Terdetik Hati Sedih Ketika Melihat Anjing Malang
Terdetik Hati Sedih Ketika Melihat Anjing Malang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah sekian lamanya kami tidak mengemaskini artikel baru walaupun sudah masuk tahun 2016 tetapi masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada pelanggan baru dan sedia ada, follower, pembaca blog setia kami, warga facebook dan pencinta kucing Malaysia amnya. Semoga anda bahagia bersama sicomel tersayang.
Entri bagi tahun 2016 ini tiada kaitan dengan tips & panduan sicomel, ianya kisah perkongsian agar dapatlah kita sama-sama memupuk sifat kasihkan pada semua haiwan ciptaan Allah di mukabumi ini walaupun ada didalam al-quran dan as-sunnah menyatakan hukum halal dan haramnya. In Shaa Allah jika di keadaan terpaksa, Islam tidak melarangnya. Tetapi wajib di samak selepas itu. Kisah ini terjadi waktu semalam 06 Januari 2016, Rabu.
Semasa pulang dari kerja melalui lauan motor di KESAS higway, ternampak seekor anjing yang malang dalam keadaannya menyayat hati, berkemungkinan di langgar motor atau sebaliknya sehinggakan tidak dapat berjalan. Dalam keadaan anjing itu yang terduduk di dalam longkang yang ditakungi air di sekelilingnya dan diselimuti dengan jaket baju, terdetik hati ini meberhentikan motor dengan niat kerana Allah untuk mengalihkan anjing yang malang itu ketempat yang kering dan dilindungi dari terkena hujan. Terjelas sudah dari raub wajah anjing malang itu, kami tahu dan sudah faham apa yang ingin di beritahu olenya.
Lalu cuba untuk mengalihkan dengan menggunakan jaket tetapi dimarahi oleh anjing itu dan kami tahu anjing itu sedang mengalami kesakitan. Mencuba dengan menarik ekornya dan mengalih di tempat yang lebih selamat dan tidak terdedah dengan hujan. Dalam keadaan keseluruhan badannya basah terkena hujan, sempat kami mengambil gambar dan cuba viralkan info ini melalui whatsapp group untuk meminta mana-mana persatuan anjing yang boleh menyelamatkan anjing malang ini.
Selepas sahaja mengalihkan anjing itu di tempat selamat dan tidak terkena hujan, kami pun berlalu pergi dan tinggalkan anjing dengan doa supaya anjing ini akan diselamatkan oleh mana-mana pihak NGO. Alhamdulillah dengan niat yang baik, pasti keputusannya juga akan baik. Kami telah menerima panggilan dari hamba Allah yang menggelarkan nama dirinya Zakwan bertanyakan kisah hal anjing ini. Sempat juga masa itu, kami kongsikan lokasi kejadian untuk menyenangkan pihak NGO nanti.
NGO yang dikenali Malaysia Dogs Deserve Better (MDDB) menyelamatkan anjing malang ini tetapi yang datang ketika itu adalah orang Melayu Islam kita sendiri. Pada mulanya anjing liar ini sangat agresif tetapi memandangkan tidak boleh bergerak, dicubanya untuk menjinakkan anjing malang ini. Akhirnya anjing malang ini mengalah dan menyerah diri untuk di selamatkan. Sempat juga Encik Zakwan berkongsikan gambar setelah berjaya menyelamatkan anjing ini dan diserahkan kepada pihak NGO yang berwajib.
Kesimpulannya, anjing juga adalah makhluk yang di ciptakan oleh Allah, maka ianya juga berhak untuk hidup bersama manusia. Jadi kita sebagai manusia, sifat kasih mengasihini antara makhluk Allah amatlah dipandang mulia. Jika ianya berlaku di tempat anda, apa yang anda akan lakukan?
Info sekiranya anda ternampak ada anjing malang yang memerlukan pertolongan, anda boleh hubungi terus ke NGO MDDB atau boleh hubungi personal En.Zakwan 012-6344149 atau 013-2809773. Buatlah yang termampu demi kebaikan bersama. In Shaa Allah.
Perlukan pakej boarding yang murah? Baca info ini: Hotel Kucing & Spa Kinrara

KOMEN ANDA