Hasil Puteri Katak, Mimi pula Buat Muka!
Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing menggediks)
Assalamualaikum dan Salam Miaoo Miaoo Miaoo buat pelanggan sedia ada dan baru kami khusunya, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya. Maafkan kami, mungkin di antara anda masih menantikan entri dan perkembangan terkini dari kami kerana sibuk dengan kucing boarding serta pembukaan Kedai Haiwan Peliharaan Dan Aksesori di Taman Puncak jalil baru-baru ini.
Entri kali ini tiada kaitan dengan tips dan kesihatan sicomel, ianya sekadar perkongsiaan dari salah seorang pencinta kucing dari Beaufort, Sabah. Nama facebooknya adalah Puteri Katak... hehehe :-D
Beliau ini adalah seorang pencinta kucing tegar yang mempunyai hampir 16 ekor kucing dari baka tempatan domestic short hair. Beliau juga mempunyai bilik kucing yang di hiasi dengan ideanya yang kreatif. Nak tahu ke idea beliau ini? Jom tengok apa yang dikongsikan pada ZABP melalui ruangan chat facebook kami...

Ini adalah si Mami, suka buat muka..
Diva katakan...ahaks..

Ni pula, si buah hati Nona, Siapa
nak berkenalan?

Pencahayaan juga penting dalam ruang ini
agar sicomel mudah terdedah dengan
sinaran ultra (cahaya matahari)

Mainan juga penting bagi sicomel
supaya tidak mudah bosan...

Ehh...anda nampak ular oren tak?
hehehe...Mesti di ulik mimpi yang
indah-indah...

Ini adalah sebahagian gambaran yang telah di hiasi
oleh Puteri Katak....Sangat kreatif bagi kami

Diletakkan 1 buah kipas untuk pengudaraan yang baik

Sinaran mata ultras...hahahaha

Hiasan kreatif oleh Puteri Katak agar suasana bilik kucing tidak
membosankan....Betul tak puteri katak?

Sicomel yang tengah merehatkan diri, waktu begini kucing akan keletihan
dan merehatkan diri untuk bekerja waktu malam...hehehe

Pintu masuk utama ke bilik kucing Puteri katak...
Inilah sedikit gambaran yang boleh kami kongsikan pada anda tentang seorang pencinta kucing tegar yang bernama Puteri Katak...Beliau ini telah di sumpah oleh pendengki yang tidak senang dengan hasil dan usaha sehingga beliau menjadi seekor katak. Mengikut sumpahan, ingin menjadikan beliau ini kembali normal, beliau perlukan 1 ciuman kucing yang dinamakan prince cat. Agar beliau menemui Prince cat untuk menyembuhkan sumpahan itu....(lawak je tau...sekadar gurau....huhuhu)
Notakaki: ZABP sangat kagum dengan hasil kreatifnya pada bilik kucing dan cukup dengan pengcahayaan serta pengudaraan pada bilik ini. Contohi lah hasil beliau ini yer....
Notakaki: ZABP sangat kagum dengan hasil kreatifnya pada bilik kucing dan cukup dengan pengcahayaan serta pengudaraan pada bilik ini. Contohi lah hasil beliau ini yer....
KOMEN ANDA