Miaw....Miaw.... (Versi kucing menangis) Salam buat pelanggan tetap & baru, pelawat, blogger & pencinta haiwan yang kami sayangi. A...
Miaw....Miaw.... (Versi kucing menangis)
Salam buat pelanggan tetap & baru, pelawat, blogger & pencinta haiwan yang kami sayangi. Agaknya dah lama kami tak mengemaskini tips & info PERCUMA untuk anda kalian. Dah bersawang agaknya ye...ahaks.. :-).. Tips & Info kami kali ini berkaitan dengan Sengkenit atau dipanggil kutu.
Sengkenit atau kutu jika dibiarkan boleh membahayakan kesihatan pada sicomel anda terutamanya pada permukaan kulit sicomel anda. Anda pun sendiri tahu bukan, makanan utama kutu ini adalah darah, jadi jangan biarkan ianya berlarutan.
Ctenicephalides Felis (Bouche, 1835)
Klasifikasi:
Domain: Eukaryota (Whittaker & Margulis, 1978)
Kingdom: Animalia (Linnaeus, 1758)
Phylum: Arthropoda (Latreille, 1892)
Subphylum: Mandibula (Snodgrass, 1938)
Class: Insecta (Linnaeus, 1758)
Subclass: Dicondylia
Order: Siphonaptera
Family: Pulicidae
Subfamily: Pulicinae
Genus: Ctenocephalides (Stiles & Collins, 1930)
Spesies: Ctenocephalides Felis (Bouche, 185)
Ctenocephalides Felis |
Keterangan:
Kutu kucing (Ctenocephalides Felis) merupakan kelompok haiwan ektoparasit yang menggunankan kucing sebagai hos atau perumah. Kutu ini mempunyai kemampuan untuk bermetamorfosis secara sempurna. Mereka memperoleh makanan dengan cara menghisap darah dari hos atau perumah itu sendiri dan sebahagian besar kutu yang menghisap darah adalah kutu dewasa, sedangkan kutu muda (larva) hanya memakan darah kering dari feses yang dikeluarkan oleh kutu dewasa. Kutu menghisap darah secara minimum sesekali dalam sehari. Ini kerana darah pada hos atau perumah sangat berguna dalam menghasilkan telur. Kutu dewasa akan menjadi hospes dari Dypillidium caninum dan menyebabkan gatal pada tubuh sicomel.
Nama Panggilan:
Cat Flea (English), Kutu kucing (Versi melayu), Pinjal kucing (Versi melayu)
Habitat:
Terrestrial Ektoparasit pada tubuh sicomel
Morfologi:
Kutu kucing (Ctenocephalides Felis) berukuran kecil 1-2mm, berwarna coklat tua atau hitam, tubuh yang nipis, suka meloncat-loncat, sering terlihat apabila si selak bulu sicomel dan akibat gigitannya akan menyebabkan gatal. Ciri-ciri Ctenocephalides Felis tidak bersayap, memiliki tungkai panjang dan koksa-koksa sangat besar. Tubuh dilengkapi duri yang mengarah ke belakang dan bulunya agak keras. Sesungut pendek dan terletak dalam lekuk-lekuk di dalam kepala. Manakala bahagian mulut tipe penghisap dengan 3 stilet penusuk. Metamorfosis sempurna (telur-larva-pupa-imago). Telur tidak berperekat, abdomen terdiri dari 10 ruas. Larva tidak bertungkai kecil dan keputihan. Memiliki 2 knitidia baik genal mahupun prenatal.
Perbezaan jantan dengan betina adalah pada jantan memiliki tubuh dengan posterior seperti tombak yang menghala ke atas, sesunggut lebih panjang dari betina. Sedangkan pada betina, tubuh berakhir bulat dan sesunggutnya lebih pendek dari jantan.
Entri kami sebelum ini telah menyatakan tentang kitaran hidup sengkenit. Jadi tidak perlulah kami mengupasnya lagi ye... :-)..
P/S: Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pada bila-bila masa sahaja kerana perkhidmatan kami ini dibuka selama 24/7 sehari. CALL/SMS kami nanti ye....No H/P kami sudah tertera dalam blog kami ini diruangan "Hubungi Kami Segera"...
Sumber:
KOMEN ANDA