Ada Usaha, Ada Ilmu, Pasti Ada Jalannya!
Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing Berzikir)
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat pelanggan-pelanggan tetap dan baru khususnya, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat dan pencinta kucing tegar amnya. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masi di beri nyawa lagi untuk meneruskan puasa hari ke-3 dan In Sha Allah hari-hari berikutnya sehinggalah akhir Ramadhan. Amin...

Entri kali ini lain dari yang lain dimana kami ingin menceritakan pengalaman kami berniaga hanya dengan 9 buah sangkar sahaja dan hanya berkonsepkan berniaga di rumah hinggalah kami menyewa sebuah premis di Kinrara, Seksyen 3, Puchong, Selangor.
Sebelum kami meneruskan perkongsian ini, dialu-alukan untuk melayari laman portal khas untuk anda yang ingin berjinak-jinak dalam apa jua jenis perniagaan sekalipun. Klik kat bawah ni...
Hanya bermodalkan kucing peliharaan sendiri, 9 buah sangkar dan bilik kosong serta sedikit ilmu pemasaran online yang kami belajar dari salah seorang otai pemasaran online. Pada awalnya kami tidak mempunyai ilmu berblog tapi niat dihati ingin belajar tetapi dimana dan caranya kami tidak tahu.
Pada mulanya kami ternampak 1 iklan di carian google dan pada masa itu kami merasa ragu-ragu dengan bisnes yang dijanjikan itu. Dengan nekad kami menyertai bisnes tersebut dan berjumpa seorang otai yang pakar dalam internet.
Masa itulah peluang kami untuk belajar serta korek ilmu blog dari otai tersebut sehinggalah kami pandai mengendalikan blog ini. Alhamdulillah dengan ilmu yang ada, kami mencuba perniagaan servis boarding kucing dirumah. Kami mula menggunakan blog sebagai tapak perniagaan dan akhirnya kami berjaya mendapat pelanggan pertama dari Sungai Buloh. Nak tahu ke? Tengok sini >>> PELANGGAN KAMI
Dengan menyediakan servis pengangkutan, pelanggan tersebut bersetuju menggunakan servis boarding kami untuk menghantar kucingnya disini. Hari demi hari pelanggan kami bertambah sehinggakan pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri, kami menerima pelanggan yang sangat ramai masa itu kerana ruang bilik yang sangat terhad.
Kami membuat keputusan untuk berhijrah ke ruang lebih besar dengan menyewa premis. Dengan ruang yang lebih besar, kami boleh memuatkan sebanyak 200 ekor kucing dalam musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri. Dengan berkat ilmu, tenaga dan kosisten dengan apa yang ada, kami kekal dengan bisnes servis boarding & mandian sehingga kini.
Tidak kira apa jua perniagaan sekalipun, tanpa ilmu mungkin kami tidak sampai ketahap ini. Begitu juga dengan program seperti Konvensyen Usahawan Muslim ini. Jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan ilmu dan tips menjadi seorang usahawan yang berjaya dan diberkati Allah.
Kami sarankan agar anda diluar sana yang ingin berjaya seperti kami, rebutlah peluang keemasan ini agar dapat menyemarakkan lagi suasana ilmu yang sangat berguna untuk diri dan masa depan.

Dengan ILMU, USAHA dan DOA, In Sha Allah mungkin anda juga salah seorang dari Usahawan Muslim yang berjaya. Jangan lupa sertai program ini untuk memantapkan lagi ilmu dalam apa jua perniagaan sekalipun.
Notakaki: Jom! Sama-sama hebahkan dan kongsikan program ini pada kawan-kawan yang berminat dengan ilmu untuk menjadi usahawan berjaya seperti mereka ini.
setuju
ReplyDelete