Miaw...Miaw...Miaw (Versi Kucing Not in Mood) Salam buat pelanggan baru & tetap, pelawat, bloggers dan pencinta kucing yang kami sayang...
Miaw...Miaw...Miaw (Versi Kucing Not in Mood)
Salam buat pelanggan baru & tetap, pelawat, bloggers dan pencinta kucing yang kami sayangi. Semoga sicomel anda bahagia dan gembira disamping anda.

Entri kali ini tiada kaitan dengan tips & panduan sicomel cuma ingin mengumumkan Perkhidmatan S.A.H kami tergendala buat seketika waktu dan akan diumumkan kelak jika keadaan kereta kami pulih sepenuhnya.
Ok, begini ceritanya, semasa perjalanan ZABP mengambil kucing pelanggan tetap kami diPandan Jaya. Berhenti disimpang Jejambat Taman Maluri - Pandan Indah menungu lampu isyarat TETIBA kereta Toyota Vios yang pandu oleh seorang berbangsa cina dalam keadaan mabuk terus melanggar dibelakang kereta kami. Masa itu kereta yang dipandu olehnya sangat laju sehingga menghentam beberapa lagi kereta yang lain seperti Perodua Viva, Proton Persona. Kemalangan ini berlaku antara jam 21.10 malam. Pada waktu itu kami panik sebab pertama kali menerima pengalaman pahit yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
Kereta Toyota Vios yang melanggar kami dari arah belakang semasa menunggu lampu isyarat
di jejambat Taman Maluri- Pandan Indah |
No. Flat kenderaan yang melanggar kami memandu dalam keadaan mabuk |
![]() |
Hentaman yang kuat dari arah belakang dimana kereta yang dipandunya sangat laju dan keadaan mabuk |
![]() |
Semasa menungu lampu isyarat dijejambat dan keadaan hadapan kereta kami |
So kami menelefon salah seorang rakan kami yang mahir dalam kes sebegini dan dengan pertolongannya kes kami akhirnya selesai cuma kami perlu membuat laporan polis agar insurans dapat dituntut atas kenderaan yang melanggar kami. Jadi kami dibawa oleh rakan kepada kawan itu ke balai polis Ampang untuk tujuan laporan.
![]() |
Akibat melibatkan kereta Perodua Viva dihadapan kami. Kerosakan teruk pada bonet & cermin pecah |
![]() |
Keadaan hadapan kereta Perodua Viva. Rosak teruk pada bumper hadapan |
Dah selesai masalah datang lagi masalah yang lain iaitu pengangkutan kami dari rumah ke premis kami. Jadi ZABP bercadang untuk menyewa kereta untuk beberapa hari sahaja. Kami melayari laman web untuk tujuan menyewa kereta dan kami ingin menyewa sebuah kenderaan jenis MPV seperti kenari atau sebaliknya untuk tujuan perkhidmatan S.A.H.
Kami layari satu laman web yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta yang berkonsepkan "homebased" yang agak berpatutan. Setelah kami menggunakannya kenderaan yang disewanya itu agak kurang memuaskan dan kenderaan tersebut tidak diselenggara dengan keadaan baik. Kami membuat aduan kepada pemilik berhasrat untuk menukar kepada kenderaan lain TETAPI nasib yang sama juga pada kenderaan tersebut. Tiada pilihan bagi kami dan terpaksa menggunakan kenderaan itu untuk hanya beberapa hari.
Kami layari satu laman web yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta yang berkonsepkan "homebased" yang agak berpatutan. Setelah kami menggunakannya kenderaan yang disewanya itu agak kurang memuaskan dan kenderaan tersebut tidak diselenggara dengan keadaan baik. Kami membuat aduan kepada pemilik berhasrat untuk menukar kepada kenderaan lain TETAPI nasib yang sama juga pada kenderaan tersebut. Tiada pilihan bagi kami dan terpaksa menggunakan kenderaan itu untuk hanya beberapa hari.

ZABP membuat keputusan perkhidmatan S.A.H kami tergendala buat seketika waktu. Diharap anda memahami keadaan kami dan segala kesulitan amat dikesali.
P/S: buat seketika waktu. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh email di bordingpethome@gmail.com atau hubungi kami bila-bila masa sahaja. Terima kasih. KESULITAN AMAT DIKESALI
Salam,
DeleteMoga semuanya kembali normal dengan segera.
|@luahfikiran...mari kita| Wassalam..Insyaallah semoga semuanya dalam keadaan selamat dan kembali seperti biasa...Amin
DeleteMoga semua kembali kepada normal..dan alahmdulilah kemalangan itu tidak meragut nyawa.. berhati2 la..
Delete|@DOMU-KON| Kami dah berhati-hati pun masa tu kami berhenti menunggu lampu isyarat. Tetiba kereta yang laju dr arah belakang merempuh kereta kami. Bawa kereta dalam keadaan mabuk.. :-(
Delete