Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing keletihan) Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followe...
Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing keletihan)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, para-para bloggers, pelawat dan pencinta kucing tegar. ZABP doakan semoga urusan kehidupan berjalan baik dan menjadi lebih terbaik dari semalam... :-)
KESAN DAN AKIBAT JIKA SICOMEL KERACUNAN PARACETAMOL @ PANADOL
Tahap 1 (0 - 12 jam): Muntah, murung, sesak nafas, keletihan, tiada selera makan, lemah, gusi bertukar warna keperangan dan air liur meleleh.
Tahap 2 (12 - 24 jam): Muka, bibir dan kaki menjadi bengkak, koordinasi badan menjadi tidak normal (mabuk), koma, kejang otot dan kemungkinan mati mengejut.
Tahap 3 (lebih 24 jam): tanda berkait dengan kegagalan fungsi hati seperti sakit dibahagian abdomen serta gusi, mata dan kulit bertukar kekuningan dan keadaan mental yang tidak normal.

![]() |
Sumber: Pakcik Google |
Biasanya jika anda demam atau sakit kepala, paracetamol @ panadol akan menjadi tumpuan, bukan? Apa kaitan pula dengan sicomel? OK, entri untuk hari ini adalah berkaitan dengan tips dan kesihatan sicomel tentang paracetamol @panadol . Mungkin anda tidak tahu kesan buruk terhadap sicomel yang boleh membawa kematian.
![]() |
Sumber: Makcik Flickr |
Sicomel tidak dapat menyingkirkan atau mengkumuhkan paracetamol @ panadol dari badannya kerana kekurangan satu enzim berbanding manusia dan boleh menyebabkan hati rosak serta sel darah merah menjadi tidak normal. Satu (1) tablet boleh merosakkan sistem imunisasi dalam badan sicomel anda!
KESAN DAN AKIBAT JIKA SICOMEL KERACUNAN PARACETAMOL @ PANADOL
Tahap 1 (0 - 12 jam): Muntah, murung, sesak nafas, keletihan, tiada selera makan, lemah, gusi bertukar warna keperangan dan air liur meleleh.
Tahap 2 (12 - 24 jam): Muka, bibir dan kaki menjadi bengkak, koordinasi badan menjadi tidak normal (mabuk), koma, kejang otot dan kemungkinan mati mengejut.
Tahap 3 (lebih 24 jam): tanda berkait dengan kegagalan fungsi hati seperti sakit dibahagian abdomen serta gusi, mata dan kulit bertukar kekuningan dan keadaan mental yang tidak normal.
AKIBAT KERACUNAN PARACETAMOL @ PANADOL
|
|
|
|
|
\/
![]() |
Sumber: Kakak Facebook- Gambar diatas adalah anak kucing yang berusia 7 bulan yang memakan separuh tablet paracetamol @ panadol. Tanda ketoksikan termasuk bengkak (edema) pada wajah, meleleh air liur, lesu dan lemah sistem imunisasi dalam badan. |
*Insyaallah dengan Kuasa dari Allah, anda masih boleh menyelamatkan dengan membawa segera ke klinik atau hospital veterinar berdekatan untuk rawatan dan perubatan selanjutnya. Dapatkan khidmat dan nasihat dari doktor veterinar selajutnya....
Kalau anda seorang pencinta haiwan
>>>klik sini<<<
KOMEN ANDA