$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!    title=    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Punca & Simptom Cirit Birit Pada Sicomel Anda

Cirit birit atau diarrhea adalah najis yang tidak pejal atau lembab cair. Dalam kebanyakan kes, najisnya kelihatan banyak dan terdapat penin...

Cirit birit atau diarrhea adalah najis yang tidak pejal atau lembab cair. Dalam kebanyakan kes, najisnya kelihatan banyak dan terdapat peningkatan pada aktiviti pergerakan usus perut. Dalam erti kata, anda akan melihat sicomel membuang najis kerap kali dan kadangkala tidak tahan dan akan melepaskannya dilantai, karpet atau riba anda. Najis sicomel yang sihat adalah berbentuk pejal, lembab dan tidak cair, silinder dan cembung pada hujungnya. Apabila makanan dihadam, usus sicomel akan menyerap sekitar 80% lembapan kerana najisnya 'terbentuk' dengan baik. Apabila sicomel mengalami cirit birit, makanannya tidak dihadam dengan baik dan tiba pada hujung usus (rektum) dalam bentuk cairan. Inilah sebabnya anda melihat najis kucing yang cirit-birit berbentuk cair dan tidak pejal. Najis yang cair mengandungi sisa makanan yang tidak terhadam. Sebagai contohnya memberi makanan berbentuk biskut, anda boleh lihat sisa biskut pada najisnya dan kadangkala mengandungi sisa makanan lendiran (mukus) pekat seperti hingus atau juga mengandungi darah. Tapi ingat cirit-birit bukannlah penyakit, tetapi ia adalah tanda (simptom) terhadap penyakit tertentu. Baunya agak kurang menyenangkan. 

Antara faktor-faktor penyebab cirit birit adalah seperti berikut:

TERLEBIH MAKAN
Biasanya inilah yang berlaku, samaada anak kucing atau kucing dewasa dimana sicomel akan kerap makan menyebabkan sistem penghadaman tidak diproses dengan baik.

MAKANAN TIDAK SESUAI
Kadangkala makanan yang biasa tidak sesuai dengan sicomel anda. Contohnya sicomel anda tidak menerima makanan yang berasaskan makanan laut (ikan, sotong, udang) dan menyebabkan penukaran diet secara mendadak. Akibatnya boleh menyebabkan cirit birit.

SUSU LEMBU DAN PRODUK SAMPINGAN SUSU
Sicomel memang sukakan susu lembu tetapi mereka kekurangan enzim laktase untuk menghadam laktosa (gula) yang terkandung di dalam susu lembu atau mana-mana produk berasaskan susu.

KERACUNAN
keracunan berpunca dari makanan yang telah tercemar. Makanan dalam tin atau kering juga boleh tercemar samada dari proses pembuatan atau makanan yang terdedah kepada bahan pencemar. Kucing dewasa jarang keracunan makanan kerana mereka lebih sensitif tetapi tidak bagi anak kucing. Namun toksik boleh masuk dalan badan ketika menjilat bulu dan kaki mereka yang terkena toksi seperti minyak, pencuci pinggan, sabun dan sebagainya. Toksik juga boleh menyebabkan muntah-muntah.

CACING
Samada anak kucing atau kucing dewasa, mereka boleh dijangkiti oleh cacing parasit. Kemungkinan ini lebih besar bagi anak kucing dan kucing yang dibiarkan merayau di luar rumah. Kehadiran lendir (mukus) atau darah pada najis juga menunjukkan tanda-tanda (simptom) masalah cacing. Sicomel yang mempunyai masalah cacing akan menjadi tidak selera makan, cepat letih, badan menyusut, cirit-birit dan kadangkala muntah-muntah. Setiap jenis cacing ada rawatan pencegahnya tersendiri, dan untuk merawatnya perlulah dibawa ke pusat veterinar yang berhampiran dengan kawasan anda. Jika sicomel anda cirit-birit, perlulah membawanya berjumpa dengan doktor veterinar untuk rawatan selanjutnya.


P/S: Sekiranya berlaku cirit-birit, anggaplah anda berada ditempat sicomel anda. Dan akhirnya anda tahu apa punca yang menyebabkan cirit-birit pada sicomel anda.

KOMEN ANDA

BLOGGER: 56
  1. Anonymous6/01/2014

    thanks share, risau dibuatnya anak kucing tue asik berak cair je.

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    Hi...Sharing is caring...info untuk semua... :-D

    ReplyDelete
  3. Anonymous10/22/2014

    saya ada anak kucing baru 3/4 weeks, harini dia cirit birit tp saya selalu bagi susu yg dia selalu minum dari klinik.. Any suggestions? :(

    ReplyDelete
  4. Hi, da berapa lama agaknya anak kucing tu cirit birit? Susu berbentuk powder atau yang sudah dibancuh? Cuba tengok tarikh luput susu yang diberikan...

    Susu yang dicadangkan...Sangat bagus dan sudah siap dibancuh...

    http://www.doggyfriend.com.sg/assets/order_images/1127848(1).png

    ReplyDelete
  5. Kalau ibu kucing cirit, boleh effect kat baby tak??? Then kalau bg ubat cirit kat mama dia, boleh effect kat baby jgak ke? Baby dia bru 3 minggu risau jugak

    ReplyDelete
  6. @Wawer Warrior Sebelum tu nak tahu le punca ibu kucing cirit birit? Jika ianya berlarutan, Admin nasihatkan supaya bawa ke klinik Vet yang berhampiran untuk nasihat dan rawatan dari doktor. Terima kasih...

    ReplyDelete
  7. Kucing sy mengalamj cirit birit dalam 2,3 hari tp sy baru perasan. Dia berak cair dan duburnya bengkak apa perlu sy buat. Nk bawa pergi klinik haiwan sy kawasan pendalaman susah.. Sy amat risau keadaanya. :'( dia masih kecil Dan masih minum susu ibunyaa.

    ReplyDelete
  8. @sha sha Rawatan dirumah untuk kucing yang mengalami cirit birit boleh dilakukan seperti berikut:
    Puasakan kucing dari makanan untuk 12-24 jam, berikan air sedikit demi sedikit dengan kerap. Kemudian berikan sedikit makanan basah kitten yang lembut dengan menggunakan syringe (force feed). Jika kucing tidak lagi mengalami cirit birit, maka kita boleh memberikan makanan asal kucing secara perlahan2 dalam beberapa hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak kucing baru 2 weeks dah berak cair tu normal ke? saya syak susu Midalac yang saya kasi tu buat dia berak cair. kemudian, boleh ke puasakan mcm admin suggest tu walaupun dia usia 2 weeks? Tqia.

      Delete
  9. Kucing sya sehari slps vaksin mngalami cirit birit..kemudian sya menghantar ke vet..dan doc memberitahu mungkin alahan..doc mnyarankan sya supaya beli wet food utk allergy..smpai sekrg sdh 2 minggu masih x baik..ape ptut saya buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas pengalaman kami setakat ini kucing yang di vaksinkan takde lagi masalah cirit birit. Jika ianya berlarutan mungkin di sebabkan cacing ada dalam badan kucing tu. Pastikan kucing di beri ubat cacing (dewormed) 3 atau 6 bulan sekali. Terima kasih :D

      Delete
    2. Samalah saya... kucing pon cirit birit lepas vaksin n bg makn ubat cacing... xtahu lah kenapa.. sebelum tu elok jek taik dy

      Delete
    3. Sekarang dh baik ke

      Delete
    4. Setahu kami, kucing yang belum di vaksin atau makan ubat cacing akan mengalami cirit birit untuk beberapa hari dan kemudian akan kembali normal. Ubat cacing tu berfungsi mematikan cacing-cacing yang ada dalam sistem badan kucing, manakala vaksin tersebut untuk melumpuhkan pergerakan virus yang ada dalam sistem badan kucing. Terima kasih

      Delete
  10. kucing saya preggy...takkan kena puasa kn dia sebab bby dalam perut nk makan...cmne ea en azizi?

    ReplyDelete
  11. @sahye punye belog...
    Kena bawa pergi berjumpa dengan doktor veterinar. Dapatkan khidmat nasihat dari veterinar...

    ReplyDelete
  12. Assalam .
    sy nak tnye pasal kucing lah .
    sy ade anak kucing usia dlm 3 bulan kebawah .
    dy berak berdarah tiba2 hari ni . Sy agak pelik . Slalunya sy bg dy makan whiskes junior xpon sy bg mkn nasi dgn ikan bilis goreng yg dtumbok n gaol dgn nasilah . Tapi hari ni sy bg dy mkn nasi dgn ikan bilis yg x dgoreng (mentah) . Tiba2 ptg tadi dyberak berdarah . Sy agak risau . Dy kurus tapi perot dy besar dan bulat . Ble pegang dy rasa tulang je . Adakah dy keracunan mknan atau sy tukar mknn dy mcm tu je so dy jadi cirit berdarah . Ble sy tnye dkt mak , mak kata dlm badan dy panas . Sy kurg puas hati tu yg sy search kat google them terjumpa blog nie . Minx tlg bg pndapat n cre sy nak atasi sakit baby cat sy .

    ReplyDelete
  13. @Miss Private
    Wassalam...Maaf kelewatan untuk kami membalas komen Miss Private... Salah satu punca atau simptom kecacingan dalam perut yang menyebabkan berak berdarah/ kembung perut/ rasa tulang...Jika keadaan teruk sila bawa ke klinik haiwan yang berdekatan...Kalau normal boleh atasi dengan beli ubat cacing dalam bentuk tablet dengan kami... Boleh hubungi 014-7206120 (En.Zul)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,
    saya mempunyai kucing,
    saya telah memberi makan whiskies,
    tapi pagi tadi dia kene cirit-birit,
    jadi apa langkah/cadangan untuk mengatasi cirit-birit ini
    sebab selalu kucing saya makan nasi ,lpstu saya bagi wiskis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin tak sesuai dengan whiskies. Untuk maklumam makanan di jual di pasara tidak elok di beri makan pada kucing kerana sumber bahan pewarna dan garam yang sangat tinggi. Sebab itulah kucing mudah cirit birit. Kosisten dengan makanan yang sedia ada... :)

      Delete
  15. assalamuailaikum...
    saya mempunyai 3* kucing biasa
    tapi sejak kebelakang ini dyorg asyik berak cair....
    dulu bagi makan blackwood kitten tp sejak kedai dekat rumah saya xjual blackwood sy tukar kepada rc yang persian kitten 2 ....
    mcm mana ye ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...Dah tahu puncanya kenapa poo nya cair tidak seperti biasa. Seeloknya sebelum untujk menukar makanan perlu di campurkan terlebih dahulu dengan makanan sedia ada...Cthnya seperti nisbah 1:2 dimana 1 adalah baru @ persian kitten dan 2 adalah makanan sedia ada @ blackwood kitten. Jika ianya berlarutan sila bawa ke veterinar utk dapatkan khidmat dan nasihat dari doktor nanti yer.. :)

      Delete
  16. Assalamualaikum....tumpang tnya.ank kucing sy kena cirit birit shari lebih dr 10 kali poo, n ni hr kdua dh..tp still active.sy jmpa kt tepi bus stop.hr ptma ok msk kedua dia dh strt..sy bg makan wet food tuna whiskes n pro diet junior end up mcm ni tp x control mkn habis letak n isi lg.n plus susu replacer jenama neu zea so penuh rumah dgn poo dia..hr ni sy tukar bg ikan mentah je..n air glucose..btl ke cr ni ..n sy x bwk g vet ats kemampuan ..dh goggle cr pyelesaian tp xde ending..btl ke bleh bg teh o mcm manusia..bgaimana nk rawat sdiri kt rumah..ni hr ktiga sy x bg mkn ape tp bising nk mkn..susu dh stop n cuma bg ikan mentah selar stgh pg n stg mlm..cuma kesian dia mntk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...Cara untuk memberi makanan yang mentah sebenarnya tidak elok mungkin mengandungi bakteria yang masih hidup pada makanan mentah. Seeloknya rebus terlebih dahulu. Sebaiknya ajar anak kucing tu makan makanan kibbles dari jenis kitten sbb sumber protien sgt bagus berbanding makanan basah. Untuk susu seeloknya kena bagi susu khas untuk kucing dan bukannya susu dari manusia sbb lactosanya sgt tinggi. Bahaya untuk anak-anak kucing yang tgh nak membesar. Di nasihatkan jangan bagi makanan basah yang mentah...Tidak elok untuk kesihatan. Terima kasih atas pertanyaan yer.. :)

      Delete
  17. Salam .macam mana ye nak buat kalau kucing cirit birit.dah bawak g klinik .bole sapu minyak x kat dubur dia yang bengkak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata doktor veterinar? Punca cirit birit mungkin di sebabkan cacing dalam badan kucing tersebut. Sila bagi ubat cacing (dewormed) 3 atau 6 bulan sekali. Gunakan minyak gamat untuk sapukan di dubur kucing tu yer.

      Delete
  18. Salam, seminggu lepas saya jumpa 3 ekor anak kucing dalam usia 1 atau 2 hari:(sbb xboleh jalan dan mata ttp) .. Saya susu guna botol kitten sehari saya bagi 3-4 kali.. Saya bagi susu kotak, tp sekarang anak kucibg tu cirit keluar darah dan bontot bengkak, ada x cara nak pulihkankan? Saya mmg susah nak g kinik sbb waktu dye operasi pendek dan lokasi jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. 1stly kami nak tanya susu jenis apa yer? Seeloknya susu khas untuk kucing atau susu kambing sesuai untuk anak kucing dan selain dr susu yang kami sebutkan tu mmg tak sesuai kerana laktosa yang sgt tinggi boleh menyebabkan kucing cirit birit. Cuba tukar penggunaan susu tu yer. Terima kasih :D

      Delete
  19. Salam...normal ke ank kucing yg berumur 1minggu lbih berak cair warna kuning? Ank kucing tu Ade Ibu & menyusu mcm biasa...cme risau tgk sbb mcm cirit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....Kalau ada ibu tak perlu risau, Ibu kucing tu akan uruskan nanti...Mungkin terlalu kenyang dengan susuan ibu... Tu yang boleh berak cair warna kuning tu. Terima kasih

      Delete
  20. Assalamualaikum, 2 ekor kucing saya berumur sekitar 3 bulan, baru deworming 2 minggu lepas,tapi kena cirit birit. Selain tu, jadi kurang aktif dan tak nak makan sangat. Saya baru beri makan whiskas campur wet dan dry food. Tapi nak menyusu mak dia. Boleh dapatkan nasihat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, biasanya kalau deworm ni mesti ada kesan sedikit di sebabkan sistem badan kucing masih lagi tidak boleh menerima antibiotik deworm (perut maragam). Biasanya kena tunggu masa dalam 1 bulan lebih dan bekalkan makanan yang berkhasiat dari sumber protien yang tinggi seperti air dan ayam rebusan tanpa garam. Jika ianya masih menyusu tidak mengapa dan tidak membawa sebarang masalah.... Terima kasih :)

      Delete
  21. Kalo bagi kuching makan nasi dgn ikan jgn bagi kuah sekali lah yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya letaklah sedikit kuah tu. Dinasihatkan rebus kosong tanpa sebarang perasa garam yer.

      Delete
  22. Assalamualaikum, kucing saya berumur 7 minggu.. baru 1st deworm session 2 minggu lepas, next session next week... Lepas deworm, kitten cirit birit... Makan berselera je and active bermain.... Adakah sbb penukaran mknn kibbles? Sbb kucing nih da tak menyusu ibu dia... Dia berselera je makan kibbles RC for kitten dan wet food, cumanya dia cirit birit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau diikutkan umur tu dalam 2 bulan lebih kan? Biasanya kalau cirit birit tu puncanya adalah permulaan untuk belajar atau curi-curi makan sebab di peringkat umur begini anak kucing cuba belajar untuk makan sendiri tanpa menyusu. Keadaan ini biasa terjadi pada anak-anak kucing yang belajar makan kerana sistem penghadaman yang belum biasa dengan makanan kibbles RC dan wet food kerana sebelum ini makanan utama anak kucing adalah susu ibu yang mengandungi sumber zat dan protien. Faham tak apa yang kami cuba sampaikan? Cthnya begini, biasanya kalau anak-anak kecil sudah biasa makan nestum dan tetiba di berinya makan nasi minyak, for sure akan cirit birit pada anak-anak kecil tersebut. So begitulah dengan anak kucing yang berumur 7 minggu. Untuk permulaan dan penerimaan sesuatu yang baru masuk kedalam perut tetapi mengambil sedikit masa untuk kembali seperti sediakala... Jika berlarutan, sila bawa ke veterinar berdekatan yer... :)

      Delete
  23. Anonymous8/05/2018

    Assalamualaikum..sy nak tanya..ada anak kucing ni dah kematian ibunya. Ada 3 ekor. Lagi 2 ekor kucing sy bawa ke tempat anak2nya untuk susukan. Tapi lagi sekor ni dia biarkan je. Sy pergi pet shop dia suggest susu kambing. Umurnya dalam seminggu. Sy stop bagi bila perut dia dah besar walaupun dia nak lagi. Sy letak dalam kotak dia terus berak. Berak biasa je. Petang tu pulak sy tengok ada najis cair warna coklat.kenapa jadi macamni ye? Normal ke? Atau sy kena tukar susu lain? Kesian dia lapar. Sebab sy tak berani nak bagi dia susu tu lagi takut dia sakit perut.sy bagi susu kambing jenis bancuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf kelewatan kami untuk membalas komen. Kami ada pengalaman seperti tuan. Biasanya kami akan guna susu khas kucing sama ada bancuh ataupun jenis yang sudah di bancuh. Jadi kami akan beri dia setiap 3 @ 4 jam sekali. Biasanya kalau susu selain dari ibunya, anak kucing akan berak dan warnanya sedikit kekuningan coklat. Itu sudah menjadi kebiasaan pada anak kucing sbb susu yang diberi tidak sama dengan susu ibu. Jika ibunya masih hidup, najis anak kucing itu akan di jilat sepenuhnya oleh ibunya. Harap maklum....

      Delete
  24. kucing saya 3 bln lps bagi ubt cacing cirit lagi , harni hari ke 2 , still cirit , ubt cirit mkn tp cirit lagi :(

    ReplyDelete
  25. Salam doktor.. kucing sy baru melahirkan baby lebih kurang seminggu yg lepas.. bbrpa hari yg lepas sy tersilap cmpur kibble utk ibu kucing tersebut.. dia masih cirit yg teruk sehingga hari ini.. sy bawak ke veterinar, pihak vet bg ubt bewarna hitam untuk hentikan cirit.. masalah kucing sy, dia langsung xnak sentuh makanan.. sy forcefeed i/d pun dia luih semula.. dia cirit air, jernih/kehijauan/hitam.. apa lg yg boleh sy bg utk membantu hentikan cirit dia ya..

    ReplyDelete
  26. Wanjack10/04/2018

    Salam. Kucing sy baru bljr makan. Tp skrg cirit birit dekat seminggu. Tak de selera makan. Hari ni datang bau busuk badan nya. Punggung nye mcm bengkak. Ermmm ��

    ReplyDelete
  27. Good entry. Saya ada dua ekor kucing umur lebih kurang 10 bulan. Kucing2 saya positive parvo and selalu berak cair n dubur bengkak. Encik ada cara untuk saya kurangkan bengkak dubur dia ?

    ReplyDelete
  28. Salam saya ada anak.kucing berusia seminggu lebih. saya just bg Susu kambing yg powder sbb x Dak peti ais dekat hostel. adakah normal bila Anak kucing tu jarang berak Dan apabila berak. najisnya cair Dan berwarna kuning? perluka saya tukar susu atau kurangkan jumlah Susu? atau Ada sebab lain? Susu yg saya beli adalah dari kedai kucing.

    ReplyDelete
  29. adakah normal jugak bila anak kucing tu selalu dangat mangiau.. hanya diam bila minum Dan tido. yg lain mengiau Tanpa henti 😅😂

    ReplyDelete
  30. Anak kucing saya usia dlm 3/4 buln. Sy ada terbaca yg blackwood adalah makanan terbaik utk anak kucing, tp ank kucing saya tk nak makan makanan kucing. Sy ada rebus dada ayam + ikan. Mula2 ok, tp lpas 1 mngu dia berak cair. Apa yg ptut sy buat?

    ReplyDelete
  31. hai.. kucing saya usia 6bulan..dlm 2/3 hari ni dia tiba2 berak cair.. saya dah bawa pergi vet and dr ada bagi makanan utk pengganti sementara.. tapi kucing saya tak makan.. so, saya bg biskut shaja tapi dah 3hari still berak cair lg.. tolong apa yg perlu saya buat utk hilang kan berak cair dia

    ReplyDelete
  32. Hai sya ada kcing yg ditinggalkan ibu nya Dan bru buka kedua belah mata hari ni dan sya perasan anak kucing sya kelihatan tak bermaya mcm lemah sangat nak bergerak tahi dia pun bentuk cecair mngkin sbb telebih bgi susu kmbing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpi mcm tak telebih jga sbb sya bagi smpai dia dah taknak. So nak Tanya ada cam mna nak sembuhkan dia

      Delete
  33. saya ada 3ekor anak kucing berumur 3 bulan .. tiga² kuat makan n minta makan ....nak wet food je... lepas makan je makan msti diorg berak ... diorg suka sangat berak..sikit² berak sikit² berak ... xtahu la nk buat macam mne ... kang xbg makan dah merajuk pulak ... sabar jelah

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, maaf nak tanya. Sy jmpa kitten umur 1 atau 2 bulan. Bagi susu khas dia yg siap bancuh, nasi dan ikan rebus. Tp dia cirit teruk. Dah bawak vet pun masih sama. Sy stop susu pun sama jugak. Mcm mana ye? Ada terbaca psl jelly gamat. Boleh bg dia makan ke? Tolong ...

    ReplyDelete
  35. Nak tanya? Anak Kucing baru seminggu gitu.. Smlm dia cirit birit. Hari ni dia berak berdarah pulak.. Dia takde ibu lagi so saya kasi dia susu khas utk baby kucing memula tu okey. Tp start semlm dia mcm taknak then setiap lap bontot die cirit birit.. Mula² ngat dia tak sesuai dgn susu khas tu. Hari ini dia keluar berdarah plk? Mcm mane yee?

    ReplyDelete
  36. harap balas ,saya mempunyai 5 anak kucing. anak kucing saya dah cirit lebih seminggu dan muntah ,pagi harini saya check diorang jadi tak bermaya dan tidak aktif , saya berasa risau kerana kuarantin Dan tidak boleh ke klinik , harap balas 😭😭

    ReplyDelete
  37. Nak tanya,anak kucing sye bru 3 minggu tapi dia berak terkeluar macam cecair putih seperti susu pastu dalam sehari tu mesti berlaku 3-4 kali nak buat macam mana yer

    ReplyDelete
  38. Salam.
    Maaf tumpang tanya,
    Kenapa Anak kucing saya kurus,buncit dan cirit. Selera makan ok kalau makan makanan basah la mcm isi ayam.
    Ubat cacing dan ubat cirit dah bagi. Tapi masih cirit cuma kadang najis dia elok tapi lepas tu cirit semula. Ibu dia pulak, makan elok cuma kurus sngt, najis lembik dan banyak. Kenapa ya? Terima kasih

    ReplyDelete
  39. Hi , saya ade kucing tpi saya dh bagi ubat cacing pada 14hb haritu dan makanan dia makan makanan yang sama tpi makin hari makin teruk juga cirit birit nya . sedih nyaaaa

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Name

130 ekor kucing,1,1sahabat 1 malaysia,6,abused,1,adopt free services,11,advantage-cat,1,akta,2,aktiviti,1,al-fatihah,1,al-hijrah TV,1,anak angel phase 2,1,anak angel phase 3,1,anak angel phase 4,2,anak cheezy,1,anak cicy phase 2,1,anak gegirl junior fasa 1,2,anak gegirl phase 2,1,anak kucing,4,anak kucing parsi,1,anak kucing untuk di jual,2,anda soal kami jawab,1,angpau,2,aniayai,2,anjing,1,anjing dan kucing jalanan,1,announcement,1,antibiotik,1,arnab,1,artikel,5,assalamualaikum,1,astro awani,1,attention,1,available,1,bantahan,1,basmi kutu,1,bayer,1,bengal,1,beranak,1,berita harian,1,berkabung,1,bilik kaca mating,2,biz malaysia,1,blog,6,Blog contest,11,blog review,6,blogger segmen,1,blogger segment,1,bloggers,7,blogspot,4,boarding,8,boarding aidilfitri,1,boarding aidilfitri 2017,1,boarding aidilfitri 2018,1,boarding services,3,booking form,2,borang online boarding aidil fitri 2014,1,borang online boarding aidil fitri 2017,1,Borang Tempahan,3,british short hair,1,bubu meow meow,1,buffered earning,1,bunting,1,carta ZABP,1,cat adoption,5,cat birth,1,cat boarding,3,cat gathering in the garden,8,cat on instagram,1,cat pregnant,1,cat show,1,catless wednesday,3,cats competition show,1,cawangan baru,1,celebrate,1,chuki,1,classic tabby,1,comedy,2,comel,3,comot,1,contest review,2,contest review linky dot my 2015,1,cute cat,1,cuti,2,cuti sekolah,1,daporqlate,1,demam,1,demam kucing,1,dera,1,DIY,1,doa,3,doauntukMH370,2,domestic short hair,3,doodle,2,DSH,1,duit sampingan,1,dunia artis,1,dunia sicomel,1,emosi,1,entri,3,even,1,event,9,expo,3,facebook,18,fakta,1,fastival,1,fitnah,1,flea,1,flu,1,flyers,1,followers,8,foto,1,frame,1,friendster,2,fullhouse,1,funny,4,GA. give away,5,Gadget,1,gambar hiasan,1,ganjaran,1,gathering cat in the garden,3,gelagat,10,geng blogger,11,germisep,1,giveaway,7,glove,1,google,1,google earth,1,google maps,1,gps,1,grooming services,1,guinea pigs,1,hadiah,4,hamil,1,happy birthday,2,harga,1,hari raya aidil adha,4,hari raya aidil fitri,3,hari wilayah,1,harian metro,1,hasad dengki,1,hasil tangan,1,hiasan dinding,1,hibah,2,homemade,2,hotel kucing & spa kinrara,1,i want to touch a cats,1,icon,1,idea,1,iklan,9,imexa,2,inf,1,info,200,info kesihatan,47,info kucing,183,Info mylovely-cats,243,info sahabat,216,infografik,7,islam,2,jajan,1,jalan-jalan cari info,19,jalan-jalan cari kedai,3,jemputan khas,2,johor,1,joke,2,jual,1,kartun,1,kasih sayang,1,kasih sayang ibu,1,kejam,2,kemalangan,1,kembiri,1,kenagan,1,kenali sicomel,3,keputusan,2,kill,1,kinrara,1,kisah dongeng,1,kisah islam,2,kisah lawak,3,kisah nabi,2,kisah teladan,3,kitten,8,kitten for sales,8,klinik,1,koleksi,1,koleksi terhad,1,komen,1,komen anda,2,kongsi,1,konvensyen,1,kraftangan,1,kuala lumpur,1,kucing demam,1,kucing percuma,4,kucing sihat,1,kutu grooming,2,labus,1,lagu,1,larkin,1,lawak,9,lawak sicomel,6,lembah klang,1,Lenovo,1,Lenovo Yoga Tablet 10.1 Series,1,lensa niaga,1,limited edition,1,lion cut,1,lokasi,2,loket,1,luahan hati,1,lynk dot my,1,lynundi,1,maal hijrah,2,mac 2013,1,machiko flea,1,majalah,1,majalah haimeow,2,majlis daerah kluang,1,majlis rumah terbuka,1,makcik mala,1,mandian,1,mandian kutu,2,manila,1,mati dengan sengaja,1,matikan,1,matikan dengan suntikan,1,mating servis,1,maulidur rasul,2,MCFA,1,melaka,1,MEPS higway,1,MH370,2,mini petshop,1,momok,1,moral of story,1,motivasi,1,mudah.my,1,muning,1,myspace,3,nasi lemak kopi o,2,nasihat,1,navigation,1,networking,5,news,1,niat,1,nota penting,2,nuffnang,1,online shop,3,opening,1,organisasi pengurusan,6,packages ZABP,1,pakej kami,6,pakej mandian kutu,2,pameran,4,papan tanda,1,Pelanggan Kami,45,pembeli kucing,1,pembukaan,1,pembunuhan,1,pemenang,2,pemilik,2,pencarian bloglist,1,penderaan haiwan,1,pengguna,2,penghargaan,2,pengumuman,8,pengurusan haiwan,2,penjagaan sicomel,1,perasmian,1,peraturan,1,perayaan,2,percuma,5,perkhidmatan cat sitting,1,perkhidmatan grooming,6,perkhidmatan mating,15,perkhidmatan SAH,1,perkhidmatan trimming,2,persian semi flat face,5,persiapan awal,1,personal,1,pertandingan,31,pesanan,1,pet blower,1,pet lover,1,petition,1,petsafe,1,petua,1,photoshop,1,pick up services,1,posing,3,post,3,poster,2,pray4MH370,2,prince,2,produk baru,2,program,10,program santai,6,program sihat,11,Promosi,38,promotion,2,PTS,1,puasa,1,puchong,2,puisi,1,puppies,1,pusat jagaan haiwan,1,pusat jagaan kucing,1,pusat perlindungan kucing,1,put to sleep,1,putrajaya,1,Q-A,2,r.i.p,1,rabu tanpa perkataan,1,ragam kucing,13,ramadhan,1,rawat,1,review Services,1,rewards,1,RTM,1,rukun islam,1,sajak,2,sakit telinga dan mata,1,salam ramadhan,1,sales of kitten,12,sambal tempoyak petai ikan bilis,1,sambutan,1,sampul angpau versi ZABP,2,sampul hari raya 2013,1,sangkar baru,1,says dot com,1,school holiday,1,sedih,1,segera,1,segmen,34,segmen fb,2,sehati sejiwa,1,selamat ulang tahun,2,selangor,2,selingan,6,sembang kucing,2,services grooming,4,servis,2,servis boarding,3,servis iklan berbayar,1,sharing,1,show,1,si anur dan si miaw,3,si chuki,1,si momot,3,sicomel,4,signboard,1,Simalang,2,simptom,1,sistem gps,1,Sistem imunisasi Badan,1,siti,1,siti dimiliki,1,social,1,social network,1,song,2,SPM 2011,1,sticky,2,suit tabung,1,super specials boarding free,1,syarat dan terma,1,tag 4 u malaysia,1,tag nama,1,tagged,1,tahniah,1,tahun baru,1,tahun baru cina,2,takziah,3,taman puncak jalil,1,taman tasik permaisuri,1,tampoi,1,tazkirah,18,Tazkirah jumaat,24,terma dan syarat,1,Testimoni,28,TF advance,1,thumbler,1,tick,1,tidur dengan suntikan,1,tidurkan,1,tip dan panduan,49,tip mandian kutu,2,Tips Penjagaan Kucing,90,transfer factor 4 life,1,treat,1,trimming services,1,tuah,1,tutorial,2,tv9,2,twitter,2,ucapan,30,undang-undang,1,undian,1,utusan malaysia,1,veterinar,1,video,7,vime- frondog,1,waze,1,wetfood,1,wish,2,wordless wednesday,73,wordpress,1,world,1,yink,1,youtube,14,yuna,1,zabp,1,zul & azizi baording pets,1,
ltr
item
Zul & Azizi Boarding Pets: Punca & Simptom Cirit Birit Pada Sicomel Anda
Punca & Simptom Cirit Birit Pada Sicomel Anda
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm6N2atNcWhaeUnR8P94MP0nFdruJTYVBIAi5-2CMHqMGUf_FscrxiFd0SCC6pdmg2uVRDd3XJWGYf3p148ccYZ1fyybWSg9lWqTZ-iZaseAS35vgVGMP9FBDsdXOEi0lZpXBszSgoVtej/s1600/dia_cat1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm6N2atNcWhaeUnR8P94MP0nFdruJTYVBIAi5-2CMHqMGUf_FscrxiFd0SCC6pdmg2uVRDd3XJWGYf3p148ccYZ1fyybWSg9lWqTZ-iZaseAS35vgVGMP9FBDsdXOEi0lZpXBszSgoVtej/s72-c/dia_cat1.jpg
Zul & Azizi Boarding Pets
https://mylovely-cats.blogspot.com/2011/06/punca-simptom-cirit-birit-pada-sicomel.html
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/2011/06/punca-simptom-cirit-birit-pada-sicomel.html
true
8534666320151591297
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content