nmpk setiap kali muntah dia sakit sgt2. Bdn makin kurus sampai tinggal tulang. Utk keadaan mcm ni mungkin boleh consider PTS. Bukan menidakkan hukum Allah, tapi kalau kita dah cuba sehabis baik, usaha kita Allah nampak, dah redha dan tawakal, cuma kucing tu nampak makin tersiksa nk teruskn.hidup kat situ kita boleh cuba fikir apa yg terbaik. Sy xckp sy sokong PTS, cuma benda2 mcm ni, owner yg mengalami je tau mcm mana perasaan dia. Lagi2 kalau kucing bergantung pada force feed semata2 dan xnak mkn/minum langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sokong 100% dengan kenyataan tuan! Terima kasih :)

      Delete
    2. Betul.. Bukan kata x syg.. Tp dah mcm2 cara buat.. Kos hantar vet jgn ckp la.. Tp keadaan mcm tu jugak.. Kita yg mnjaga,tgk x smpi hati.. Dr dia hidup seksa smpi akhir hayat

      Delete
  12. salam, saya ada bela kucing yang datang sndiri ke rumah . dekat 1 tahun lebih saya bela . balik dari kerja saya tengok kucing saya baru lepas dari accident teruk , rahang dibahagian bwah muka hancur , menyebabkn lidah nya terkulai dan hampir putus , dah tak mampu makan atau minum apa2 .. masih hidup dan saya tak mampu lakukan apa2 .. apa saranan terbaik ? terima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. SubhanaAllah... Kesiannya melihat keadaan kucing sebegitu. Kami sarankan cuba bawa ke klinik haiwan berdekatan untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan selanjutnya dari doktor veterinar. Terima kasih

      Delete
  13. kucing saye bru disahkan menghidap sporo. Doktor ad menerangkn mengenai penyakit ini dan ad mencadangkan PTS. Saye menolak cadangan itu tpi dgn keadaan saya yg berstatus pelajar dan ketiadaan sumber kewangan... saya jadi buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mcm tu cuba dapatkan pertolongan dari mana-mana pencinta kucing yang ada dalam facebook. Terangkan dengan detail untuk dapatkan sumbangan dari pencinta kucing yang lain. In Shaa Allah mungkin dapat membantu. Terima kasih :)

      Delete
  14. Kucing saya buta..jd bila makan dia agak memilih. Makin lama makin taknak makan, dan skrg dah makin lemah, badan dah tinggal tulang je. Berat dia 1.5kg saja utk usia dia setahun lebih. Forced feeding dah seminggu. Dia mmg tak boleh nak urus diri dlm litter box .mmg terbaring saja dah. Sy alas dgn tisu tebal dan ganti tiap kali dia kencing. Pagi td dia muntah darah .lps tu till now tak mahu makan, kalo saya force feeding even air, dia mcm susah nak menelan. Air liur dia meleleh saja dan mulut berbau busuk.
    Sedih sgt tgok keadaan dia. I am considering PTS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. air liur meleleh dan mulut busuk? Parvo kah? Boleh rawat lagi ni. . Cub ikhtiarkn. . dan pastikn dibawak veterinar dlu

      Delete
    2. Minta khidmat nasihat doktor veterinar anda demi kebaikan kucing tuan selain memilih jalan untuk PTS. Apa-apa pun bukan bidang kuasa kami untuk memberikan jawapan tuan memilih PTS selebihnya boleh tanya ustaz. Terima kasih :)

      Delete
  15. Anonymous4/11/2019

    kucing saya ada toxoplasmosis dan jd aggresive. igtkan dia aggressive dgb kucing je. tp td dh serang manusia. mmg betul2 serang mcm kucing gila. sedih sgt rasa tp mmg tak boleh jaga kucing ni dh sbb bahaya ky rumah ada kucing lain dan anak kecik. kalau sakit je tak aggresive no problem tp kalau dh serang .. merbahayakan manusia lain... nk dilepas keluar pun takut bahayakan org ramai.. di kurung pun aggresive.. rasanya tak de choice tp pts je.. sedihnya tak tau nk ckp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru saja memilih put to sleep utk anak kesayangan yg saya bela sejak kecil.skrg sdh berumur 2 thn.barubsaja saya kuburkan dibelakang daour dimana dia selalu bermain.menangis dan hancur hati saya sebab dia terkena sporo.sdh spi tahaf kakinya bengkak bernanah,demam dan badannya penuh dgn luka yg tak oernah sembuh.walau tiap hari saya sdh beri ubat luka dan vitamin utk imunitas badannya.doc vet sarankan saya utu out to sleep..san saya oulih itu utk kebaikan dia,saya dan anak2 berbulu lainnya di rumah.karen apenyakit ini berjangkit utk manusia juga sesama kucingmay redho melepasnya utk kebaikan semuanya.semoga allahpun redho atas tindakan yg saya pilih ini.

      Delete
    2. Kami faham perasaan tuan. Apa-apa pun tanyalah ustaz mengenai nasib kucing tuan. Jika ianya mengancam dan membahayakan orang lain, mungkin ada cara lain selain PTS. Terima kasih :)

      Delete
  16. Kucing sya yg sya jaga da 3 thn lebih tiba2 kena serang sawan,doktor suspek kucing sya ada virus toxoplasmosis,kdg2 dia boleh jadi aggresive, satu hari dia boleh dpt serangan sawan sampai 30 kali..da seminggu berlarutan,da bw pergi sampai 3 klinik berbeza utk dapatkan rawatan yg terbaik,mmg da berhabis banyak duit, sya mmg sdh sampai satu tahap tak boleh tengok keadaan dia lagi,lebih2 lagi sya dan suami bekerja seharian,sya takut kalau apa2 jd waktu ketiadaan kami..mmg sya terfikir nak pts,sbb tak sanggup tengok keadaan dia mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum buat keputusan tu, bolehlah tanya ustaz sebab bukan bidang kuasa kami untuk menentukan hak tuan memlih jalan PTS. Terima kasih :(

      Delete
  17. Anonymous3/31/2020

    Saya ada seekor kucing jantan berumur 2 tahun lebih.Tinggal di luar rumah. Beri makan dan minum siang malam. Boleh dikatakan saya jaga. Kucing ni dulu aktif dan suka bergaduh. Balik luka luka dan bila sakit bawa ke klinik.Kini kucing ini sakit dan disahkan AIDS dan berada dalam jagaan di klinik. Keadaan semakin kurus. Dalam dilema nak bawa balik atau tidak. Kos klinik dah meningkat. Saya tidak mampu jaga nak bagi ubat dan dan tinggal di klinik kos pula. Doktor ada cadang PTS. Mohon nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIDS untuk manusia, manakala untuk kucing adalah FIP (Feline Infectious Peritonitis). Tuan boleh menggunakan TRANSFER FACTOR sebagai alternatif untuk merawat FIP. Transfer Factor adalah suppliment yang membantu mengguatkan sistem imunisasi malah boleh melawan FIP. Ini sekadar nasihat terbaik dari kami selebihnya terpulang pada tuan sendiri. Tanyalah khidmat nasihat ustaz mengenai hal tuan ini kerana melibatkan hukum hakam. Terima kasih :(

      Delete
  18. Kucing sy umur 12thn..skang dia hidap fip.. Doc soh sy buat pts.. Tp sy xsmpi hati..tp malang nya lepas buang air di paru2 tu, kucing sy Nmpk x happy.. Dia mcm teseksa.. Xnk makan.. Hanya minum je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sedihnya. Tuan cuba bagi TRANSFER FACTOR, mungkin Dengan Izin Allah, ia akan membantu mengurangkan terseksanya kucing tuan tu. Terima kasih :(

      Delete
  19. Salam nak tye kucing saya kaki dia bernanah dan ade ade bakteria kat kaki dia...doktor suggest utk ptong kaki dia adakah ini cara yang sesuai utk selamatkan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ianya memudaratkan kucing tuan, buatlah keputusan sebaiknya yer. Terima kasih :)

      Delete
  20. Salam, saya baru sahaja baca fatwa yang dikeluarkan oleh pejabat mufti. Mereka lampirkan pandangan2 islam dan pts adalah haram. Tetapi jika kucing tersebut dibiarkan hidup dan lebih memudaratkan dan terseksa dari euthanized. maka dibolehkan. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Islam itu mudah. Jika ia memudaratkan dan terseksa, maka dibolehkan untuk PTS tetapi bagi pencinta kucing sudah pasti tidak sanggup untuk melihat kucingnya di PTS. Terima kasih :)

      Delete
  21. Saya ade baby kucing yg bengkak tangan dan bernanah..dah bwak pergi vet utk kuarkan nanah tu n luka tu dibiarkan terbuka..dokter ckap tulang die dah hancur..mmg sedih sgt2..tak sanggup tgk bile die nangis..berak pun mmg kne tlong..tpi die kuat semangat..sy slalu cuci luka die dengan air suam n ubat yg dokter bagi siap dengan iodin lagi..tpi still mcm tu jugak..sy tawakkal je ..ubat sume dah bagi..tpi die still lemah jugak sebab die baby lagi..sy redha kalau die cacat takde tangan dari die mati..buat mase ni mmg sy bagi je sume ubat yg dokter bagi..smpai lembik die lepas makan ubat..setiap satu jam sy akn bangun tgk dia..kalau die tidur sy biarkan..tpi kalau die bangun sy akn bagi die mkan n minum supaya die tak lemah..tpi tu la,,die makan pun sikit je..tak sanggup tgk die sakit dengan tangan yg berlubang tu..doakan supaya baby cepat sembuh dan menjalani kehidupan dia dekat dunia ni..sumpah sedih sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman tuan. Kami disini juga terharu dengan usaha tuan yang terbaik untuk kucing supaya membesar dengan sihat. Kami doakan kucing tuan sihat seadanya seperti kucing-kucing di luar sana. Terima kasih :)

      Delete
  22. Kucing saya demam 3 bulan Lepas.. tak nk mkn u at so last month bawa pegi injection dua kali for antibiotics. Lepas 3 minggu jadi teruk, hilang appetite. Kdg2 mulut dia keluar saliva bubbles. Semalam bawa pegi vet, my 11 yrs old cat advisable buat blood test and x-day. Doctor kata jaundice,Lung ada air and mata dia dah kuning. Mata kuning ni Abang dia pernah dpt & I have to PTS 10 yrs ago. So tanya Doctor lagi chances of him recover Lepas all expensive tests - no assurance katanya so I decided to bring Bino home. Sedih tengok dia tak nk mkn & minum. Doctor estimated he has few weeks or less to live.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami juga turut sedih dengan kucing tuan. Buatlah yang terbaik untuk kucing tuan itu supaya ianya sihat seadanya. Kami doakan agar kucing tuan sepat sembuh. Terima kasih :(

      Delete
  23. Jtuh air Mata sy baca. Bru terdetik di hati nak pts kucing sy jumpa setahun lalu. Budak tu Sporo. Dah xsanggup tgok dia menderita. Dah ramai yg advise pts msa awal2 jumpa tpi sy gagahkan diri Juga nk Jaga tpi xtau napa smnggu kebelakangan ni hati da goyah. xSangka Juga sy google berkaitan pts ni blog ni dlu kluar. Berdosanya sy. Budak tu dri awal sy Jaga walaupun badan da buruk tetap kuat semangat nk hidup. Kejamnya sy berniat nk pts kn dia. Doakan sy Moga sy trus kuat bkerja utk ubat2 dia dn hati sy kuat utk rawat dia. Terima Kasih sedarkan sy. Dorang xboleh ckp. Tpi Klu btul dia dah xlarat hidup Allah da ambil dia lama da. Ni Tak. Allah uji sy utk rawat dia walaupun da mcm zombie. Sungguh sy xkuat. Btul2 xkuat. Buntu... Semua Ada. Sy sendiri Xsngka sy terfikir nk ptskan dia. Allahuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12/26/2020

      Allahu,....sy pun ada mslh yg sama.
      Sedih dgn keadaan dia. Tp x smpai hati nk PTS. Ada trfikir juga sbb x mampun nk bg ubat dan jaga dia. Tiap kali nak bg ubat kena brgelut, dan kudis² dia kan brdarah ������

      Delete
  24. Anonymous12/26/2020

    Ada kucing jalanan yg dtg ke rumah sy, tp dia ada sporo. Dh bwk ke vet krjaan mcm.makin teruk. Bwk pulak le vet swasta,..juga xda perubahan. Sy xda kekuatan utk bg ubat mkn,..ubat sapu pun jenuh brperang setiap kali nk bg. Bole ka sy nk buat PTS sj sbb kesian tgk keadaan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ianya memudaratkan dirinya, tuan buatlah keputusan yang terbaik untuk PTS :)

      Delete
  25. Anonymous12/29/2020

    kalau kucing tu sakit dan tiada harapan sembuh, bukankah mati lebih baik baginya walaupun itu perit?
    bukankah membiarkan ia menderita panjang itu lebih kejam dari mematikannya dlm keadaan yg lembut?

    -pencinta kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam itu mudah. Jika ianya tiada harapan, buat keputusan sebaiknya dan berserah kepadaNya...

      Delete
  26. Assalamualaikum w.b.t Saya doakan dimurahkan rezeki kepada hamba Allah yang sudi baca komen@luahan hati sy smpai habits. Salam subuh sahabat2 sekalian. Sy dari kelantan.. Kat sini saya nk carita pasal kucing kesayangan sy.. Dia dijangkiti 1 virus (pernah pergi vet tp lupa apa nama virus tu). Tp doc cakap virus tu sama macam virus corona. Maksud doc kat situ, virus yg kucing sy kene tu tiada ubat Dan ada 6 bulan lagi hayat dia. Symptoms dia, xmakan, byk minum air, tido dlm tndas atas lantai yg basah, making hati makin kurus walaupun sy paksa makan. Perut kembung tp penuh dgn air. Xboleh melompat walaupon setinggi 20cm. Dan skrang dah xboleh berjalan dgn betul, tgn kanan dah xberfungsi. (baru sbulan dah mcm tu keaadaannya). Ya Allah sebak dihati Allah je tahu. Hari2 berdoa agar dia mati awal. Sy memerlukan ubat yg boleh mematikan terus jantung dia, sy lebih rela sedih drpd tgk dia terseksa.

    ReplyDelete
  27. Anonymous6/22/2021

    Dr tu belajar tinggi2 bukan nak bunuh kucing bang. Ada banyak faktor kenapa dr tu suggest PTS procedure. Either nak selamatkan kucing sekeliling kucing yg sakit atau taknak biarkan kucing tersebut terseksa lebih lama dengan sakit dia dsbgnya. Abang senang2 je cakap "ianya telah melanggar hukum Allah walaupun ianya dinasihatkan oleh doktor veterinar.". Abang buat dr ni nampak mcm pembunuh. sedangkan dalam islam, kalau kita nak menyembelih binatang pun kita tak boleh guna pisau tumpul untuk tidak menyeksa binatang. Ini kan pula bila kita seksa binatang tu dengan sakit yg ada pada dia dengan jangka masa lama. Manusia pun, kalau dah takde harapan, contohnya gunakan mesin pernafasan sepenuhnya tapi tak sedarkan diri, Dr akan panggil ahli keluarga untuk berbincang.

    Saya setuju kalau abang nak sampaikan yg kita tak boleh buat prosedur PTS ni kalau tujuan kita hanyalah nak kurangkan population stray animal.

    Tapi gaya abang cakap ni, mcm dr veterinar ni pembunuh. sedangkan abang yg membunuh. sanggup ke lihat binatang mati kerana terseksa sakit? cuba fikir balik bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6/22/2021

      one more thing, bila bercakap pandang2. abang mungkin mampu. banyak lagi org yg tak mampu nak menjaga kucing yg ada penyakit kronik. kos, masa dan sebagainya.

      nak jadi pencinta haiwan tu, biarlah berpada. abang ni dah mcm tahap menyeksa

      Delete
    2. Terima kasih atas pandangan dan pendapat tuan diruangan blog kami. Untuk makluman tuan, itu sekadar pandangan kami sahaja. Kami tak katakan doktor veterinar itu kejam tetapi jika perlu PTS atas sebab-sebab tertentu. Cuma jika alasan untuk mengurangkan populasi kucing dan perlu PTS, itu kami bantah dan tidak setuju. Pasti ada cara lain selain dari PTS.

      Delete
    3. Maafkan kami jika entri ini membuat tuan terguris hati. Maafkanlah kami sekali lagi

      Delete
  28. Anonymous6/23/2021

    semalam baru pts kucing jalanan kena langgar dan dia masuk ke garage saya. kaki patah terkulai cedera teruk...darah mengalir. pergi vet dia kata boleh potong kaki dia untuk selamatkan... melibatkan kos yg tinggi dari segi pembedahan hingga penjagaan. nak jaga pun leceh... rumah saya tak ada kucing ... selepas tanya doktor saya suruh dc buat pts je... kesian tu kesian sampai sekarang teringat kucing tu tapi dia tak boleh hidup kalau dibiarkan. semoga Allah ampunkan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah ampunkan dosa tuan. Jika ianya perlu untuk PTS disebabkan kesihatan yang menyeksakan dirinya dari hidup. Tuan buatlah keputusan yang terbaik. Terima kasih :)

      Delete
  29. Assalamualaikum kucing saya jarang balik rumah . Satu hari bila dia balik mulut kucing saya bengkak yang teruk saya mula mula fikir dia disengat lebah jdi saya cuma bgi ubaf utk menyusutkan bengkak itu setelah 3 hari kucing saya semakin kurus dan air liur meleleh. Saya cek mulutnya dan ada banyak ulat . Saya terkejut saya tak sangka boleh ada ulat. Saya cuba untuk tarik ulat kluar satu " tpigagal kerana ulatnya berada du dlm mulut dan susah utk menarik nya. Saya nak bawa ke vet tpi saya tak ada duit . Saya dh cuba macam macam tpi keadaan kucing saya makin teruk. Tambahan pula kucing saya ada luka gaduh yg baru.Kucing saya dah lemah. Saya kesian kepada dia dan saya yg tak boleh membuat apa apa. Apa yg patut saya buat?

    ReplyDelete
  30. Kalau dari segi hukum.. PTS (bersebab) adalah HARUS..

    Harus apabila penyakit kucing tersebut boleh memudarat manusia atau haiwan lain & kurangkan penderitaan haiwan tersebut

    Harus apabila kos perubatan terlalu tinggi & kita x mampu tanggung kos tersebut & juga penjagaan

    Dan ada beberapa sebab lain yang diharuskan..

    Bunyinya mmg mcm kejam.. Tapi dalam Islam hukumnya adalah harus jika bersebab.. Pilihan ditangan masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3/21/2023

      maaf mana hukum tu ye? sebab kos tinggi terus matikan??

      Delete
  31. Anonymous5/13/2022

    nak tanya, kucing saya dah menjalani pts. tapi kucing saya tu mati betul atau koma?

    ReplyDelete
  32. Haram kan PTS ni klu tanpa sb yang kukuh. Pd sy...selagi sy bole jaga in syaa Allah sy akn jaga. Lgpun kdg² haiwan tu smgt die nk hdup msh kuat wlupun die menderita. Die kuat sb kita. Die nk tgk muka kite. Nk sntse ade dgn kita. Itu da membahagiakan die. Wlupun hakikatnya die sakit. Sy x pernah mengalami keadaan y memerlukan PTS. Tp klu blaku....in syaa Allah sy akn cb usahakan utk tak ambil PTS.

    ReplyDelete
  33. Anonymous6/07/2023

    Kucing saya kena sporo...saya sedang rawat dia...setakat ni luka2 dia belum merebak dgn teruk...tapi dia dah mula bersin2...saya pula pengidap kencing manis...saya terfikir untuk pts kucing saya sbb takut kena jsngjitan...bolehkah saya pts kucing saya untk mengelak risiko dihangkiti...

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Name

130 ekor kucing,1,1sahabat 1 malaysia,6,abused,1,adopt free services,11,advantage-cat,1,akta,2,aktiviti,1,al-fatihah,1,al-hijrah TV,1,anak angel phase 2,1,anak angel phase 3,1,anak angel phase 4,2,anak cheezy,1,anak cicy phase 2,1,anak gegirl junior fasa 1,2,anak gegirl phase 2,1,anak kucing,4,anak kucing parsi,1,anak kucing untuk di jual,2,anda soal kami jawab,1,angpau,2,aniayai,2,anjing,1,anjing dan kucing jalanan,1,announcement,1,antibiotik,1,arnab,1,artikel,5,assalamualaikum,1,astro awani,1,attention,1,available,1,bantahan,1,basmi kutu,1,bayer,1,bengal,1,beranak,1,berita harian,1,berkabung,1,bilik kaca mating,2,biz malaysia,1,blog,6,Blog contest,11,blog review,6,blogger segmen,1,blogger segment,1,bloggers,7,blogspot,4,boarding,8,boarding aidilfitri,1,boarding aidilfitri 2017,1,boarding aidilfitri 2018,1,boarding services,3,booking form,2,borang online boarding aidil fitri 2014,1,borang online boarding aidil fitri 2017,1,Borang Tempahan,3,british short hair,1,bubu meow meow,1,buffered earning,1,bunting,1,carta ZABP,1,cat adoption,5,cat birth,1,cat boarding,3,cat gathering in the garden,8,cat on instagram,1,cat pregnant,1,cat show,1,catless wednesday,3,cats competition show,1,cawangan baru,1,celebrate,1,chuki,1,classic tabby,1,comedy,2,comel,3,comot,1,contest review,2,contest review linky dot my 2015,1,cute cat,1,cuti,2,cuti sekolah,1,daporqlate,1,demam,1,demam kucing,1,dera,1,DIY,1,doa,3,doauntukMH370,2,domestic short hair,3,doodle,2,DSH,1,duit sampingan,1,dunia artis,1,dunia sicomel,1,emosi,1,entri,3,even,1,event,9,expo,3,facebook,18,fakta,1,fastival,1,fitnah,1,flea,1,flu,1,flyers,1,followers,8,foto,1,frame,1,friendster,2,fullhouse,1,funny,4,GA. give away,5,Gadget,1,gambar hiasan,1,ganjaran,1,gathering cat in the garden,3,gelagat,10,geng blogger,11,germisep,1,giveaway,7,glove,1,google,1,google earth,1,google maps,1,gps,1,grooming services,1,guinea pigs,1,hadiah,4,hamil,1,happy birthday,2,harga,1,hari raya aidil adha,4,hari raya aidil fitri,3,hari wilayah,1,harian metro,1,hasad dengki,1,hasil tangan,1,hiasan dinding,1,hibah,2,homemade,2,hotel kucing & spa kinrara,1,i want to touch a cats,1,icon,1,idea,1,iklan,9,imexa,2,inf,1,info,200,info kesihatan,47,info kucing,183,Info mylovely-cats,243,info sahabat,216,infografik,7,islam,2,jajan,1,jalan-jalan cari info,19,jalan-jalan cari kedai,3,jemputan khas,2,johor,1,joke,2,jual,1,kartun,1,kasih sayang,1,kasih sayang ibu,1,kejam,2,kemalangan,1,kembiri,1,kenagan,1,kenali sicomel,3,keputusan,2,kill,1,kinrara,1,kisah dongeng,1,kisah islam,2,kisah lawak,3,kisah nabi,2,kisah teladan,3,kitten,8,kitten for sales,8,klinik,1,koleksi,1,koleksi terhad,1,komen,1,komen anda,2,kongsi,1,konvensyen,1,kraftangan,1,kuala lumpur,1,kucing demam,1,kucing percuma,4,kucing sihat,1,kutu grooming,2,labus,1,lagu,1,larkin,1,lawak,9,lawak sicomel,6,lembah klang,1,Lenovo,1,Lenovo Yoga Tablet 10.1 Series,1,lensa niaga,1,limited edition,1,lion cut,1,lokasi,2,loket,1,luahan hati,1,lynk dot my,1,lynundi,1,maal hijrah,2,mac 2013,1,machiko flea,1,majalah,1,majalah haimeow,2,majlis daerah kluang,1,majlis rumah terbuka,1,makcik mala,1,mandian,1,mandian kutu,2,manila,1,mati dengan sengaja,1,matikan,1,matikan dengan suntikan,1,mating servis,1,maulidur rasul,2,MCFA,1,melaka,1,MEPS higway,1,MH370,2,mini petshop,1,momok,1,moral of story,1,motivasi,1,mudah.my,1,muning,1,myspace,3,nasi lemak kopi o,2,nasihat,1,navigation,1,networking,5,news,1,niat,1,nota penting,2,nuffnang,1,online shop,3,opening,1,organisasi pengurusan,6,packages ZABP,1,pakej kami,6,pakej mandian kutu,2,pameran,4,papan tanda,1,Pelanggan Kami,45,pembeli kucing,1,pembukaan,1,pembunuhan,1,pemenang,2,pemilik,2,pencarian bloglist,1,penderaan haiwan,1,pengguna,2,penghargaan,2,pengumuman,8,pengurusan haiwan,2,penjagaan sicomel,1,perasmian,1,peraturan,1,perayaan,2,percuma,5,perkhidmatan cat sitting,1,perkhidmatan grooming,6,perkhidmatan mating,15,perkhidmatan SAH,1,perkhidmatan trimming,2,persian semi flat face,5,persiapan awal,1,personal,1,pertandingan,31,pesanan,1,pet blower,1,pet lover,1,petition,1,petsafe,1,petua,1,photoshop,1,pick up services,1,posing,3,post,3,poster,2,pray4MH370,2,prince,2,produk baru,2,program,10,program santai,6,program sihat,11,Promosi,38,promotion,2,PTS,1,puasa,1,puchong,2,puisi,1,puppies,1,pusat jagaan haiwan,1,pusat jagaan kucing,1,pusat perlindungan kucing,1,put to sleep,1,putrajaya,1,Q-A,2,r.i.p,1,rabu tanpa perkataan,1,ragam kucing,13,ramadhan,1,rawat,1,review Services,1,rewards,1,RTM,1,rukun islam,1,sajak,2,sakit telinga dan mata,1,salam ramadhan,1,sales of kitten,12,sambal tempoyak petai ikan bilis,1,sambutan,1,sampul angpau versi ZABP,2,sampul hari raya 2013,1,sangkar baru,1,says dot com,1,school holiday,1,sedih,1,segera,1,segmen,34,segmen fb,2,sehati sejiwa,1,selamat ulang tahun,2,selangor,2,selingan,6,sembang kucing,2,services grooming,4,servis,2,servis boarding,3,servis iklan berbayar,1,sharing,1,show,1,si anur dan si miaw,3,si chuki,1,si momot,3,sicomel,4,signboard,1,Simalang,2,simptom,1,sistem gps,1,Sistem imunisasi Badan,1,siti,1,siti dimiliki,1,social,1,social network,1,song,2,SPM 2011,1,sticky,2,suit tabung,1,super specials boarding free,1,syarat dan terma,1,tag 4 u malaysia,1,tag nama,1,tagged,1,tahniah,1,tahun baru,1,tahun baru cina,2,takziah,3,taman puncak jalil,1,taman tasik permaisuri,1,tampoi,1,tazkirah,18,Tazkirah jumaat,24,terma dan syarat,1,Testimoni,28,TF advance,1,thumbler,1,tick,1,tidur dengan suntikan,1,tidurkan,1,tip dan panduan,49,tip mandian kutu,2,Tips Penjagaan Kucing,90,transfer factor 4 life,1,treat,1,trimming services,1,tuah,1,tutorial,2,tv9,2,twitter,2,ucapan,30,undang-undang,1,undian,1,utusan malaysia,1,veterinar,1,video,7,vime- frondog,1,waze,1,wetfood,1,wish,2,wordless wednesday,73,wordpress,1,world,1,yink,1,youtube,14,yuna,1,zabp,1,zul & azizi baording pets,1,
ltr
item
Zul & Azizi Boarding Pets: Put To Sleep @ Matikan Dengan Suntikan
Put To Sleep @ Matikan Dengan Suntikan
Put To Sleep @ Matikan Dengan Suntikan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuRzEoOv5INKF2nr-KFHgM2-8qf6gn8ttT0bR3nDFdx4lhWDHsBQelpMG6TgEHSSH0Uf0kA4c3Cgr7h33vP8Jqnp2UfImG3xRnH-fE88hDpZPts0YmSB0JDVVwQCZNxvEscoheChihRTI/s200/put+to+sleep+cats.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuRzEoOv5INKF2nr-KFHgM2-8qf6gn8ttT0bR3nDFdx4lhWDHsBQelpMG6TgEHSSH0Uf0kA4c3Cgr7h33vP8Jqnp2UfImG3xRnH-fE88hDpZPts0YmSB0JDVVwQCZNxvEscoheChihRTI/s72-c/put+to+sleep+cats.jpg
Zul & Azizi Boarding Pets
https://mylovely-cats.blogspot.com/2015/11/put-to-sleep-matikan-dengan-suntikan.html
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/2015/11/put-to-sleep-matikan-dengan-suntikan.html
true
8534666320151591297
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content