Patut ke? Tak Patut?
Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing marah)
Bukan untuk mengAibkan mana-mana pihak, tidak kira pengguna atau penguatkuasa. Sebagai Hamba di muka bumi Allah, kita juga perlu menjaga "Hubungan Manusia Sesama Makhluk Allah" tidak kiralah ianya kucing atau haiwan lain. Jadi Kompaun RM500.00 di atas kesalahan MEMBIARKAN HAIWAN (KUCING) BERADA DI TEMPAT PENYEDIAN MAKANAN kepada pengguna tidak patut di kenakan kerana rakus dengan kebendaan dunia.
Notakaki: Perlu ingat! Tanah yang terbentang luas ini adalah hak mutlak Allah, manusia hanya perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi demi menjaga hubungan antara Allah dan Makluk Nya.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan sedia ada yang di kasihi, follower, blogger, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya.
Entri hari ini tiada kaitan dengan promosi atau tips panduan kesihatan sicomel, ianya sekadar untuk perbincangan hangat yang perlu kita sedari demi menjaga kemaslahatan ummah. Undang manusia dan Undang Allah, mana yang wajib kita sebagai hambanya perlu patuhi sehinggakan tamak dengan kekayaan dunia. Patut ke? Tak patut?

Bukan untuk mengAibkan mana-mana pihak, tidak kira pengguna atau penguatkuasa. Sebagai Hamba di muka bumi Allah, kita juga perlu menjaga "Hubungan Manusia Sesama Makhluk Allah" tidak kiralah ianya kucing atau haiwan lain. Jadi Kompaun RM500.00 di atas kesalahan MEMBIARKAN HAIWAN (KUCING) BERADA DI TEMPAT PENYEDIAN MAKANAN kepada pengguna tidak patut di kenakan kerana rakus dengan kebendaan dunia.
Disini Admin ZABP mencadangkan yang terbaik demi untuk menjaga kemaslahatan ummah bersama. Antara cadangan yang perlu ada dalam meningkatkan hubungan manusia sesama makhluk Allah untuk kerajaan sedia ada seperti berikut:
- Menyediakan satu perangkaan/ peruntukan belanjawan terhadap kucing dan anjing jalanan setiap tahun
- Menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam menguruskan hal-ehwal kucing dan anjing jalanan
- Menyediakan tapak taman kucing/ tempat perlindungan bagi menempatkan kucing atau anjing jalanan di setiap daerah. Ini kerana tanah ini bukannya milik manusia selama-lamanya. Ianya adalah hak mutlak Allah. Dikenakan bayaran yang berpatutan bagi pelawat yang ingin hadir dan melawat taman kucing/ tempat perlindungan untuk tujuan menampung kos perbelanjaan dan penyelengaraan taman/ tempat perlindungan tersebut.
- Melantik Sukarelawan bergaji untuk tugas-tugas menguruskan hal-ehwal kucing dan anjing jalanan
- Mengadakan Festival Kucing untuk tujuan memberi info kesedaran "SAYANGI HAIWAN" setiap tahun di peringkat daerah, kebangsaan atau negeri.
- Menjatuhkan hukuman yang setimpal kesalahan bagi individu/ kumpulan yang mencederakan kucing dan anjing jalanan. Tujuannya untuk menghapuskan jenayah yang melibatkan haiwan seperti kucing dan anjing jalanan.
- Melantik panel klinik veterinar khas untuk menjaga tahap kesihatan kucing dan anjing jalanan di tapak kucing/ tempat perlindungan yang di sediakan dan bukannya menghapuskan/ mematikan dengan cara "put to sleep". Ini tindakan yang sangat zalim dan tidak berperikemanusian.
- Perlu bekerjasama dalam merealisasikan kearah kemaslahatan ummah dimana individu/ rakyat memberi sokongan padu serta membantu kerajaan sedia ada dalam menjaga kebajikan kucing dan anjing jalanan ini.
Notakaki: Perlu ingat! Tanah yang terbentang luas ini adalah hak mutlak Allah, manusia hanya perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi demi menjaga hubungan antara Allah dan Makluk Nya.
@Nurzakiah Hanum
DeleteSharing is Caring... :-D