Nota Penting Untuk Anda!
Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing keletihan...)
Assalamualaikum dan Salam 2 Ramadhan buat pelanggan dan pelawat yang beragama Islam. Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah kerana diberi lagi peluang untuk kami bernafas meneruskan puasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih juga tak terhingga kepada anda yang sentiasa memberi sokongan kepada servis kami yang hampir kini 7 tahun.

Apa-apapun kami ucapkan sekalung TAHNIAH kepada anda yang telah subcribe dan membuat e-mail pengesahan. Anda adalah orang pertama akan menerima Borang Online Boarding Aidil Fitri 2014 di email anda nanti. Konsep kami kali ini 'first fill up, first serve & reserve'
Mungkin ada yang masih bertanyakan mengenai servis boarding kami, bukan? Untuk makluman anda, borang online boarding AidilFitri 2014 akan di edarkan seminggu selepas puasa, dimana hanya beberapa hari sahaja borang ini akan di edarkan. Masih banyak lagi kekosongan sangkar untuk tempahan nanti. Tetapi harga boarding kami tidak seperti biasa hanya cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri sahaja memandang kami dah hampir 7 tahun beroperasi dan beraya dengan sicomel anda. Berikut adalah harga boarding kami pada cuti perayaan Aidil Fitri 2014
PAKEJ BOARDING AIDIL FITRI 2014:
1) Pakej Boarding Tanpa Makanan (makanan disediakan oleh pemilik)- RM15.00 seekor/sehari
2) Pakej Boarding Dengan Makanan (Makanan disediakan oleh pihak ZABP)- RM18.00 seekor/sehari

Di ingatkan, syarat kami sangat mudah, sila pastikan sicomel anda di vaksinkan mengikut jadual. Jangan sesekali vaksin sicomel anda di saat-saat terakhir yang boleh menyebabkan sicomel anda menjadi 'stress' mengakibatkan sicomel anda mudah demam atau hilang selera makan. Dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Masa ini, janganlah menyalahkan pihak kami, kerana anda pasti tahu apabila kucing kesan vaksin pada sistem imunisasi sicomel anda. Sila minta khidmat dan nasihat dari doktor veterinar anda.
Mungkin ada di antara anda tidak tahu secara detail tentang kami, bukan? Nak tahu boleh baca infonya disini >>>KENALI ZUL & AZIZI BOARDING PETS.
Begitu juga dengan tahun sebelumnya, kami telah menerima hampir 200 ekor kucing pada perayaan Aidilfitri tahun lepas dan kesemua kucing dijaga dengan rapi dan sihat sepertimana di serahkan pada kami sebelumnya.
Dengan harapan untuk tahun ini, kami akan memberikan servis yang terbaik untuk penjagaan sicomel anda dan yakinlah dengan kami sicomel anda akan gembira berjumpa dengan kawan-kawanya yang lain.
Notakaki: INGAT! Janganlah membuat keputusan di saat-saat terakhir. Rancanglah awal percutian anda dengan mencari tempat boarding yang selesa dan selamat untuk sicomel anda. Yakinlah dengan servis terbaik kami untuk sicomel anda...SELAMAT BERPUASA...

KOMEN ANDA