Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing minta tolong) Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, fo...
Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing minta tolong)
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar. Semoga kehidupan anda lebih ceria dengan adanya sicomel yang boleh menghiburkan hati setiap waktu. Amin...
Ketika ZABP sedang menggoogle, terbaca satu artikel dari sinar harian. Jadi ZABP kongsikanlah dalam entri untuk hari ini. Percayakah anda melihat manusia zaman berteknologi tinggi ini memakan daging kucing dijadikan sebagai hidangan kari? Percaya atau tidak, beginilah kisah pengakuan seorang warga negara Myanmar yang menetap di Malaysia memakan daging kucing dijadikan lauk hidangannya bersama rakan-rakan.
"Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari," kata Jimmy, permuda yang berasal dari Myanmar.
Tidak kelihatan reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.
Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.
Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy yang berada di rumah manakala rakan-rakanya yang lain pergi ke Kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.
Lalu kami tanyakan makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.
"Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing," ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.
Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.
"oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan," soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti diceritakan orang.
Jimmy menggangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.
"Rakan-rakan serumah kamu makan kucing," tanya kami lagi.
"Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak," ujar Jimmy. Lagi sekali, tekak kami menjadi 'kembang'.
"Mereka beli kucing itu?' kami memancing satu persoalan.
"Oh, tidak, "jawab Jimmy Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit.
P/S: Patut ke pemuda ini di hukum atas perbuatannya memakan daging kucing? Jadi pelawat yang tinggal berhampiran dengan pemuda ini, haruslah berhati-hati dan pantau pergerakan sicomel anda.... :-(
Sumber: Sinar Harian
kejam sungguh
ReplyDeletekalo kucing hilang, tahu la nak cari sape.
ReplyDelete@Anum
ReplyDeleteMemang patut dihukum tapi undang-undang Malaysia masih lemah...perlu dikemaskini dengan salahlaku pada haiwan.. :-(
@aswadz
Hehehehe...agaknya cari simamat ni la ye.. :-)