$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!    title=    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Masalah Selsema Pada Kucing Anda? Ini Jalan Penyelesaiannya!

Masalah Selsema pada kucing anda? Ini Jalan Penyelesaiannya!

[full_width]Masalah Selsema pada kucing anda? Ini Jawapan Kami! | Seringkali kucing anda akan mengalami masalah kesihatan selsema, bukan? Dan ketika itu anda akan pening untuk merawatnya, ada di antara sudah berkali-kali membawa ke klinik veterinar untuk rawatan tetapi masih juga dalam keadaan yang sama dan kos rawatan kucing pun akan meningkat.

antibiotik imexaKali ini ZABP ingin berkongsikan tips dan rawatan kucing yang mengalami masalah selsema dimana ianya adalah berdasarkan dengan pengalaman kami telah menggunakan Antibiotik Imexa untuk kucing. Sebenarnya antibiotik Imexa ini adalah konsumer untuk manusia tetapi boleh di gunakan pada kucing. Ingat! Antibiotik ini tersangat kuat dan memberi kesan yang cepat untuk sembuh dari selsema. Berikut adalah antibiotik IMEXA untuk masalah kucing seperti berikut:
  • Demam
  • Cirit-birit
  • Selsema (flu)
  • Tiada selera makan
  • Lemah dan tidak bertenaga
Kucing selsemaUntuk pengetahuan anda, jika di dapati kucing anda mengalami masalah selsema, perlulah di asingkan dengan kucing yang lain kerana virus selsema ini mudah dan cepat merebak dengan kucing yang lain. Antara tanda-tanda awal kucing mengalami masalah selsema adalah seperti berikut:
  • Bersin
  • Mata berair
  • Cecair cerah keluar dari hidung
  • Batuk
  • Demam
  • Air liur meleleh
  • Stres/depresi
Rawatan dan Pencegahan awal boleh merawat kucing anda sebelum ianya menjadi keadaan yang lebih teruk dan virus selsema ini boleh menular dengan kucing yang lain.
  • Perlu asingkan kucing yang mengalami masalah selsema kerana mudah di jangkiti.
  • Perlu di kuarantin ke dalam sangkar buat sementara waktu untuk mengawal penyakit ini menjadi lebih parah.
  • Pemberian antibiotik dari klinik veterinar untuk rawatan mencegah dari ianya menjadi lebih teruk kerana virus ini boleh merosakkan tisu hidung, mata, sinus, mulut dan paru-paru kucing.
  • Pemberian vaksin mengikut jadual yang telah di tetapkan oleh doktor veterinar anda. kerana virus ini menular melalui udara.
  • Force Feed bagi kucing yang mengalami masalah selsema yang teruk kerana deria bau tidak berfungsi sepenuhnya. Jika tidak di force feed, kucing anda akan hilang tenaga dan lemah.
  • Sentiasa bekalkan air bersih yang secukupnya agar kucing tidak mengalami masalah hidrasi (hydrated).
Rawatan dengan Antibiotik Imexa
Bagi kucing anda yang mengalami masalah selsema, kami rekomen anda gunakan antibiotik ini untuk merawat masalah selsema kucing anda. Ianya dalam bentuk serbuk dan dimasukan kedalam botol seperti gambar di atas. Berikut adalah cara sukatan dos yang perlu di patuhi untuk merawat masalah selsema pada kucing anda.
  • Masukkan air filter atau mineral atau suam hingga ke paras yang di tandakan seperti gambar di atas.
  • Kemudian anda perlu goncangkan sehingga ianya larut dan sebati.
  • Dos mengikut peringkat umur kucing:
    • Anak kucing berumur 1 tahun dan kebawah:
    • Gunakan picagari (syringe) dan sukat 0.5ml untuk 1 kali sehari sehingga hari ke-5
    • Kucing dewasa berumur 1 tahun dan keatas:
    • Gunakan picagari (syringe) dan sukat 1.5ml untuk 1 kali sehari sehingga hari ke-5
Perlu di ingat, antibiotik ini adalah ubat terkawal oleh Kementerian Kesihatan dan ianya boleh di dapati di farmasi klinik melalui surat doktor sahaja. Hanya klinik veterinar yang terpilih sahaja akan menggunakan antibiotik ini untuk rawatan kepada pelanggannya.

DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DARI VET ANDA! 

Untuk rawatan kucing yang sedang sakit atau demam, anda perlulah merujuk kepada pakar vet yang berhampiran dengan anda dan minta khidmat nasihat, apakah antibiotik yang terbaik dan berekesan untuk merawat demam kucing dengan cepat. Selepas kucing anda mendapat rawatan dan antibiotik akan dibekalkan doktor veterinar, anda perlulah memantau dari segi penjagaan dan rawatan kucing anda supaya tidak berlaku apa-apa yang teruk pada pada kucing anda.

Sebarang cadangan, pendapatan atau komen, anda boleh tinggalkan di ruangan artikel di bawah ini, in shaa Allah, kami secepat mungkin akan membalas komen anda. Terima kasih sudi bertandang di blog kami. Selamat membaca!

Masalah Selsema Pada Kucing Anda? Ini Jalan Penyelesaiannya!

KOMEN ANDA

BLOGGER: 93
  1. Kucing saya tgh mengandung ckup bulan..dia mghidapi selsema yg agak teruk..mata dn hdg berair..air liur meleleh...kg sy jauh dr bandar..so apa rawatan yg sesuai utk kucing saya si aria tu...kesian aria...nasib baik stkat hr ni dia masih selera mkn...sy ada simpanan ubt antibiotik tp sy x brani nk bagi mkn tkut mnjejaskn kandungnnya...mohon slesaikan mslh sy..t/ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imexa tidak sesuai untuk kucing mengandung, seeloknya bagi suppliment vitamin untuk menguatkan sistem imunisasi badan kucing melawan selsema. Cuba guna suppliment Transfer Factor. Boleh hubungi kami utk Order TF.. http://www.wasap.my/+60172041096/Transfer_Factor

      Delete
  2. Kucing saya hilang selera makan secara nendadak...adakah dia blh diberi antibiotik ini..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hilang selera boleh menyebabkan demam, so boleh bagi antibiotik ni...

      Delete
  3. Ini ke ubt yg sama diberi oleh veterinar? Sy kucing sy demam selsema... Sy dah pergi tadi veterinar gov.. Dia cakap kena bg ubt tu sekali sehari dan ubt tu mcm serbuk dlm botol perlu tmbh air 20ml dlu... Mslh skrg sy lupar berapa ml nak bagi dgn syringe.huhu..tlg jwb.. Setiap kucing sama ke dosnya? Kucing sy sdg menyusu ank tiga minggu... T.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut arahan doktor veterinar. Antibiotik ini hanya sekali setiap hari sehingga hari ke 7. Kami sudah ada terangkan dos dalam entri post ni. Boleh baca yer. Terima kasih :)

      Delete
  4. kucing saya nafas laju & tidak bermaya..sesuai x antibiotik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normally jika nafas kucing laju atau tercungap2 ini mungkin virus aktif, dinasihatkan bawa ke klinik veterinar yang berhampiran untuk khidmat nasihat dan rawatan lebih lanjut. Imexa ni hanya sesuai kucing yang mengalami demam atau selsema sahaja. Jika lain dari itu, terus rujuk dengan panel veterinar anda. Terima kasih :)

      Delete
  5. Kucing sy selsema tpi alami mslh nafas berbau sikit.. Adakah sukatan ia sama.. Terima ksh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukatan dos tetap sama. Consume sehingga 7 hari. Jika di dapati masih belum recover, bawa ke klinik veterinar yang berdekatan untuk rawatan selanjutnya. Mungkin virus selsema sudah imun dengan antibiotik imexa. Terima kasih :)

      Delete
  6. Assalam..kucing saya selesema bila bersin hingus hijau,dah bawa ke vet dan doc bg antibiotik clavamox..bioa habis je antibiotik selesema dtg kembali,ada testimoni pelanggan tak mengenai antibiotik ini boleh share dkt kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Setakat ni ramai pencinta haiwan dah guna antibiotik Imexa. Sangat berkesan & cepat. In Shaa Allah, kami akan post artikel berkenaan dengan testimoni yang menggunakan antibiotik ni yer... :)

      Delete
  7. Ubat ni msuk kt mulut kucing ka pungkoq die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ubat ni untuk makan bukan untuk masuk dalam pungkoq dia yer. Terima kasih :)

      Delete
  8. Anak Kucing saya mungkin dijangkiti virus. Saya beri amoxcicilin sehari 0.5ml. Selama 3 hari dia menunjukkan tanda2 positif..dh boleh makan sendiri & jalan dr bilik me garaj rumah untuk amik oxygen fresh..hari ke 4 saya mandikan dgn air sedikit suam..dia tidur Lena & selesa. Tetapi sejam setengah selepas saya perhatikan nafas mula rendah & perut mcm tak kembang Kempis..says cuba sentuh perlahan2 dia seolah kejang2 mcm nk kena stroke..dan bermulalah dia lumpuh & esok harinya terus meninggal. Apa puncanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin puncanya di sebabkan virus dalam badan kembali aktif. Bila virus aktif. ianya akan menyerang organ-organ penting seperti jantung & melumpuhkan sistem imunisasi badan kucing.

      Delete
    2. Sepatutnya jangan mandi kucing yang baru lepas sakit sbb antibodi dia masih lemah dan kalau mandi akan merendahkan imun badan kucing.Itu sebabnya lepas vaksin vet akan pesan supaya jangan mandikan kucing dalam masa 3 hari.

      Delete
  9. Salam..nk tnya ubt imexa ada jual x?area alor star xdak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Maaf ubat ini tidak di jual di mana-mana kedai haiwan. Ini adalah ubat terkawal. Hanya di jual oleh mana-mana pencinta kucing di atas talian sahaja. Terima kasih :)

      Delete
    2. Pet shop area Bagan Serai ada jual ubt nie

      Delete
    3. Saya nk beli ubat ni bole x... Ank kucing kembar say umur 5 bln kna selesema dgn hingus hijau... Dh mcm² ubat bgi,bwk vet pun still sma... Skrang dia dh start x nk mkn plak,sya risau sngat... 😢😢

      Delete
    4. Boleh ws sya di nmbor ni ye... ASAP
      Sya nk cuba antibiotik ni plak.. http://Www.wasap.my/60177208895

      Delete
  10. Salam... Imexa sesuai untuk kucing 1.5 bulan tak.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.... imexa ni sesuai untuk anak kucing yang melebihi dari 3 bulan dan keatas sahaja. 1.5bulan tu masih kecil, menyusu dengan ibunya dan tidak sesuai untuk umur anak kucing tersebut.. Terima kasih :)

      Delete
  11. Anonymous6/19/2019

    Salam imexa sesuai utk kitten yg umur 1 bln tak..n dose dia mcmna.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.... imexa ni sesuai untuk anak kucing yang melebihi dari 3 bulan dan keatas sahaja. 1 bulan tu masih kecil, menyusu dengan ibunya dan tidak sesuai untuk umur anak kucing tersebut.. Terima kasih

      Delete
  12. Anonymous6/23/2019

    As salam. Berapa lama imexa boleh tahan disimpan dan digunakan selepas ia digunakan pada kali pertama? Apakah cara terbaik utk menyimpannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Selepas imexa di gunakan, sila tutupnya tudungnya dengan rapat dan simpan di dalam peti ais. Sila rujuk tarikh luput imexa pada botol atau label. Jika di dapati cecair imexa berubah warna dari jernih menjadi kekuningan, antibiotik tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Terima kasih

      Delete
  13. As salam. Boleh beri imexa pada kucing anemia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tetapi bergantung kepada sistem imunisasi pada kucing itu sendiri. Terima kasih

      Delete
  14. Saya beri vitamin RB Tone utk kucing anemia saya dan sekarang ini dia sedang selsema, hidung blocked. Bagaimana saya nak menjadualkan pengambilan vitamin dan imexa. Saya takut dia overdos pula sbb bercampur2 ubat. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya kucing tersebut mengalami selsema, utamakan pemberian antibiotik imexa dan di ikuti vitamin selepas 3 atau 5jam. Terima kasih :)

      Delete
  15. Mcm mana nk order kucing sya selsema g klinik x baik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh order di talian whatsApp yang tertera di atas yer :)

      Delete
  16. mcm mana order kucing sy dah mcm2 klinik x elok2.. bokeh whatsapp saya x 0183813938

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh order di talian whatsApp yang tertera di atas yer :)

      Delete
  17. Bexton bronsyp sesuai ke x utk kucing sya yg selsema n tgh mengandung? Takut menjejaskan kandungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang antibiotik tidak sesuai pada ibu kucing yang tengah mengandung. Cuba cari suppliment vitamin yang membantu menguatkan sistem daya tahan badan atau imunisasi supaya ianya kuat untuk melawan selsema. Terima kasih :)

      Delete
    2. Bronsyp tu antibiotics ke?

      Delete
  18. Saya nak tanya...imexa ni lps kita buka cap dia..berapa lama boleh disimpan?maknanya selepas kita bancuh..berapa lama kita ble simpan pg..ada tarikh luput x?terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ada tarikh luput adalah 1 tahun. Mudah sahaja, jika warna cairan imexa itu bertukat menjadi kekuningan, maka antibiotik sudah tidak boleh digunakan lagi. Sila simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama selepas ianya di gunakan. Terima kasih :)

      Delete
  19. Nk tanya, anak kucing saya baru Bermuda 1 bln lbh & kna flu..dh bg ubat flu yg d bli d klinik vet tp x sembuh..5 ekor ank kucing data dh mati an flu ni..tgal 4 ekor lg tp sgt lemah..apa plu saya bt utk slmtkn kucing2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antibiotik ini ada dos penggunaannya. Pengalaman kami jika dapati kucing flu, kami akan lap dengan kain bersih yang telah di rendam dengan air suam dan kemudian lap bahagian flu yang teruk. Kemudian barulah bagi makan antibiotik flu pada kucing tersebut. Kami akan lakukan setiap hari untuk bagi makan antibiotik flue sehinggalah kucing itu pulih sepenuhnya. Biasanya cara makannya dan dos adalah 2 kali setiap hari iaitu waktu pagi & malam. Terima kasih

      Delete
  20. boleh saya tahu mcm mne saya nak dapat kan ubat tersebut ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jenis atau nama antibiotik flu yang vet bagi pada Tuan yer? Minta khidmat nasihat dari doktor veterinar tersebut, terangkan pada doktor berkenaan dengan antibiotik yang diberinya tidak berkesan, request antibiotik yang lain. Terima kasih :)

      Delete
  21. boleh beri pada ibu kucing yg menyusukan baby tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh bagi pada kucing yang tengah menyusukan anak kecuali ibu kucing yang sedang mengandung. Tidak sangat sesuai.

      Delete
  22. Kucing sya Selesema Dan bersin. Bila bersin akan keluar hinggus yg pekat dan ini telah berterusan.... Even sya dh bawa ke vet dh lebih 10 Kali... Bgi mcm2 ubat pun jalan... Sya dh buntu mcm mn nak rawat kucing sya... Nak vaksin x blh sbb selesema nya x pandai hilang.... Tp kucing sya aktif n kuat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing kami pun ada yang mengalami masalah yang sama dengan tuan. Kami juga bagi kucing antibiotik jenis imexa cuma kejap hilang dan kejap datang balik. Cuba gunakan produk transfer factor utk bantukan menguatkan sistem imunisasi kucing tuan. Mungkin dapat membantu masalah tuan ini yer. Terima kasih :)

      Delete
  23. Assalamualaikum..
    Benarkah jika kita pernah beri kucing yg sakit dgn imexa ni...ubat2an lain tidak boleh mengatasinya lagi...bermaksud kucing tu perlu diberi imexa setiap kali jatuh sakit..
    Sumber didapati dr kenalan di kalangan rescuer...
    Mohon pencerahan.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Ini semua Dengan Izin Allah.. Melalui pengalaman, kami hanya bagi imexa pada kucing-kucing kami yang mengalami masalah selsema dan demam. Dan tidak pernah lagi bagi antibiotik selain imexa. Terima kasih :)

      Delete
  24. Saya ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih atas ubat ini (imexa), kerana 2 ekor Kucing saya yg telah lama mengalami selsema telah pulih sepenuhnya...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua Dengan Izin Allah.. Dia Yang Menyembuhkan.. Kita sebagai manusia sekadar berusaha mencari jalan untuk membantu merawat kucing dan selebihnya bertawakal dan berdoa padaNya. Terima kasih :)

      Delete
  25. Kucing Saya lemah Tak bermaya, bulu gugur, selsema, Ada batuk sikit mcm tercekik. Boleh ke consume antibiotic ni. Skrg nk pergi vet tutup mco ni. Buntu dah 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat kami, cuba bagi minum air seperti 100 plus yang di buang gasnya atau air glukos perasa original utk tambahkan tenaga. Jika ada perubahan cuba dapatkan suppliment Transfer Factor utk membantu mengguatkan sistem imunisasi kucing tuan. In Shaa Allah, Dengan IzinNya... Kami sekadar mencadangkannya. Terima kasih :)

      Delete
  26. Boleh guna jenama lain yg kandungan ubatnya sama??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kami tahu apa jenama antibiotik tersebut?

      Delete
  27. Assalamualaikum kucing sy 6ekor selsema.. Sy dh bgi ubat masih tdk sht.. Pe perlu buat, boleh tak sy bgi kucing sy mandi air suam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nasihat kami, jangan mandikan kucing tersebut kecuali 6 ekor kucing tersebut sembuh sepenuhnya. Jika tuan bawa 6 ekor kucing ke vet dan keputusannya tetap sama, kena bawanya sekali lagi utk khidmat nasihat selain dr antibiotik yang dia bagi tu mungkin tidak kuat dosnya. Terima kasih :)

      Delete
  28. Anonymous5/24/2020

    Assalam boleh tak kalau saya bagi antibiotics ni bersama immune booster dan multivitamin sebab kucing saya sangat mudah jatuh sakit disebabkan persekitaran dan ada yang tiada selera makan. Kalau kucing mengandung saya bagi immune booster dan multivitamin shj blh ke jika antibiotics ni tak sesuai untuk kucing mengandung yang selsema?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh tapi jangan bagi serentak dengan antibiotik imexa, kalau boleh tunggu selama 1 atau 2 jam selepas itu boleh bagi immune booster dan multivitamin. Terima kasih :)

      Delete
  29. Assalamualaikum, mana yang lebih sesuai untuk beri ubat Imexa pada kucing dewasa? 0.50 atau 1.50 ml?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Ini jawapanya yer..
      Kucing dewasa berumur 1 tahun dan keatas:
      Gunakan picagari (syringe) dan sukat 1.5ml untuk 1 kali sehari sehingga hari ke-5

      Delete
  30. Kucing sya hilang selera mkn dan mnum serta merta,bolekah ubat ni mmbantu dan berapa lama bole nmpk kesannya selepas mkn ubat ni???Dan adakah ubat ni berbau seperti ubat antibiotik org????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya imexa ini adalah antibiotik untuk manusia dan dosnya sangat sesuai untuk digunakan pada kucing cuma salah di sisi undang-undang jika menjualnya tanpa kebenaran dari pihak KKM. Hanya klinik atau famarsi yang bertauliah sahaja boleh menjual antibiotik ini. Kami sekadar berkongsi pengalaman setelah menggunakan imexa ini pada kucing-kucing kami. Terima kasih :)

      Delete
  31. kalau tiada antibiotik tu mcm mne yea ?

    ReplyDelete
  32. Salam.. kucing saya baru lepas beranak (2 minggu) lepas tu dia selsema sampai keluar hingus hijau yg pekat.. dan didapati baby pon dah mula bersin2 sehingga kan anak nya menghidapi selsema ( 1 ekor dah mati sebab selsema) boleh tak mak kucing konsume imexa??

    ReplyDelete
  33. Ain immany7/03/2020

    Salam.. kucing saya baru lepas beranak (2 minggu) lepas tu dia selsema sampai keluar hingus hijau yg pekat.. dan didapati baby pon dah mula bersin2 sehingga kan anak nya menghidapi selsema ( 1 ekor dah mati sebab selsema) boleh tak mak kucing konsume imexa??

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum.. Anak kucing saya mengalami selsema dan sakit mata(kerap berair dan bertahi) tetapi selera makan n minum Alhamdulillah ok dan dia juga aktif pada waktu siang.. Cuma bila malam dia tak berapa aktif dan pernafasan dia agak sukar.. Apakah ubat yang patut saya beri pada anak kucing saya yea.. Nak bawa p vet tak mampu... Coz baru mula bekerja selepas PKP tempo hari.

    ReplyDelete
  35. Salam..
    Kucing saya mengalami masalah selsema berulang2 lately ni..bila dia selsema sy akan bawa ke vet dan akan diberi rawatan nebuliser selama beberapa hari..dia akan sehat sepenuhnya selepas rawatan itu..dan selang seminggu selsema akan kembali..boleh bantu saya rawatan atau ubatan yg sesuai bagi masalah kucing saya ini...

    ReplyDelete
  36. boleh sy tahu mana nak dpat kan ubat ni?

    ReplyDelete
  37. Ubat ni kena mkn tempoh berapa lm..adakah bila kucing dah baik selsema blh stop..atau kena mkn lagi

    ReplyDelete
  38. Saya dah baca dari atas.. Cuma nak kan kepastian.. Bermakna utk kucing selsema kita cuma bg imexa sahaja kan.. X perlu di sekali kan dgn ubat selsema... Betul ke..

    ReplyDelete
  39. Anonymous9/27/2020

    Jika terlebih dos apa perlu buat ya?? Mahu keterangan pls

    ReplyDelete
  40. Kucing sye demam shja tkde selsema blh je bgi imexa ni kan??

    ReplyDelete
  41. Kalau bancuh serbuk tu sikit2 boleh ke? Ataupun nk kne bancuh semuanya skli ?

    ReplyDelete
  42. kucing saya seLsema, bersin, hiLang seLera makan..ubat apa yg sepatutnya diberikan kpd kucing..

    ReplyDelete
  43. Hi kucing saya mengalami selsema dah lama yg teruk sekali sampai dah berketul kuning kuar dah beri kan ubat antibiotics and bronsyrup masih tidak elok boleh bantu saya

    ReplyDelete
  44. Salam,bagaimana cara untuk mendapatkan ubat IMEXA tersebut

    ReplyDelete
  45. Jika terlebih dose..apa kesan nye ye..

    ReplyDelete
  46. Salam,nak tanya ubat tu kan serbuk so kene tuang air ke dalam botol ke cmne? Kalau tuang kat botol serbuk tu ikut paras yang disediakan dalam gambar ke?

    ReplyDelete
  47. Asssalamualakum, sy ada 5 ekor anak kucing beumur 5/6 bulan boeh diktakan semua selesema mata berair , bersin & batuk. pegi vet kerajaan msim pkp skrg ni dorang tak buat treatment atau cucuk vaksin. tapi cuma bagi pil doxycyline 50 mg utk 5 hari makan..so firstday mmg makan dan utk hari terakhir harini 25/2 anak2 kucing semua tak nak mkn.. bagi je luah even letak dlm wetfood pun tak mkn.situasi mash sama tapi ada sedkit perubhan still mata berair/ beringus . salah sekor tak selera nak mkn ..bdan still aktif banding dgn firstday. jadi persoalan patut ke saya bagi mkan imexa atau ada ubat yg lain lebih efektif.. atau sy perlu pegi vet semula?

    ReplyDelete
  48. Hi assalamualaikum nak tanya mana nak beli ni ye? Dan juga macam mana cara pergunaan nya. Maaf kalau soalan banyak hm nk tnya kucing saya ni dia mcm sesak nafas lpstu tkde selera nak makan. saya kesian tengok dia. Saya ingt nk bawak dia pergi ke klinik tpi mahal😭😔 tolong saya jawab ni pls

    ReplyDelete
  49. Anonymous7/25/2021

    Kucing saya menyusukan anak boleh bg ke ubt ni..baru 3 ari.ibu dia selsema teruk

    ReplyDelete
  50. Anonymous8/25/2021

    Salam bos.. sy beli kucing berumur 3bln. Masa beli mmg dah selsema owner lama bagi ubat klinik. Lps 5 hari tak ok sy bawa p klinik dan suntik antibiotik dan selsema. Lps 3 hari makan ubat dan amtibiotik dah sembuh. Lps 2 minggu dtg balik selsema tu. Sy bawa ke klinik kena suntik lg.. lps 3 minggu jdi balik..doktor ckp klu tak ok mai ambik darah nk buat test. Sy tak pegi lg la sbb risau covid ni. Yg menghairankn sy dia tak demam atau hilang selera makan. Dia aktif mcm biasa. Makan byk pula tu. Berat pun dari 1.74 bln lps dah 2.2kg skrg. Sy pun pening.. tpi hidung still berair dan bersin keluar hingus hijau.. dah 2bln mcmni.. sy baru nk cuba imexa harap boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan anak kucing saya. Dari saya amik dekat owner bulan 7 sampai sekarang selsema berulang. Nak buat macam mana eh?

      Delete
  51. Assalamualaikum.suami saya ada bw balik anak kucing.jumpa tepi jalan.umur maybe dlm 2 bulan.dia selesema teruk.saya dah bg ubat selesema yg vet bg tp still xhilang selesema.skrg ni sy tgk hingus dia dah jd color hijau.blh ke saya try bg imexa kat dia?kalau boleh,saya nak order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy risau sbb tgk dia makin xaktif..bernafas pun mcm guna mulut je.xtau nak tlg dia mcm mana.kesian tgk.pls reply asap. Tq.

      Delete
    2. Sy dah baca dr atas... imexa x sesuai utk kucing bawah 3 bulan.

      Delete
  52. Assalamualaikum, boleh saya tahu mcm mana nak dptkan antibiotic imexa ni? Semua farmasi ada jual tak

    ReplyDelete
  53. Kucing sy hilang selera makan..lepastu selsema mcm mna ye..

    ReplyDelete
  54. Salam bang, mmg isi air dlm botol tu lpstu guna sukatan yg abg bagi tu je eh, agak2 bape kali boleh bagi untuk satu botol tu bagi kucing dewasa. Lagi satu bang biasanya ubat mcmni simpan kat mana ye, dlm peti ke. semoga abg dpt bantu, terima kasih.

    ReplyDelete
  55. sy nk tnya,kalau xlega perlu bagi lagi x lebih dari 5 hari,sebab ada bersin skit2 lagi..hingus dh kering

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Name

130 ekor kucing,1,1sahabat 1 malaysia,6,abused,1,adopt free services,11,advantage-cat,1,akta,2,aktiviti,1,al-fatihah,1,al-hijrah TV,1,anak angel phase 2,1,anak angel phase 3,1,anak angel phase 4,2,anak cheezy,1,anak cicy phase 2,1,anak gegirl junior fasa 1,2,anak gegirl phase 2,1,anak kucing,4,anak kucing parsi,1,anak kucing untuk di jual,2,anda soal kami jawab,1,angpau,2,aniayai,2,anjing,1,anjing dan kucing jalanan,1,announcement,1,antibiotik,1,arnab,1,artikel,5,assalamualaikum,1,astro awani,1,attention,1,available,1,bantahan,1,basmi kutu,1,bayer,1,bengal,1,beranak,1,berita harian,1,berkabung,1,bilik kaca mating,2,biz malaysia,1,blog,6,Blog contest,11,blog review,6,blogger segmen,1,blogger segment,1,bloggers,7,blogspot,4,boarding,8,boarding aidilfitri,1,boarding aidilfitri 2017,1,boarding aidilfitri 2018,1,boarding services,3,booking form,2,borang online boarding aidil fitri 2014,1,borang online boarding aidil fitri 2017,1,Borang Tempahan,3,british short hair,1,bubu meow meow,1,buffered earning,1,bunting,1,carta ZABP,1,cat adoption,5,cat birth,1,cat boarding,3,cat gathering in the garden,8,cat on instagram,1,cat pregnant,1,cat show,1,catless wednesday,3,cats competition show,1,cawangan baru,1,celebrate,1,chuki,1,classic tabby,1,comedy,2,comel,3,comot,1,contest review,2,contest review linky dot my 2015,1,cute cat,1,cuti,2,cuti sekolah,1,daporqlate,1,demam,1,demam kucing,1,dera,1,DIY,1,doa,3,doauntukMH370,2,domestic short hair,3,doodle,2,DSH,1,duit sampingan,1,dunia artis,1,dunia sicomel,1,emosi,1,entri,3,even,1,event,9,expo,3,facebook,18,fakta,1,fastival,1,fitnah,1,flea,1,flu,1,flyers,1,followers,8,foto,1,frame,1,friendster,2,fullhouse,1,funny,4,GA. give away,5,Gadget,1,gambar hiasan,1,ganjaran,1,gathering cat in the garden,3,gelagat,10,geng blogger,11,germisep,1,giveaway,7,glove,1,google,1,google earth,1,google maps,1,gps,1,grooming services,1,guinea pigs,1,hadiah,4,hamil,1,happy birthday,2,harga,1,hari raya aidil adha,4,hari raya aidil fitri,3,hari wilayah,1,harian metro,1,hasad dengki,1,hasil tangan,1,hiasan dinding,1,hibah,2,homemade,2,hotel kucing & spa kinrara,1,i want to touch a cats,1,icon,1,idea,1,iklan,9,imexa,2,inf,1,info,200,info kesihatan,47,info kucing,183,Info mylovely-cats,243,info sahabat,216,infografik,7,islam,2,jajan,1,jalan-jalan cari info,19,jalan-jalan cari kedai,3,jemputan khas,2,johor,1,joke,2,jual,1,kartun,1,kasih sayang,1,kasih sayang ibu,1,kejam,2,kemalangan,1,kembiri,1,kenagan,1,kenali sicomel,3,keputusan,2,kill,1,kinrara,1,kisah dongeng,1,kisah islam,2,kisah lawak,3,kisah nabi,2,kisah teladan,3,kitten,8,kitten for sales,8,klinik,1,koleksi,1,koleksi terhad,1,komen,1,komen anda,2,kongsi,1,konvensyen,1,kraftangan,1,kuala lumpur,1,kucing demam,1,kucing percuma,4,kucing sihat,1,kutu grooming,2,labus,1,lagu,1,larkin,1,lawak,9,lawak sicomel,6,lembah klang,1,Lenovo,1,Lenovo Yoga Tablet 10.1 Series,1,lensa niaga,1,limited edition,1,lion cut,1,lokasi,2,loket,1,luahan hati,1,lynk dot my,1,lynundi,1,maal hijrah,2,mac 2013,1,machiko flea,1,majalah,1,majalah haimeow,2,majlis daerah kluang,1,majlis rumah terbuka,1,makcik mala,1,mandian,1,mandian kutu,2,manila,1,mati dengan sengaja,1,matikan,1,matikan dengan suntikan,1,mating servis,1,maulidur rasul,2,MCFA,1,melaka,1,MEPS higway,1,MH370,2,mini petshop,1,momok,1,moral of story,1,motivasi,1,mudah.my,1,muning,1,myspace,3,nasi lemak kopi o,2,nasihat,1,navigation,1,networking,5,news,1,niat,1,nota penting,2,nuffnang,1,online shop,3,opening,1,organisasi pengurusan,6,packages ZABP,1,pakej kami,6,pakej mandian kutu,2,pameran,4,papan tanda,1,Pelanggan Kami,45,pembeli kucing,1,pembukaan,1,pembunuhan,1,pemenang,2,pemilik,2,pencarian bloglist,1,penderaan haiwan,1,pengguna,2,penghargaan,2,pengumuman,8,pengurusan haiwan,2,penjagaan sicomel,1,perasmian,1,peraturan,1,perayaan,2,percuma,5,perkhidmatan cat sitting,1,perkhidmatan grooming,6,perkhidmatan mating,15,perkhidmatan SAH,1,perkhidmatan trimming,2,persian semi flat face,5,persiapan awal,1,personal,1,pertandingan,31,pesanan,1,pet blower,1,pet lover,1,petition,1,petsafe,1,petua,1,photoshop,1,pick up services,1,posing,3,post,3,poster,2,pray4MH370,2,prince,2,produk baru,2,program,10,program santai,6,program sihat,11,Promosi,38,promotion,2,PTS,1,puasa,1,puchong,2,puisi,1,puppies,1,pusat jagaan haiwan,1,pusat jagaan kucing,1,pusat perlindungan kucing,1,put to sleep,1,putrajaya,1,Q-A,2,r.i.p,1,rabu tanpa perkataan,1,ragam kucing,13,ramadhan,1,rawat,1,review Services,1,rewards,1,RTM,1,rukun islam,1,sajak,2,sakit telinga dan mata,1,salam ramadhan,1,sales of kitten,12,sambal tempoyak petai ikan bilis,1,sambutan,1,sampul angpau versi ZABP,2,sampul hari raya 2013,1,sangkar baru,1,says dot com,1,school holiday,1,sedih,1,segera,1,segmen,34,segmen fb,2,sehati sejiwa,1,selamat ulang tahun,2,selangor,2,selingan,6,sembang kucing,2,services grooming,4,servis,2,servis boarding,3,servis iklan berbayar,1,sharing,1,show,1,si anur dan si miaw,3,si chuki,1,si momot,3,sicomel,4,signboard,1,Simalang,2,simptom,1,sistem gps,1,Sistem imunisasi Badan,1,siti,1,siti dimiliki,1,social,1,social network,1,song,2,SPM 2011,1,sticky,2,suit tabung,1,super specials boarding free,1,syarat dan terma,1,tag 4 u malaysia,1,tag nama,1,tagged,1,tahniah,1,tahun baru,1,tahun baru cina,2,takziah,3,taman puncak jalil,1,taman tasik permaisuri,1,tampoi,1,tazkirah,18,Tazkirah jumaat,24,terma dan syarat,1,Testimoni,28,TF advance,1,thumbler,1,tick,1,tidur dengan suntikan,1,tidurkan,1,tip dan panduan,49,tip mandian kutu,2,Tips Penjagaan Kucing,90,transfer factor 4 life,1,treat,1,trimming services,1,tuah,1,tutorial,2,tv9,2,twitter,2,ucapan,30,undang-undang,1,undian,1,utusan malaysia,1,veterinar,1,video,7,vime- frondog,1,waze,1,wetfood,1,wish,2,wordless wednesday,73,wordpress,1,world,1,yink,1,youtube,14,yuna,1,zabp,1,zul & azizi baording pets,1,
ltr
item
Zul & Azizi Boarding Pets: Masalah Selsema Pada Kucing Anda? Ini Jalan Penyelesaiannya!
Masalah Selsema Pada Kucing Anda? Ini Jalan Penyelesaiannya!
Masalah Selsema pada kucing anda? Ini Jalan Penyelesaiannya!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYDKJw0O134nBeylMy6SQ7vbtOEvXMbflIQUbPaBxhuK0W8EvHbAq2fNXKNlkE3xPRBihNjMo3Gl7KUK1ZClrATWL9MoGwWJDOd2eaVCothueX8Vb8AIlHLmn1BSDGH9J1frFAfjWT6dU/s200/antibiotik+imexa.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYDKJw0O134nBeylMy6SQ7vbtOEvXMbflIQUbPaBxhuK0W8EvHbAq2fNXKNlkE3xPRBihNjMo3Gl7KUK1ZClrATWL9MoGwWJDOd2eaVCothueX8Vb8AIlHLmn1BSDGH9J1frFAfjWT6dU/s72-c/antibiotik+imexa.JPG
Zul & Azizi Boarding Pets
https://mylovely-cats.blogspot.com/2017/04/masalah-selsema-pada-kucing-anda-ini-jalan-penyelesaiannya.html
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/2017/04/masalah-selsema-pada-kucing-anda-ini-jalan-penyelesaiannya.html
true
8534666320151591297
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content