Anda telah memilih untuk membela anak kucing dan sekarang anda telah bersedia untuk memilikinya. Penjagaan anak kucing yang rapi adalah pent...
Anda telah memilih untuk membela anak kucing dan sekarang anda telah bersedia untuk memilikinya. Penjagaan anak kucing yang rapi adalah penting, ini kerana ia akan mencerminkan bagiamana anak kucing ini akan menjadi dewasa kelak. Berikut 10 cara untuk anak kucing anda membesar dengan penuh yakin dan penuh kasih sayang sehingga umur menjadi kucing dewasa.
1. Pastikan anda dan keluarga anda bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Anda juga perlu menyediakan keperluan asas membela kucing seperti permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar dan tempat rehat atau tidur. ini akan mencepatkan anda menyesuaikan kucing baru dengan suasana baru.
2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda. Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehinggan dewasa atau selamanya.
3. Pastikan anda memberi perhatian dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk "grooming", mencuci muka (sekitar mata dan hidung) dan mencuci telinga. Anda tidak perlu kerap memandikan kucing, hanya mandai jika kucing dalam kedaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, ini akan memudahkan anda melalukukannya apabila anak kucing menjadi dewasa nanti.
4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk ahli keluarga, anak-anak, haiwan peliharaan dan lain-lain. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasan baru dan gembira.
5. Bermain dan bercakap dengannya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan dirumah seperti merosakkan perabot rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengannya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.
6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa denga pelbagai jenis diet dan mengurangkan masalah cerewet.
7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing seperti kanak-kanak kecil. Mereka suak mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya seperti mencakar sofa, menggigit, melompat ketempat yang tinggi, mencakar langsir dan lain-lain. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan "STOP" atau "JANGAN" (jangan menjerit menggunakan nada suara yang rendah sahaja) dan alihkan anak kucing ketempat lain jauh dari tempat kejadian seperti tadi. Adalah mudah untuk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang-undang kepada anak kucing uang boleh dibuat atau tidak boleh dibuat, tempat yang boleh dimasuki dan tempat yang dilarang. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.
8. Jangan terlalu "memberi muka" kepad anak kucing anda. Sesetengah anak kucing mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika ada bunyi sebegitu, anda perlu melayan kehendaknya itu supaya ianya tidak berbunyi. Jika tidak ianya akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa kelak.
9. Pastikan keadaan anak kucing anda selamat. Jauhi mereka dari bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, di buli oleh kanak-kanak atau haiwan seperti anjing. Jika ini sering berlaku, ia akan memberi impak negatif apabila dewasa kelak.
10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakkan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terimalah apa jua keadaan sekalipun. Ia bukannya sesuatu yang begitu mudah.
KOMEN ANDA