$type=slider$meta=0$snip=0$rm=0

Cerdik Pintar    YOUR AD HERE!    title=    Rahsia Penulis    YOUR AD HERE!    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    YOUR AD HERE!   

Tips & Kesihatan: Ulser Mulut Kucing

Salam sejahtera buat pelanggan tetap & baru, Pembaca & pelawat, bloggers dan Pencinta Kucing yang setia. Entri kali ini mengenai kes...

Salam sejahtera buat pelanggan tetap & baru, Pembaca & pelawat, bloggers dan Pencinta Kucing yang setia. Entri kali ini mengenai kesihatan Ulser Mulut. Pernahkah anda melihat ulser mulut dikucing? Bukan sahaja pada manusia, kucing juga boleh menghidapi ulser mulut seperti kita.

Ulser Mulut Pada Manusia

Ulser mulut kucing biasanya berlaku pada semua peringkat umur kucing. Penyakit ini biasa menunjukkan tanda mulut kucing dijangkiti kuman atau virus atau petanda kucing diserang penyakit didalam mulut. Penyakit seperti ini biasanya berlaku ialah "Periodontal Disease" atau "Tooth Problem (masalah gigi)". Penyakit Gingitivitis Kucing (Feline Gingivitis) juga dikenali sebagai salah satu "Periodontal Disease". Masalah gigi kucing merujuk kepada masalah gusi bengkak, gusi berdarah dan segala masalah berkaitan gigi dan gusi kucing.



Masalah Ulser ini juga disebabkan masalah Ginjal dan beberapa masalah lain yang jarang berlaku pada kucing. Periodontal Disesae juga akan menyebabkan kucing anda mengalami masalah penyakit hati, jantung dan buah pinggang. Tanda-tanda kucing mengalami  masalah ulser mulut, antaranya adalah seperti berikut:-
  • Ulser mulut- Menyebabkan kucing susah hendak makan
  • Sensistif dengan sentuhan manusia- tidak suka dipegang dan dibelai seperti selalu.
  • Kurang upaya dan hilang selera makan
  • Kesakitan dan Ketidakselesaan.
  • Gusi Berdarah
  • Gusi kemerahan dan bengak



Seperti manusia juga, apabila terkena ulser mulut kita akan mengalami kurang selesa makan dan masa bercakap. Begitu juga kucing apabila mengalami masalah penyakit ulser mulut, mood (perasaan) dan selera makan kucing akan terganggu.

Penyakit seperti ini adalah disebabkan gigi atau mulut yang kotor. Ini boleh menyebabkan penyakit ini mudah dijangkiti kerana mengandungi bakteria di dalam mulut yang terkumpul.

KAEDAH RAWATAN
Buat setakat ini ZABP masih belum mempunyai pengalaman lagi mengenai kaedah rawatan ulser mulut kucing cuma nasiha kami jika sicomel anda mengalami penyakit seperti ini bawalah ke klinik veterinar yang berdekatan untuk tujuan rawatan dan nasihat selanjutnya dari doktor veterinar. Selepas menerima rawatan dan nasihat ulser mulut kucing anda akan pulih seperti sedia kala

KOMEN ANDA

BLOGGER: 76
  1. Salam, kucing saya kena ulcer. Msalahnya saya outstation & org gaji jaga. Apa langkah trawal untuk ulcer kucing saya? Ulcer dia kt bibir bawah, bulat bentuknya. Trima kasih

    ReplyDelete
  2. |@Masterz|
    Wassalam, kami cadangkan awak bawa sicomel berjumpa dengan doktor veterinar berdekatan...jangan dibiarkan nanti ianya akan melarat pada sistem imunisasi sicomel...buat masa ini kami masih belum ada pengalaman lagi dalam penyakit...biasanya doktor akan injek atau bagi ubat antibiotik untuk sicomel... :-)

    ReplyDelete
  3. ulser kalau tanda2x nk baik..mcm mana ea..moho pencerahan :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanda nak baik, kucing akan ada selera makan & aktif... :)

      Delete
    2. ye kucing saya pun baru kena... slim.. terus x nak makan.
      doc advise suh makan vet food dia kena makan ubat antibiotik
      pastu da ok sikit da selera makan da nak main2 da

      Delete
  4. Kucing sye kna ulcer . penuh satu mulut smpai dia demam panas.. Sye dh bwk pgi vet tpi dye mcm tkde perubahan . so , soalan sye , ulser boleh bawa maut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous9/19/2017

      Selalunya vet akan bagi antibiotic dan ubat titis dalam mulut. Kucing saya pernah kena ulcer, bagi antibiotic untuk 5 hari dan ubat titis tersebut 3 kali sehari. Dalam tempoh 4 hari mcm tu kucing alhamdulilah dah sembuh.

      Delete
    2. Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Jika ulser, di minta bawa kucing ke klinik veterinar yang berdekatan untuk dapatkan khidmat nasihat serta rawatan dari doktor. Terima kasih :)

      Delete
    3. sama dgn kucing sy, da bwk pi klinik masih tak ok.😔

      Delete
    4. Kucing saya mati 4 ekor sbb user... Dibawalah KE klinik tp x sembuh juga.. Dan pDa akhirnya mati

      Delete
    5. Sama jgk.. Kucing saya.. 3 hari dh demam dgn ulcer.. Siap darah lg.. Ssh na bg dia mkn ubt.. Air liur meleh je mcm cmpr nanah skit sya tgk.. Herm..

      Delete
    6. Sama..kucing saya br mati 4 hari lpas sbb ulcer kat lidah..xnak makan dan minum..dah bawa ke klinik vet tp xde perubahan..akhirnya mati pd hari ke 4

      Delete
    7. Cuba pergi ke yt channel cingku. Tanya je pape biasanya dia balas. Kalau kena ulser ni blh bg air renehan daun semalu. Renehkan daun semalu sebnyak 2 3 tangkai dan rebus dlm 40minit. Tp sy biasa buat dlm 15 minit sbb takut air kering. Bg 3ml utk kucing besar, kucing kecil pula kena pandai2 adjust. Kurangkan sikit

      Delete
  5. Ank kucing sy kena ulser, dah bwak jumpa vet, tp dia tk bg apa2 pn kat kucing tu sbb dia ckp baby lagi so takleh bg ubat . Mcm xde fnction bawak jumpa vet. Tak thu nk buat apa kt kucing tu, since dia kene ulser, she smell so bad . Wht should i do

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kucing tu umur berapa bulan yer? Dan lokasi awak di mana? Apa kata doktor?

      Delete
    2. Anonymous12/05/2017

      Salam.. cuba sapu minyak zaitun virgin oil (selalunya ade kt kedai yg jual kurma, madu lebah)) kt sekeliling mulut & bahagian ulser tu.. dan titiskan bbrp titis ke dalam mulut tempat yang kena ulser tu supaya kuman2 tu mati dari luar & dalam. dan pasangkan ayat ruqyah (tp jauhkan la dia drpd wayar ye..) dari mula sampai habis dekat dgn kucing yang sakit biar dia dgr sampai tertidur. kalau kucing x selera mkn, bg susu kucing beli kt kedai kucing sbb susu ni elok utk bg tenaga. Amalkan 2 atau 3 kali sehari semua ni sampai sembuh. insyaAllah.. ni cara2 yg sy buat mase kucing2 sy sakit dan alhamdulillah x bwk pg vet pon.. Allah tolong sembuhkan :)

      Delete
    3. Terima kasih atas cadangan tuan....Semoga di manfaatkan segala ilmu dan perkongsian dari tuan. sama-sama belajar dari pengalaman untuk cara berubat kucing supaya sihat aktif seperti sediakala. Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
    4. Oh berkesan lah ya kaedah ni ?

      Delete
    5. Kucing sy lena ulcer dh gi klinik elok skjp lps tu kena lg. skrg ni air liur dia bau busuk. Nnt sy nk try guna minyak zaitun

      Delete
    6. Bagus atas usaha dan rawatan alternatif. Boleh kongsikan pengalaman tuan dalam komen ini yer. Terima kasih :)

      Delete
    7. Susu kambing ke

      Delete
  6. Anonymous5/13/2018

    Anak kucing saya baru berusia 2minggu, mulut dia keluar air liur . apakah langkah awal yang boleh diambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu ke punca atau penyebab mulut dia keluar air liur? Mungkin ada termakan atau tertelan sesuatu dalam mulut yang menyebabkan mulutnya keluar air liur. Terima kasih :)

      Delete
  7. Maaf ya,saya tak tahu kucing saya ni kena ulcer ke kenapa,tapi dia x nak makan,sampai minum pun takboleh,dah bawak pergi vet,tapi still macamtu hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba guna kaedah atau petua yang di kongsikan oleh pencinta komen ini: Antaranya adalah:
      1) Menggunakan serbuk tembikai untuk ulser (boleh didapati di ubat cina sen seng)
      2) Kaedah sapu dengan minyak zaitun virgin oil di sekeliling mulut dan bahagian ulser. Dan sediakan vitamin yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan kucing.
      3) menggunakan ubat antibiotik dan ubat titis yang disarankan oleh doktor veterinar.
      Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan. Terima kasih :)

      Delete
    2. saya telah cuba serbuk tembikai susu seperti yang saudara cadangkan,beri antibiotik dan ubat kurang bengkak..alhamdulillah ..ulcer kucing saya sudah mulai sembuh.terima kasih untuk perkongsian info

      Delete
    3. Anonymous1/18/2020

      Mcm mn cara bg serbuk tu? Bancuh dulu ke?

      Delete
    4. Yer betul. Perlu dibancuh terlebih dahulu. Terima kasih :)

      Delete
    5. Tq bgi petua..saya nak cuba

      Delete
  8. Pergi kedai ubat cina sen seng
    Beli serbuk tembikai untuk ulcer.
    Saya dah guna alhamdulillah 2-3hari dh baik. Tu rawatan untuk my cat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas cadangan dan pengalaman yang dikongsikan. Harap di manfaatkan bagi kucing yang mengalami masalah ulser. Terima kasih :)

      Delete
    2. Salam hanya bagi serbuk tembikai atau, ade bg antibiotic dr vet? Kucing sy start xnk makan. .sy check mulut dia ade ulcer dn gusi dia berdarah. Tp faktor kewangan x bawak lg berjumpa vet.

      Delete
    3. Anonymous1/18/2020

      Tabur je dalam mulut ke atau kena bancuh?

      Delete
    4. Perlu di bancuh bukan bagi serbuk pada kucing tuan. Terima kasih :)

      Delete
    5. Anonymous12/19/2022

      Lepas bancoh BG mcm MNA ...ada kah spry ataw tuang ke dlm mulut dia

      Delete
  9. Kalau mulut dia berbau tu tanda2 dia jugak ke lpstu selalunye ulser kucing ni mulut kucing akan dipenuhi air liur dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masalah ulser ni, cuba tuan guna kaedah yang dikongsikan oleh pencinta kucing dalam komen ni. In shaa Allah tak salah kita mencuba. Terima kasih :0

      Delete
  10. Kucing saya baru kena ulcer. Lidah tebbie (nama meow) penuh ulser.
    Dah bawa tebbie gi vet dan diberi injektion. Dah 3 hari still tak ok n tebbie tak nak Makannn. Suka menyorok dan macam tak nak kat saya. Sedeyy sangat.. Hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm kucing sy.. btw how is tebbie?

      Delete
    2. Cuba guna kaedah atau petua yang di kongsikan oleh pencinta komen ini: Antaranya adalah:
      1) Menggunakan serbuk tembikai untuk ulser (boleh didapati di ubat cina sen seng)
      2) Kaedah sapu dengan minyak zaitun virgin oil di sekeliling mulut dan bahagian ulser. Dan sediakan vitamin yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan kucing.
      3) menggunakan ubat antibiotik dan ubat titis yang disarankan oleh doktor veterinar.
      Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan. Terima kasih

      Delete
  11. Aslam
    Kucing sayaxde selera makan,mulut berbau dan selalu keluar air liur.adakah itu tanda ulser

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Cuba periksa adakah terdapat dan nampak spot putih pada bibir atau lidah kucing tuan? Jika ada memang betul kucing tuan mengalami masalah ulser. Terima kasih :)

      Delete
  12. Salam. . Kucing Saya tiba2 hilang suara kenapa? Tp still cergas dan berselera untuk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kucing hilang suara? Cthnya beginilah jika tuan menjerit atau menangis sekuat hati, so apa akan jadi pada suara tuan.. mungkin adakan hilang buat seketika... Terima kasih :)

      Delete
  13. salam kucing saya kerap Kali meleleh Air liur.selepas Itu gusi berdarah kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Untuk kepastian, tuan boleh membawa kucing tuan ke klinik veterinar berdekatan. Terima kasih :)

      Delete
  14. Kucing saya baru baru niyy kene ulser , dan kene admit kat vet . Da 3 hari admit doc suruh amik bawak balik . Doc bagi ubat antibiotik dan ubat titis ulser . Tapii tiap kali kucing saya makan ubat mesti keluar darah kat mulot nya . Kenapa yea ? Kucing saya dah nak bermain cuma tak lalu makan . Ape makanan bagus tok bagi kucing kene ulser yea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan ada minta khidmat nasihat dengan pemakanan yang sesuai utk kucing yang mengalami masalah ulser tak? Bagi pihak kami akan memberikan makanan basah dari brand Royal Canin Veterinar (Makanan special ini hanya boleh di dapati dari klinik veterinar sahaja) Terima kasih :)

      Delete
  15. saya baru saja kehilangan 6 anak bulus saya, selama ini saya tak tau penyakit ulser, saya tak bawa pegi vet sbb faktor keuangan saya tak memadai, saya sedih padalan saya baru jer beli sangkar 3pc yg besar supaya diorg selesa tak kena buli, duit bonus habis tpi anak-2 saya tak dapat di selamat kan😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sedihnya... Kami ada anak kucing yang sihat2 mungkin boleh merawat dan menghiburkan hati tuan. Jika berminat boleh hubungi kami di talian 016-6893037. Terima kasih :)

      Delete
  16. assamualaikum..saya tak tahu apa penyakit kucing saya..saya tengok kucing saya tu mulut dia mengeluarkan lendir macam air liur sampai menitik..dia juga hilang selera makan dan berat badan..boleh saya dapatkan nasihat cara untuk merawat dia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh cuba rawatan alternatif seperti berikut:
      Cuba guna kaedah atau petua yang di kongsikan oleh pencinta komen ini: Antaranya adalah:
      1) Menggunakan serbuk tembikai untuk ulser (boleh didapati di ubat cina sen seng)
      2) Kaedah sapu dengan minyak zaitun virgin oil di sekeliling mulut dan bahagian ulser. Dan sediakan vitamin yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan kucing.
      3) menggunakan ubat antibiotik dan ubat titis yang disarankan oleh doktor veterinar.
      Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan. Terima kasih :)

      Delete
  17. Salam.Mcam mana cara nak guna serbuk tembikai pada kucing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bancuh dengan air tapis dan kemudian menggunakan shringe untuk di masukkan dalam mulutnya kucing.. Terima kasih :)

      Delete
  18. Salam tuan.. kucing saya ada tanda2 ulcer.. dan bila hantar ke vet mmg doc ckp ulser.. dah diberi ubat.. alhamdulillah semakin sembuh.. cuma saya musykil lah kenapa tangan dan bawah dagu dia bulu jadi kotor... jadi cokelat.. hasil dr dia jilat.. kesan ulcer ke? Kesan ubat ke? Atau ada penyakit lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Hasil dari dia jilat makanan basah atau minum. So tuan boleh cucinya dengan menggunakan kain bersih yang telah di rendam dengan air suam. Terima kasih :)

      Delete
  19. Saya nk mintk nasihat. Kucing saya ada ulser dkt mulut tapi area saya tkdk vaterina. Mcm mana cara nk kurangkan ulser ni? Kucing saya makan lalu je, main pon dia nk, suka org belai2 dia. Ada apa2 nasihat tk utk baikkan ulser dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna serbuk tembikai dan titiskan pada ulser kucing tu. Terima kasih

      Delete
  20. Saya tak ada pengalaman kucing kena ulser. .dua ekor kucing kena ulser dah hantar ke vet masih juga tak nak makan...akhirnya kucing saya mati...ulser kucing juga boleh menyebabkan kematian juga...lepas ni saya akan perihatin dengan penyakit ulser kucing.Terima kasih dengan info ini.

    ReplyDelete
  21. nk Tanya kucing saya x nak minum x makan lidah terjelir pastu baru2 nie keluar air liur pastu x nak mandi dia x jilat badan dia kenapa ehh tolong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITU SALAH SATU PETANDA KUCING TU ADA ULCER. ATAU ADA TULANG IKAN YANG TERLEKAT PADA GIGI ATAU GUSI. BAWAK PEGI VET, KUCING AKAN DICUCUK ANTIBIOTIK DAN UBAT TITIS. TITIS PADA LIDAH UTK KESAN KEBAS. BOLEH PELAN2 BAGI AIR DAN VET FOOD ( YG KITTEN MAKAN ) X SALAH JENAMA SMART HEART DI 7E ADE JUAL.

      Delete
  22. Sebaik2nya serbuk tembikai itu disembur sahaja ke dalam mulut kucing tu...serbuk itu akan memenuhi ruang dalam mulut...

    ReplyDelete
  23. Maaf nak tanya..klau nak bawa jumpa vet..berapa harga untuk rawatan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran rawatan dan ubatan tidak melebihi dari RM50.00 dan keatas. Terima kasih

      Delete
  24. boleh bawa mati tak ? sbb nya kucing xtau pegi mana 1 rumah cari tak jumpa..risau ..nak bawak pegi klinik dia pun hilang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tahu kucing ada masalah ulser, perlulah di kurung terlebih dahulu untuk bawanya ke klinik veterinar berdekatan. Terima kasih :)

      Delete
  25. Assalam semua. Kucing saya pun kena ulcer dlm mulut dan luka di tepi bibir kanan dan kiri.. doktor suspek disebabkan leukimia yg berjangkit drp adik dia (baru mati). Dah warded dan bawa balik ke rumah tp x nmpk perubahan.. saya google dan jumpa F7 keluaran psherbs. Sejak ahad smpi hari ni khamis saya bagi wet food dan minum air (guna syringe) juga bancuhan F7. Saya basahkan luka dgn air bercampur F7. Saya spray F7 di kakinya supaya dia jilat perlahan2.
    Alhamdulillah nmpk ada perubahan, dia dah semakin selera mkn & cergas. Cuma masih belum boleh minum sendiri, mungkin dia fobia sbb luka di tepi mulut masih ada.
    Bolehlah hubungi psherbs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman tuan pada ruangan komen kami ini. In sha Allah salah satu rawatan alternatif untuk kcuing yang menghadapi masalah kesihatan terutamanya masalah ulser dalam mulut kucing. Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  26. Kucing saya dah 3 hari tak lalu makan,makan pun sikit ja,demam, tadi balik kerja berbuih plak mulut,saya cuci dgn air suam, dia buka mulut tgk lidah penuh ulser, kesiannyaaa, terus belikan serbuk tembikai lepas baca komen kat sini, nak cuba bagi dia. dh kurus dah baby kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi apa status kucing tuan setelah bagi serbuk tembikai tu? Boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen kami ini? Terima kasih :)

      Delete
  27. Kucing mak sy pulk baru lps anto p vet kna rm 80,dr cucuk antibiotik,,kasi ubat cirit,,,antibiotik n dmm,,d samping tu selangkan beberapa jam rajinkn minumkn air kelapa,,,nmpk dah ade kemajuan dr sblm ni lgsung x mau mkn n minum,,tryla kita beruSaha insy allah maha mnyembuhkn,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan. Bagi pencinta kucing sudah pasti berikhtiar dan berusaha untuk merawat kucing kesayangan supaya sihat seperti sedia kala. Terima kasih :)

      Delete
  28. Saya X de duit nk bwk ke klinik haiwan dah berapa hari dia kena badan dia panas

    ReplyDelete
  29. Saya ada 14 ekor kucing... 13 ekor mati.... sakit yg sama... kesian tengok.. pelbagai cara dah buat tp kesudahannya mati... yg sekor ni yg terakhir... saya akan cuba kaedah yg sahabat2 berikan.... moga bermanfaat.. terima kasih atas perkongsian... moga yg terakhir ni dapat diselamatkan... terima kasih semua

    ReplyDelete
  30. Anonymous7/13/2023

    Kucing sy Bru kne ulser.. Marin dah pergi vet.. doc cocok ubt dmam, antibiotic dgn vit.. tp harini kucing mcm dah xaktif.. xnk mkn.. main pm xnk.. ny pm trpkse pkse mkn..

    ReplyDelete
  31. Petua sy, bg air kelapa.. Sbrang sakit minum je air klpa.. Rasanya prnh kena ulser sbb jnis kucing sy suka mnikus.. Selalu menikus lipas dlm umah n digigitnya.. Beberapa hri npk mcm tk selera mkn n tidur je kerap.. Lpstu sy trus bg air kelapa.. Esokkan mengiau pg mcm aym berkokok mintak mknan.. Klau dia tknk minum air klpa tu, sy pancing dgn mknan ayam rebus.. Cmpur air klpa dgn aym rebus, serta merta dia minum..

    ReplyDelete
Terima kasih kerana sudi komen. Kalau rajin komen le lagi ye... :-)

pstt: Komen berserta link ( <a href=http://..... ) akan di anggap spam. Terima kasih atas kerjasama anda.

[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    title=    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    yOUR AD HERE!    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    yOUR AD HERE!    Bisnes Burger    Nak Kurus?    yOUR AD HERE!   
yOUR AD HERE!   
Name

130 ekor kucing,1,1sahabat 1 malaysia,6,abused,1,adopt free services,11,advantage-cat,1,akta,2,aktiviti,1,al-fatihah,1,al-hijrah TV,1,anak angel phase 2,1,anak angel phase 3,1,anak angel phase 4,2,anak cheezy,1,anak cicy phase 2,1,anak gegirl junior fasa 1,2,anak gegirl phase 2,1,anak kucing,4,anak kucing parsi,1,anak kucing untuk di jual,2,anda soal kami jawab,1,angpau,2,aniayai,2,anjing,1,anjing dan kucing jalanan,1,announcement,1,antibiotik,1,arnab,1,artikel,5,assalamualaikum,1,astro awani,1,attention,1,available,1,bantahan,1,basmi kutu,1,bayer,1,bengal,1,beranak,1,berita harian,1,berkabung,1,bilik kaca mating,2,biz malaysia,1,blog,6,Blog contest,11,blog review,6,blogger segmen,1,blogger segment,1,bloggers,7,blogspot,4,boarding,8,boarding aidilfitri,1,boarding aidilfitri 2017,1,boarding aidilfitri 2018,1,boarding services,3,booking form,2,borang online boarding aidil fitri 2014,1,borang online boarding aidil fitri 2017,1,Borang Tempahan,3,british short hair,1,bubu meow meow,1,buffered earning,1,bunting,1,carta ZABP,1,cat adoption,5,cat birth,1,cat boarding,3,cat gathering in the garden,8,cat on instagram,1,cat pregnant,1,cat show,1,catless wednesday,3,cats competition show,1,cawangan baru,1,celebrate,1,chuki,1,classic tabby,1,comedy,2,comel,3,comot,1,contest review,2,contest review linky dot my 2015,1,cute cat,1,cuti,2,cuti sekolah,1,daporqlate,1,demam,1,demam kucing,1,dera,1,DIY,1,doa,3,doauntukMH370,2,domestic short hair,3,doodle,2,DSH,1,duit sampingan,1,dunia artis,1,dunia sicomel,1,emosi,1,entri,3,even,1,event,9,expo,3,facebook,18,fakta,1,fastival,1,fitnah,1,flea,1,flu,1,flyers,1,followers,8,foto,1,frame,1,friendster,2,fullhouse,1,funny,4,GA. give away,5,Gadget,1,gambar hiasan,1,ganjaran,1,gathering cat in the garden,3,gelagat,10,geng blogger,11,germisep,1,giveaway,7,glove,1,google,1,google earth,1,google maps,1,gps,1,grooming services,1,guinea pigs,1,hadiah,4,hamil,1,happy birthday,2,harga,1,hari raya aidil adha,4,hari raya aidil fitri,3,hari wilayah,1,harian metro,1,hasad dengki,1,hasil tangan,1,hiasan dinding,1,hibah,2,homemade,2,hotel kucing & spa kinrara,1,i want to touch a cats,1,icon,1,idea,1,iklan,9,imexa,2,inf,1,info,200,info kesihatan,47,info kucing,183,Info mylovely-cats,243,info sahabat,216,infografik,7,islam,2,jajan,1,jalan-jalan cari info,19,jalan-jalan cari kedai,3,jemputan khas,2,johor,1,joke,2,jual,1,kartun,1,kasih sayang,1,kasih sayang ibu,1,kejam,2,kemalangan,1,kembiri,1,kenagan,1,kenali sicomel,3,keputusan,2,kill,1,kinrara,1,kisah dongeng,1,kisah islam,2,kisah lawak,3,kisah nabi,2,kisah teladan,3,kitten,8,kitten for sales,8,klinik,1,koleksi,1,koleksi terhad,1,komen,1,komen anda,2,kongsi,1,konvensyen,1,kraftangan,1,kuala lumpur,1,kucing demam,1,kucing percuma,4,kucing sihat,1,kutu grooming,2,labus,1,lagu,1,larkin,1,lawak,9,lawak sicomel,6,lembah klang,1,Lenovo,1,Lenovo Yoga Tablet 10.1 Series,1,lensa niaga,1,limited edition,1,lion cut,1,lokasi,2,loket,1,luahan hati,1,lynk dot my,1,lynundi,1,maal hijrah,2,mac 2013,1,machiko flea,1,majalah,1,majalah haimeow,2,majlis daerah kluang,1,majlis rumah terbuka,1,makcik mala,1,mandian,1,mandian kutu,2,manila,1,mati dengan sengaja,1,matikan,1,matikan dengan suntikan,1,mating servis,1,maulidur rasul,2,MCFA,1,melaka,1,MEPS higway,1,MH370,2,mini petshop,1,momok,1,moral of story,1,motivasi,1,mudah.my,1,muning,1,myspace,3,nasi lemak kopi o,2,nasihat,1,navigation,1,networking,5,news,1,niat,1,nota penting,2,nuffnang,1,online shop,3,opening,1,organisasi pengurusan,6,packages ZABP,1,pakej kami,6,pakej mandian kutu,2,pameran,4,papan tanda,1,Pelanggan Kami,45,pembeli kucing,1,pembukaan,1,pembunuhan,1,pemenang,2,pemilik,2,pencarian bloglist,1,penderaan haiwan,1,pengguna,2,penghargaan,2,pengumuman,8,pengurusan haiwan,2,penjagaan sicomel,1,perasmian,1,peraturan,1,perayaan,2,percuma,5,perkhidmatan cat sitting,1,perkhidmatan grooming,6,perkhidmatan mating,15,perkhidmatan SAH,1,perkhidmatan trimming,2,persian semi flat face,5,persiapan awal,1,personal,1,pertandingan,31,pesanan,1,pet blower,1,pet lover,1,petition,1,petsafe,1,petua,1,photoshop,1,pick up services,1,posing,3,post,3,poster,2,pray4MH370,2,prince,2,produk baru,2,program,10,program santai,6,program sihat,11,Promosi,38,promotion,2,PTS,1,puasa,1,puchong,2,puisi,1,puppies,1,pusat jagaan haiwan,1,pusat jagaan kucing,1,pusat perlindungan kucing,1,put to sleep,1,putrajaya,1,Q-A,2,r.i.p,1,rabu tanpa perkataan,1,ragam kucing,13,ramadhan,1,rawat,1,review Services,1,rewards,1,RTM,1,rukun islam,1,sajak,2,sakit telinga dan mata,1,salam ramadhan,1,sales of kitten,12,sambal tempoyak petai ikan bilis,1,sambutan,1,sampul angpau versi ZABP,2,sampul hari raya 2013,1,sangkar baru,1,says dot com,1,school holiday,1,sedih,1,segera,1,segmen,34,segmen fb,2,sehati sejiwa,1,selamat ulang tahun,2,selangor,2,selingan,6,sembang kucing,2,services grooming,4,servis,2,servis boarding,3,servis iklan berbayar,1,sharing,1,show,1,si anur dan si miaw,3,si chuki,1,si momot,3,sicomel,4,signboard,1,Simalang,2,simptom,1,sistem gps,1,Sistem imunisasi Badan,1,siti,1,siti dimiliki,1,social,1,social network,1,song,2,SPM 2011,1,sticky,2,suit tabung,1,super specials boarding free,1,syarat dan terma,1,tag 4 u malaysia,1,tag nama,1,tagged,1,tahniah,1,tahun baru,1,tahun baru cina,2,takziah,3,taman puncak jalil,1,taman tasik permaisuri,1,tampoi,1,tazkirah,18,Tazkirah jumaat,24,terma dan syarat,1,Testimoni,28,TF advance,1,thumbler,1,tick,1,tidur dengan suntikan,1,tidurkan,1,tip dan panduan,49,tip mandian kutu,2,Tips Penjagaan Kucing,90,transfer factor 4 life,1,treat,1,trimming services,1,tuah,1,tutorial,2,tv9,2,twitter,2,ucapan,30,undang-undang,1,undian,1,utusan malaysia,1,veterinar,1,video,7,vime- frondog,1,waze,1,wetfood,1,wish,2,wordless wednesday,73,wordpress,1,world,1,yink,1,youtube,14,yuna,1,zabp,1,zul & azizi baording pets,1,
ltr
item
Zul & Azizi Boarding Pets: Tips & Kesihatan: Ulser Mulut Kucing
Tips & Kesihatan: Ulser Mulut Kucing
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3QADNJXXk6EAjWzJnBpjLPynpiEZQO6jSA47EnRupYy9GOmm3H9ujiFBehzTiOPrnI2AcNR1JfKM2yTAJW7WjXMKQ1945I_nxRlRIxnRVwdW0T8ujvC17IMWeg6jomouCGqZltSi3Y6ya/s200/mata-ikan.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3QADNJXXk6EAjWzJnBpjLPynpiEZQO6jSA47EnRupYy9GOmm3H9ujiFBehzTiOPrnI2AcNR1JfKM2yTAJW7WjXMKQ1945I_nxRlRIxnRVwdW0T8ujvC17IMWeg6jomouCGqZltSi3Y6ya/s72-c/mata-ikan.jpg
Zul & Azizi Boarding Pets
https://mylovely-cats.blogspot.com/2011/11/tips-kesihatan-ulser-mulut-kucing.html
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/
https://mylovely-cats.blogspot.com/2011/11/tips-kesihatan-ulser-mulut-kucing.html
true
8534666320151591297
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content