Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing berkejaran) Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, follo...
Miaoo...Miaoo...Miaoo (Versi kucing berkejaran)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pelanggan baru dan tetap kami khususnya, followers, para-para bloggers, pelawat dan pencinta kucing tegar. Kami memohon doa agar anda dan sicomel sentiasa kekal sihat dan aktif. Pastikan sicomel anda perlu diVaksin terlebih dahulu demi menyelamatkan nyawanya sebelum terlambat.
Entri untuk hari ini adalah berkaitan dengan tips dan panduan kesihatan tentang "Stray Cat" Vs "Indoor Cat". Apa itu "Stray Cat" @ kucing jalanan. Sebenarnya maksud "Stray Cat" @ kucing jalanan ialah kucing yang berada diluar rumah tanpa pemilik dan tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik serta boleh berlaku kematian akibat virus atau bakteria dalam sistem badan secara tiba-tiba. tahap kesihatan makanan dan minuman tidak terjaga dan tidak terjamin.
Bagaimana pula dengan "Indoor Cat" @ Kucing rumah? Ianya adalah kucing yang dimiliki oleh pemilik dan mempunyai tahap kesihatan yang baik serta mendapat perhatian sepenuhnya dari pemilik. Tahap kesihatan makanan dan minumannya terjamin.
Tips Permulaan Penjagaan "Stray Cat" @ kucing jalanan
1- Pastikan sicomel dimandikan terlebih dahulu untuk membersihkan bulu serta mengNyah kutu dan fungus pada badan sicomel.
2- Bawa berjumpa dengan doktor veterinar yang bertauliah untuk tujuan Vaksin & Deworm
3- Asingkan terlebih dahulu dengan sicomel yang sedia ada (jika ada membela sicomel yang lain) selama 1 @ 2 minggu didalam sangkar khas dan sediakan bekas pasir, makanan dan minuman secukupnya.
4- Semasa proses pengasingan @ kuarantin didalam sangkar khas, berikan perhatian sepenuhnya kepada sicomel ini agar tidak kelihatan murung.
5- Setelah tempoh proses kuarantin tamat, sila bawa berjumpa sekali lagi dengan doktor veterinar yang bertauliah untuk memastikan tahap kesihatannya terjamin.
Kenapa perlu vaksin dan deworm?
1- Untuk menNyahkan aktifkan virus @ bakteria dalam badan sicomel.
2- Agar virus @ bakteria dalam badan tidak mudah dijangkiti dan tersebar dengan sicomel yang lain
3- Agar sicomel tidak sakit perut akibat persekitaran baru atau makanan dan minuman
4- Agar sicomel kekal sihat & aktif seperti "Indoor Cat" yang lain dan kesihatannya terjamin.
*INGAT!
Jangan terus mencampur dengan sicomel yang sedia ada didalam rumah kerana anda sendiri tidak tahu tahap kesihatannya dan boleh berlaku jangkitan virus secara tiba-tiba yang menyebabkan kematian. Ini membolehkan jangkitan virus akan mudah dijangkiti dengan sicomel yang lain.
P/S: ZABP berharap jika anda membela "Stray Cat" @ kucing jalanan, gunalah info ini sebaik mungkin. Apa yang kami kongsikan berdasarka pengalaman yang telah kami alami sebelum ini... Terima kasih (",)
P/S: ZABP berharap jika anda membela "Stray Cat" @ kucing jalanan, gunalah info ini sebaik mungkin. Apa yang kami kongsikan berdasarka pengalaman yang telah kami alami sebelum ini... Terima kasih (",)
Hadiah Doodle Korea Dari Apit
KOMEN ANDA